Sembilan Belas: Jayden POV

370 36 1
                                        

[Image:Pedang Dark Elf]

30 Minit sebelum itu,

Jayden berlari ke arah lorong yang dimasuki oleh Carter dan Jayla tadi. Disebabkan keadaan di lorong itu yabg agak gelap dan membataskan penglihatan dia, Jayden hanya bergantung pada deria pendengaran dia yang tajam.

Baru melangkah beberapa meter, sebongkah batu terbang ke arah dia. Dengan pantas Jayden mengelak ke sisi. Dia merenung sebentar bongkah batu sebesar sebuah almari di belakang dia. Dia menghembus nafas lega sebelum pandangan dia ditujukan ke arah lorong di depan dia.

"Tak guna. Berani kau main pukul sembunyi. Kalau aku dapat kau,mati kau aku kerjakan,"Bisik Jayden.

Pedang ais dia diseru lalu mata dipejamkan. Semua deria dia menjadi tajam. Kehadiran kuasa disekeliling dia dapat dirasakan. Dengan tenang dia mengelak satu balingan batu daripada raksasa yang sama membaling bongkah batu ke arahnya tadi. Mata dia masih lagi dipejamkan.

Dia menyeru kuasa ais dia dan menyebabkan kawasan sekeliling dia menjadi ais. Sepantas kilat dia sudah berada di depan raksasa yang membaling batu kepada dia tadi. Pedang aisnya diangkat tinggi sebelum dilibaskan ke arah raksasa tersebut.

"Sshhhssshh... "

Bunyi desiran kedengaran saat raksasa tersebut hancur menjadi debu. Jayden menghembus perlahan nafas dia. Baru sahaja dia mahu menyimpan semula pedang dia kedengaran ngauman beast dan raksasa daripada arah belakang dia.

"Tak guna."

Jayden dengan pantas cuba melarikan diri namun dia telah dikepung oleh beberapa ekor raksasa.Dia mengeluh kasar.

"Malang betullah nasib aku hari ini. "

Jayden memetik jari dia dan muncul puluhan pisau ais. Pisau ais tersebut dengan laju meluncur ke arah semua raksasa di sekeliling dia dan menembusi kulit raksasa-raksasa tersebut. Kini, sekeliling Jayden hanya ada debu-debu daripada raksasa-raksasa itu tadi.

Selesai mengalahkan raksasa-raksasa tersebut,Jayden segera berlari ke arah lorong di depan dia. Dia perlu segera menemui Carter dan Jayla. Mereka mungkin berada dalam bahaya jika dia terlambat. Namun sememangnya nasib tidak menyebelahi Jayden.

Lorong yang dilalui dia sememangnya menjadi tumpuan para beast dan raksasa. Serangan daripada para beast dan raksasa seakan tidak habis. Selesai sahaja mengalahkan seekor raksasa akan datang yang lain untuk menggantikan.

"Arghhhh... Kenapa semua beast ni macam nak halang jalan aku je? Belum pun sempat aku nak selamatkan Jayla dan Carter, aku akan habis tenaga sebab lawan mereka ni! "Kata Jayden para dirinya sendiri.

Semakin lama tenaga dia semakin berkurangan. Menyeru kuasa elemental memerlukan tenaga yang banyak dan kosentrasi yang tinggi.

Serangan yang dilancarkan oleh dia menjadi semakin lemah dan menyebabkan dia diserang hendap oleh seekor beast ketika dia leka menahan balingan batu daripada para raksasa.

Badan dia terhempas kuat pada dinding tumbuhan menjalar dan bahagian rusuk dia terasa perit sehingga dia hampir sahaja pengsan akibat rasa sakit tersebut. Beast itu mahu menyerang Jayden semula namun dihentikan oleh Nico yang baru sahaja sampai.

"Maaf, aku lambat. "

"Akhirnya."

Perlawan Nico dengan beast dan raksasa itu agak kabur namun Jayden pasti pemenangnya ialah Nico.

Pandangan dia semakin lama semakin kelam. Rasa sakit pada bahagian rusuk dia seakan menyesakkan dada dia. Namun setelah meminum elixir yang diberikan oleh Nico pandangan dia menjadi lebih jelas dan rasa sakit pada bahagian rusuk dia berkurang.

"Kita kena cepat. Aku rasa tak sedap hati tinggalkan dorang terlalu lama dengan beast tu. " Kata Nico.

"Aku pun. Sepatutnya beast dan raksasa yang ada dalam coliseum ni dibawah tahap empat tapi hampir separuh daripada yang aku lawan semuanya diatas tahap empat. "Kata Jayden dengan nada serius.

"Aku pun perasan juga. Aku rasa beast-beast ini kejar kita. Mungkin ada yang lepaskan beast dan raksasa ini ke sini untuk cederakan kita. "

"Mungkin juga. Atau pun... "

Kata-kata ayah Jayden mula menerjah minda dia. Jayla, seorang elementris yang sangat jarang dijumpai dan sentiasa menjadi sasaran orang jahat. Wajah dia terus menjadi pucat.

"Nico kita kena cepat! Aku rasa sasaran mereka ialah Jayla. Jayla ada kuasa elemen yang paling jarang dijumpai."

Nico mengangguk kepala dia. Tangan dia pantas menyeluk keluar sebuah azimat berbentuk sebuah jed berbentuk helang.

"Aku harap kali ini kita sempat kejar mereka sebelum azimat ini hancur. "

Jayden menelan liur dia. Nico pernah menggunakan azimat berbentuk 'ani-jed' dan menggunakannya namun seperti kebanyakan azimat, ani-jed hanya mampu bertahan untuk beberapa minit bergantung pada tenaga penggunanya.

Tapi untuk menggunakan ani-jed ini, tenaga yang amat banyak diperlukan. Nico hanya mampu menggunakan ani-jed ini selama enam minit sebelum ani-jed itu hancur. Dan itu akan menyebabkan Nico hampir tiada tenaga untuk berlawan. Namun hanya itu sahaja peluang yang mereka ada.

[Edited version.]

The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang