Empat Puluh Lima

215 19 2
                                        

"NICO KAU KAT MANA?! " Jerkah Jayden.

Nico pantas menjeling jam dia. Jarum jam menunjuk tepat pukul empat petang. Tanpa sedar, dia menepuk dahi dia.

'Matilah aku kena panggang dengan Qeris nanti. 'Ujar hati Nico.

"Woi, Nico kau dengar tak apa aku cakap ni? " Tanya Jayden.

"Dengar, dengar. Kenapa? "

"Kau kat mana? Bila kau nak bila balik ni? Kau tahu tak si Qeris ni dah macam mak anjing nak beranak tunggu kau balik. "Ujar Jayden.

Namun tidak lama kemudian suara jeritan Jayden kedengaran.

"AMPUN, QERIS! AMPUN! "Jerit Jayden.

Kedengaran bunyi benda pecah dan beberapa bunyi erangan seseorang. Nico tersengih kecil.

'Kau memang bodoh Jayden. '

"Aku dah nak balik. Kejap lagi aku sampai. "Ujar Nico tanpa memperdulikan bunyi esak tangis dan erangan Jayden yang sepertinya sedang dibelasah Qeris.

Setelah dia menutup talian holo-dial dia, Nico pantas mengumpul tujuh buah buku yang diambil oleh dia daripada rak buku tadi lalu diletakkan di atas kaunter.

"Berapa semua ni? "Tanya Nico pada Rain yang sedang kusyuk membaca.

"Semuanya tiga puluh lima coins. "

Usai membayar buku-buku itu tadi, dengan pantas Nico berlari menuju ke rumah sewa mereka.

*****


Percy mengambil tangan kanan Nico yang memegang erat rantai milik James lLu mengenggam tangan Nico.

"Nico, kamu kena berjanji yang kamu tak akan berikan rantai ini kepada orang lain. Rantai ini akan membantu kamu mengawal kuasa kamu. Kuasa kamu terlalu kuat berbanding dengan semua di Cedric yang pernah lahir ke dunia ini."

Nico sekadar mengangguk kepala dia. Percy menghela perlahan nafas dia sebelum berbisik kecil.

Percy memetik jari dia dan menyebabkan satu bebola kecil muncul. Bebola itu menayangkan satu siri kejadian lama yang Percy simpan.

"Oracle Delphi, kenapa dikau memanggil kami ke sini? " Kedengaran suara Ian daripada bebola itu.

Tidak lama kemudian, James, Percy, Ian dan Rachel memunculkan diri di dalam bebola itu. Satu suara yang berbunyi garau kedengaran;

"Rachel, anak yang berada dikandunganmu sudah mencapai lima bulan,bukan?" Tanya suara garau itu.

Ian berpaling memandang Rachel.

"Ya Oracle." sahut Rachel.

"Nampaknya, takdir telah memilih kamu berdua sebagai ibu dan ayah kepada pewaris Dia. Hulurkan tangan kamu berdua. Biar aku bacakan takdir anakmu yang bakal lahir ini dan bakal menggalas tanggungjawab yang besar sekali kelak. "

Ian dan Rachel saling berpaling menghadap satu sama lain sebelum menghulurkan tangan mereka. Satu asap tebal membaluti tangan mereka lalu kedengaran bunyi suara yang halus mendayu-dayu menyebut sesuatu.

The child of a curse bearers
Shall born into the world
He may hold the power of a true god
To raze or to save
He will lose something he treasure most

He shall met the Golden Holders,
One has the power of Moon Eclipse,
One has the power of Solar Eclipse,
And one shall has the power of Demon Elf.

They shall journey through the path of Death,
And claim their true throne,
In order to restore the world peace.

Usai sahaja Oracle Delphi membacakan takdir Nico, semua orang terdiam. Rachel menggenggam erat tangan Ian.

"Oracle, apa yang akan terjadi kalau anak kami... "

"Tiada siapa yang tahu apa yang anak ini akan lakukan saat dia lahir ke dunia ini. Takdir dia tidak sejelas takdir orang lain. Namun hanya satu yang mampu aku katakan, saat anak ini lahir, dia akan membawa sumpahan dan kuasa terulung keluarga di Cedric. Sumpahan yang raja dewa sekalipun tidak mampu kawal."
Kata Oracle Delphi dengan penuh misteri.

"Sumpahan? "

"Ya sumpahan. Sumpahan kuno yang paling bahaya dan ditakuti di antara semua sumpahan kuno. *Sumpahan demonic spirit. Sudah berbilion tahun berlalu sejak berlakunya peperangan diantara semua dewa. Ketika perang itu, dewa kematian yang pertama hilang kawalan dan melepaskan satu entiti kejam yang dikenali Re."

"Re dengan ganasnya telah mengubah arus peperangan dan menyebabkan raja dewa hampir musnah. Pada saat itulah, satu lagi entiti lain, Reverse, datang dan menghentikan Re. Sejak itu, Re dan Reverse telah dikurung ketat di dalam *Holy Inscription."

"Namun sepuluh ribu tahun yang lepas, Re dan Reverse berevolusi dan bergabung. Mereka kemudiannya wujud dalam bentuk sumpahan. Menurut ramalan pertama, hanya waris terkuat di Cedric saja yang mampu mengawal sumpahan Demonic Spirit. "

"Apa yang boleh kami lakukan untuk lindungi anak ni Oracle? Dia pasti akan menjadi buruan semua." Rachel mengelus lembut kandungan dia yang sudah mula kelihatan.

"Tiada apa yang mampu kita lakukan Rachel Qu Nikolai. Apa yang boleh aku lakukan hanyalah menyekat kuasa dia sehinggalah dia mampu membuka sendiri sekatan ini. Saat dia membuka semula sekatan kuasa ini, dia akan menjadi lebih kuat berbanding dengan semua orang di dunia ini bahkan dewa juga pasti akan punya kesusahan untuk mengalahkan dia."

Kemudiannya, bebola kecil itu terbakar dengan sendirinya sebelum menjadi debu.

******

*Sumpahan demonic spirit-
Sumpahan kuno yang menyebabkan terjadinya perang besar diantara para dewa dan dark soldiers( tentera dewa kematian). Re lahir daripada rasa amarah dan dendam dewa kematian yang kehilangan anaknya yang bernama Re'u

*Holy inscription-
Satu inskripsi lama yang berkisahkan tentang kisah bagaimana dunia mula tercipta. Ianya mempunyai satu kuasa suci yang melemahkan kuasa entiti jahat. Holy inscription adalah artifak paling kuno dan dilindungi ketat oleh badan organisasi pelindung rahsia iaitu The Patriots.

>_< sorry lama tak update. Saya tngah sibuk buat masa sekarang.

happy reading^o^

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Aug 15, 2022 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang