Kata-kata maaf drpd seorang pendosa,
Korang saya minta maaf tau. Ada satu episode tu kan, saya tulis tentang queen tu. Saya tulis kuasa dia halilintar gan air tapi kat recent episode tu pula saya letak kuasa dia api dan tanah. Jadi sebab saya malas nak edit banyak ii saya dh tukar kuasa queen di episode yang lebih awal daripada air dan halilintar kepada tanah dan api. Sorry korang. Sebab dh lama tak update terus jadi kucar kacir storyline saya(╥﹏╥).
***********
Underworld Continent
Seorang lelaki berambut merah menyala dan memakai topeng muka yang menyerupai wajah serigala melangkah masuk ke dalam satu ruangan yang sudah ditempati dua puluh orang yang lain. Mereka turut sama mengenakan topeng muka menyerupai wajah serigala, musang, harimau,helang, naga dan phoenix.
Lelaki berambut merah itu segera mengambil tempat di hadapan ruangan itu. Dia membuka topeng serigalanya dan mendedahkan wajah kacaknya.
Mereka yang lain turut sama mengikut lelaki berambut merah itu dan membuka topeng mereka.
"Zephyr, kenapa kau panggil kesemua lord daripada enam puak utama ke sini?" Tanya salah seorang daripada pengguna topeng serigala tadi.
"Lord Shin, maafkan daku tapi daku ingin membawa satu berita penting kepada semua. Pewaris kuasa tuanku sudah lahir! Dia yang kita nantikan sudah kembali. Daku yakin si dia punya satu tanda pada tubuh dia. Tanda lahir Tuanku Uranus. " Ucap Zephyr penuh rasa gembira.
Kata-kata dia disambut dengan raungan kegembiraan semua orang di ruangan itu. Akhirnya, pewaris yang mereka nantikan sudah bangkit. Pewaris yang mampu membangunkan semula raja mereka.
"Adakah tuanku... "
"Ya, Lord Shin. Tuanku sendiri yang menyampaikan berita ini. Dia telah berbisik pada minda patik mengatakan sudah sampainya masa buat seluruh rakyat Beast Tribe mencari raja barunya. Selepas juta tahun lamanya, akhirnya..."
"Zephyr, kalau begitu aku akan minta tenteraku untuk membantu mu membawa pulang bakal raja kita. Ya, aku sudah tidak sabar mahu berjumpa dengan tuanku. " Ujar Lord Shin.
"Lord Shin, maafkan daku tapi..."
Belum pun sempat Zephyr menghabiskan kata-katanya, seorang lelaki berbaju compang-camping dan mengenakan topeng yang diukir dengan ukiran ular berwarna biru menyala melangkah masuk.
"Lord Usa! " Laung kesemua org di dalam bilik itu.
Lord Usa menganggukan sahaja kepalanya.
"Jadi, berita yang daku dengar tadi... Adakah semuanya benar Zephyr?" tanya Lord Usa.
"Ya, Lord Usa." Zephyr pantas menggangguk kepala dia.
Lord Usa mengangguk kepalanya.
"Jika itu benar jadi kita perlu menyimpan berita ini. Berita ini tidak harus sampai ke pendengaran seluruh rakyat jelata kita. Pengkhianat kerajaan kita masih lagi menyembunyikan dirinya dikalangan rakyat jelata. Pasti mereka tidak mahu pewaris takhta tuanku Uranus pulang ke tempatnya. " Ujar Lord Usa.
"Jadi bagaimana kita mahu membawa pulang tuanku, Lord Usa. Sudah pasti dalam perjalanan mencari tuanku, akan ada yang menghalang terutamanya daripada kaum manusia!" Ujar seorang Lord yang mengenakan topeng harimau sebentar tadi.
"Lord Tigress, kita harus berhati-hati. Terutamanya jika tuanku baru kita baru sahaja membangkitkan tanda puaknya. Dia pasti sedang menderita akibat kesan membangkitkan tanda itu. "
"Saya cadangkan agar Zephyr untuk membawa pulang tuanku. Memandangkan dia yang dipilih untuk menyampai pesanan Tuanku Uranus jadi dia yang perlu melaksanakan tugasan berat ini. Tugasan ini juga dapat dia jadikan sebagai satu hukuman. Dia pasti akan berdepan dengan bahaya saat dia menemui tuanku baru. "
Semua orang mengangguk setuju dengan kata-kata Lord Usa.
"Namun untuk memastikan misi ini berjaya, saya sendiri yang akan turun padang membawa Zephyr. Saya takut misi kali ini akan membuatkan seluruh musuh kita mengejar Zephyr."
"Tapi... "
"Lord Usa... "
"Tak... "
"Jangan risau. Saya faham yang semua orang disini risau akan diri saya. Tapi andai ini adlaah misi terakhir saya, jadi izinkan lah saya membawa nama puak Heaven Snake ke pendengaran tuanku baru. Seluruh puak saya sudah musnah dan sudah menjadi kewajipan saya untuk membawa nama puak saya ke puncak dunia agar masih ada yang mengingatinya... "
Ucapan Lord Usa itu jelas telah membuatkan semua orang disitu kaku. Ya, siapalah mereka untuk menghalang satu-satunya pewaris puak Heaven Snake yang hampir pupus itu daripada mencari raja baru mereka.
Jika sahaja mereka semua ini cukup kuat,mungkin puak Heaven Snake yang sudah lama berbakti pada Underworld Continent ini masih lagi terselamat daripada serang kaum manusia. Sekarang ini hanya Lord Usa sahaja yang masih terselamat daripada kemusnahan puak Heaven Snake itu.
*****
Nico mengelap perlahan darah pada pipi kanan dia. Ketika dia sedang sibuk bermeditasi di sebuah gua kecil di dalam arena itu tadi, seseorang menyerang hendap dia dan telah menyebabkan pipi dia tergores sedikit. Nasib baik dia sempat elak kalau tak jumpa malaikatlah jawabnya. Bunyi letupan daripada bahagian luar hutan di arena itu masih kedengaran. Mungkin sahaja perlawanan Jayden dan Queen masih berlangsung.
Di depan Nico berdiri seorang lelaki berambut hijau gelap sambil memengang erat dua batang anak panah. Lelaki itu memandang ganas Nico.
'Lelaki ni baling anak panah ke? Hmm, menarik... 'Ujar hati Nico.
Nico pantas menyeru keluar pedang dia saat lelaki di depan dia mengangkat lengannya untuk membaling anak panah itu. Lebih pantas daripada deruan angin taufan, Nico berjaya membelah anak panah itu tepat pada bahagian tengahnya sebelum anak panah itu terkena pada dia.
Lelaki di depan Nico terkedu. Belum pernah lagi dia melihat seseorang yang berjaya mematahkan serangan Storm Arrow miliknya. Dan pedang pada Nico itu, pedang itu menyebabkan dia terasa sefikit menggeletar bagaikan ada satu tekanan kuasa pada pedang itu yang membuatkan dia berasa sesak.
"Hebat. Ini adalah kali pertama aku melihat orang memusnahkan Storm Arrow aku. Bah kan Queen sendiri menghadapi kesukaran untuk menahan serangan aku." Ujar lelaki itu.
Nico tersengih lucu.
"Serangan macam tu tak akan dapat cederakan aku."
Lelaki di depan Nico tadi mengetapkan bibirnya penuh amarah. Benar kata Queen, pelajar akademi Neptune semuanya suka bercakap besar!
Mengesan rasa amarah lelaki di depan dia, Nico tersengih dalam diam. Sungguh senang sekali bagi dia untuk memprovok lelaki itu. Bahkan Qeris yang sangat-sangat panas baran tu pun tak akan tunjukkan amarah dia seawal ini.
'Qeris, aku tak sangka ada orang yang lagi baran daripada kau. Taniah Qeris... ' Kutuk hati kecil Nico.
Melihat senyuman tidak ramah Nico, lelaki di depan dia, menggeledak dengan rasa amarah yang panasnya mencecah panas magma. Sepantas angin, lelaki itu terus menlancarkan serangan pada Nico namun belum sempat dia menyerang Nico, dia ditekan oleh satu tekanan... Tak lebih kepada gema kuasa.
Dia ditekan oleh gema kuasa Nico!
To Be Continued...
ANDA SEDANG MEMBACA
The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold)
FantasyNico di Cedric, remaja yang pelik dan penuh misteri.Dia tinggal bersendirian di rumah agam keluarga dia bersama makcik dia, Silena. Suatu hari, dia secara tidak sengaja mengambil sebuah buku ajaib dan akhirnya mengetahui mengetahui identiti sebnar d...
