Sepanjang kelas sihir tersebut, Nico perasan beberapa orang pelajar menjeling dia namun sebaik sahaja Nico menjeling mereka, dengan pantas para pelajar tersebut berpaling ke arah yang lain. Carter juga kelihatan tidak selesa. Terutamanya setelah Desmond memarahi dia kerana dia secara tidak sengaja melepaskan satu letusan kuasa lalu menyebabkan cermin laut di depan dia pecah.
Mereka berdua hanya diam sahaja sepanjang kelas tersebut. Kedua-dua mereka sudah hilang semangat mahu meneruskan kelas tersebut setelah kejadian yang menimpa mereka berdua.
Sebaik sahaja bunyi horn(Nico pasti yang mereka menggunakan cengkerang kon sebagai horn) bergema diseluruh akademi tersebut, para pelajar dengan pantas menyimpan barang mereka lalu menuju ke arah pintu keluar kelas. Nico dan Carter orang terakhir yang keluar daripada kelas tersebut.
Mereka berdua berjalan menuju ke arah dataran akademi memandangkan mereka masih ada sejam lagi sebelum kelas Charmspeak mereka bermula. Mereka berdua mengambil tempat dibawah sebuah pokok yang rendang sebelum menyandar pada pokok tersebut.
"Nico, Carter! "Kedengaran suara seorang gadis dari jauh.
Jayden dan Jayla berjalan ke arah mereka berdua. Jayla tersenyum lebar melihat Nico dan Carter manakala Jayden pula sekadar mengangguk kecil sebelum duduk di sebelah Nico.
"Jayden, macam mana dengan kelas kau tadi?"Tanya Nico sambil memandang Jayden.
Jaylan dan Carter sedang sibuk berbual tentang kelas pertama mereka tanpa menghiraukan Nico dan Jayden.
"Teruk. Aku kena baling dengan buku dua kali. Kau? " tanya Jayden semula.
"Bolehlah. Mereka tak nak dekat dengan aku lagi-lagi lepas kes pagi tadi. "
******
Sebaik sahaja horn dibunyikan para pelajar berpusu-pusu menuju ke dewan Optimus untuk makan malam. Nico dan rakan-rakannya mengambil tempat di meja paling belakang dan berada di pelosok dewan tersebut. Kelas Charmspeak mereka tadi amatlah tidak menyenangkan.
Dengungan suara pelajar yang berbisik tentang Nico dan rakan-rakannya bergema sepanjang kelas mereka tadi sehingga Puan Dallas terpaksa menggunakan Charmspeak dia untuk menenangkan para pelajar tersebut.
Sepanjang kelas tersebut Nico langsung tidak mampu menumpukan perhatian. Mujurlah mereka tadi hanya diminta untuk menulis (atau menaip) tentang perbezaan dan persamaan penggunaan Mist dan Charmspeak.
Menurut Puan Dallas, mereka akan berlajar Mist dalam kelas sihir memandangkan Mist itu amatlah berkait rapat dengan penggunaan sihir.
"Nico..."
Lamunan Nico terhenti saat suara Carter memanggil nama dia. Dia memalingkan wajah dia pada Carter yang sedang mengunyah burger sambil memandang Nico.
"Malam ni kau pergi tak perlawanan Slash Sword?" tanya Carter.
"Hah?" Nico jelas kebingungan.
Carter menepuk dahi dia. Jayla dan Jayden pula tersengih sambil menggeleng kepala.
"Kau tak dengar ke pengumuman yang diumumkan oleh Puan Dallas tadi? Malam ni ada perlawanan Slash Sword. Pelajar yang berminat boleh ikut menonton."Jelas Carter tenang.
Nico menganggukkan kepala dia. Slash Sword merupakan salah satu sukan terkenal di seluruh Elysium dan juga di akademi Neptune. Sukan yang melibatkan empat orang satu pasukan. Setiap menara akan diwakili satu pasukan yang dibahagikan kepada dua bahagian. Dua orang pemain mewakili Defense dan dua orang lagi pemain mewakili Attack.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold)
FantasyNico di Cedric, remaja yang pelik dan penuh misteri.Dia tinggal bersendirian di rumah agam keluarga dia bersama makcik dia, Silena. Suatu hari, dia secara tidak sengaja mengambil sebuah buku ajaib dan akhirnya mengetahui mengetahui identiti sebnar d...
