Lapan Belas: Pertemuan dengan Demon Beast II

381 37 3
                                        

Damasen merenung wajah Nico sebentar. Dia seakan sedang menimbangkan sama ada dia boleh bercerita pada Nico atau tidak.

"Daku merupakan satu-satunya Demon Beast yang mampu melepasi tahap Supreme atau tahap ketujuh, tahap kuasa paling tinggi bagi beast. Daku antara lima beast abadi yang berjaya melepasi tahap ketujuh namun malangnya daku telah tercedera semasa daku cuba melepasi tahap ketujuh."

Damasen menunjukkan luka di bahagian perutnya pada Nico.

"Ribuan tahun lamanya daku bersembunyi untuk memulihkan diri. Sepanjang ribuan tahun itu juga, daku terseksa melihat bangsa daku sendiri mati dan lenyap di dunia ini. Malangnya bagi daku, setiap beast yang sudah mencapai tahap ketujuh mereka sudah menjadi separa dewa dan tidak mampu lenyap daripada dunia ini. Daku akhirnya menghilangkan diri ke sini, jauh di dasar lautan dibawah lindungan tempat yang kamu panggil Akademi Neptune."

Nico tersentak.

"Macam mana kalau ada orang yang jumpa kau? "Tanya Nico sedikit cemas.

"Huh! Daku disini sudah lebih empat ribu tahun namun tidak yang tahu akan kehadiran daku. Manusia biasa tidak mampu menjumpai daku kecualilah seorang dan dia sudah lama meninggal." Suara Damasen kedengaran penuh rasa sedih.

Damasen mendudukkan diri dia di tengah padang. Ekor panjang dia disimpan dibawah kakinya sebelum kembali menatap wajah Nico.

"Kamu kenal dia. Dia adalah pemilik pertama pedang yang sedang kamu pegang itu. Argust adalah manusia pertama yang datang ke sini. Dia kesini ketika dia sama umur dengan kamu tapi penuh dengan luka. Dia telah diserang beast dan hampir dibunuh rakan sendiri sehinggalah dia bertemu daku. Dakulah yang menyelamatkan dia. "

"Tapi macam mana saya ke sini? "Tanya Nico

"Kamu datang kesini sebab daku yang seru. Daku dapat rasakan kehadiran pedang kegelapan kamu saat kamu mula sampai ke sini. Daku sudah lama memerhatikan kamu dan daku jadi tertarik dengan kuasa kamu. Daku tidak sangka kamu lahir dengan kuasa yang hebat melebihi orang lain."

Damasen menghulurkan tangannya dan mrnyentuh kepala Nico dengan kuku tajamnya.

"Kamu seorang budak yang lahir dengan kuasa yang kuat. Mungkin yang paling kuat. Nama kamu siapa budak? "Tanya Damasen lalu menarik kembali tangannya.

"Nico. Nico di Cedric." Jawab Nico

Damasen tersentak. Dia tiba-tiba bangkit perlahan daripada duduknya sebelum satu satu cahaya keunguan menyinari kawasan sekitarnya. Sebaik sahaja cahaya itu menghilang di depan Nico berdiri seorang lelaki bertanduk satu pada kepalanya. Badan lelaki itu bagaikan dibaluti permata dan tepat pada dahi lelaki itu terletaknya mata daripada Kristal.

"di Cedric. Jadi kamu waris terakhir di Cedric. Tak ku sangka aku akan berjumpa dengan keturunan di Cedric. "

Belum pun sempat Nico mahu bertanya bagaimana Damasen mengenali dia, satu bunyi letupan kedengaran tidak jauh daripada padang itu. Batu kristal yang dipegang Nico retak sedikit dan berubah warna menjadi biru gelap.

"Rakan-rakan kamu dalam bahaya. Kamu tidak boleh berada di sini lebih lama lagi. Daku akan bertemu semula dengan kamu." Kata Damasen sebelum berubah bentuk menjadi naga semula.

Nico mengangguk kepala dia sebelum berlari ke arah lorong yang dilaluinya tadi. Bunyi letupan kedengaran lagi tidak jauh di depan dia. Alangkah terkejutnya dia saat dia melihat seekor beast tahap lima di depan dia yang sebesar sebuah lori sedang berlawan dengan Jayden.

Beberapa ekor raksasa tahap tiga turut sama melancarkan serangan dengan membaling beberapa buah batu sebesar sebuah almari ke arh Jayden. Jaydrn sempat mengelak beberapa buah batu namun ketika dia leka mengelak balingan para raksasa itu, beast tadi memukul Jayden menggunakan ekornya.

Pukulan beast itu menyebabkan badan Jayden melayang hingga terkena pada dinding tumbuhan di belakang dia. Dia mengerang kesakitan sebelum cuba berdiri. Beast itu cuba menyerang semula namun dihentikan oleh Nico.

"Akhirnya..."Kata Jayden perlahan.

"Maaf,aku lambat. "Kata Nico namun pandangan dia tertumpu pada beast dan raksasa di depan dia.

Nico menyeru pedang dia. Sebaik sahaja pedang itu muncul ditangan dia para beast tersebut melangkah ke belakang. Nico memetik tangan dia. Muncul sebuah azimat berwarna ungu gelap di depan dia. Dia mengambil azimat tersebut sebelum melemparkannya ke udara.

"Summoning circle: Demonic song! "

Kemudian kedengaran bunyi jeritan menyeramkan bergema diseluruh kawasan tersebut. Beast dan raksasa di depan Nico mengaum kesakitan seakan suara itu mampu menyakiti mereka.

Dengan pantas Nico menyerang beast dan raksasa tersebut yang seakan menjadi lemah disebabkan jeritan seram itu. Semua raksasa dan beast tersebut hancur menjadi debu. Suara erangan Jayden menarik perhatian Nico.

Jayden kelihatan sedikit pucat. Dia kelihatan seperti memegang rusuknya sambil mengerang kesakitan.

"Kau okey? "Tanya Nico sambil cuba membantu Jayden untuk berdiri

"Aku rasa rusuk aku patah. Sshh..." Jayden memegang perlahan rusuk dia sambil mendesir kesakitan.

Nico dengan pantas menyeluk poket dia sebleum mengeluarkan sebotol kecil elixir.

"Minum ni. Ini elixir penyembuh. Aku taklah sehebat kau dalam membuat elixir tapi ini akan bantu kurangkan sakit kau. "Kata Nico lalu menyerahkan elixir itu pada Jayden.

Tanpa ragu, Jayden segera meminum elixir tersebut. Kemudian...

To be continued...

Happy reading! Sorry lambat update.Tak ada idea hehe

The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang