Dua Puluh: Demonic Song

360 36 0
                                        

"Aku harap kali ini kita sempat kejar mereka sebelum azimat ini hancur. "

Jayden menelan liur dia. Nico pernah menggunakan azimat berbentuk 'ani-jed' dan menggunakannya namun seperti kebanyakan azimat, ani-jed hanya mampu bertahan untuk beberapa minit bergantung pada tenaga penggunanya.

Tapi untuk menggunakan ani-jed ini, tenaga yang amat banyak diperlukan. Nico hanya mampu menggunakan ani-jed ini selama enam minit sebelum ani-jed itu hancur. Dan itu akan menyebabkan Nico hampir tiada tenaga untuk berlawan. Namun hanya itu sahaja peluang yang mereka ada.

Nico membaling azimat itu ke tanah dan menyebabkan azinat itu meletus. Asap keunguan meluru keluar daripada rekahan azimat itu dan membentuk bentuk seekor helang.

"Ani-jed talis: Solid! " jerit Nico sesudah dia membaling azimat itu ke tanah.

Asap berwarna ungu menjadi bentuk seekor helang yang besar dan mampu memuatkan dua orang di atasnya. Dengan pantas Nico dan Jayden menaiki helang itu dan terbang tinggi menelusuri lorong gelap di depan mereka.

Semakin jauh mereka masuk, beast dan raksasa yang mereka nampak semakin banyak dan kuat. Tidak sampai tiga minit akhirnya mereka dapat mengesan Carter dan Jayla yang di kelilingi oleh beberapa ekor beast termasuk beast yang mengejar mereka tadi.

"Cepat Nico!" desak Jayden.

"Ni paling pantas yang helang ni dapat lakukan."

Tiba-tiba satu cahaya menerangi tempat itu dan menyilaukan mata para mereka yang melihat. Kedengaran bunyi seruling yang seakan ditiup dengan kuat tanpa kisah not apa yang dimainkan bergema kuat diseluruh lorong itu.

Helang yang dinaiki oleh Nico dan Jayden tiba-tiba memekik(?) kuat dan meletus menjadi ani-jed yang retak. Pandangan Nico menjadi kabur kerana dia telah menggunakan separuh daripada tenaga dia untuk menggunakan ani-jed dia.

"Nico! "Jeritan Jayden ditemani dengan bunyi jeritan Carter.

Jayden dengan pantas menyeru kuasa aisnya untuk menangkap Nico yang hampir jatuh ke atas tanah. Satu tangan ais menangkap tubuh Nico dan Jayden sebelum meletak mereka ke tanah. Sebaik sahaja Nico dan Jayden menjejak tanah tangan itu mencair menjadi air.

Jeritan Carter masih lagi kedengaran daripada jauh. Nico pula sudah pengsan akibat terlalu banyak menggunakan tenaga dia. Jayden yang terdesak akhirnya mengunakan kuasa ais dia untuk membuat pelindung di sekeliling Nico.

Dia berlari pantas menuju ke arah suara Carter dan menyebabkan seluruh lorong yang dilalui oleh dia berubah menjadi ais.

******

Nico membuka perlahan mata dia. Alangkah terkejutnya dia saat melihat diri dia berada di dalam sebuah bilik yang serba putih. Terdapat beberapa buah katil di bilik itu yang ditempati tiga orang pelajar.

Salah seorang daripada pelajar itu sudah sedar namun masih tidak perasan akan Nico.

"Jayden, apa yang jadi tadi? "Tanya Nico sambil memandang wajah dingin jejaka di depan dia.

Jayden memandang Nico sebentar sebelum mengeluh kasar. Dia memandang sebentar Carter dan Jayla yang masih lagi pengsan sebelum kembali memandang Nico.

"Lepas sahaja ani-jed kau meletus, kau terus pengsan sebab terlebih menggunakan tenaga kau. Aku terdesak sangat jadi aku tinggalkan kau dan bina pelindung ais sekeliling kau sebelum menuju ke arah Carter dan Jayla. Tapi sebaik saja aku sampai sana..."

Jayden menggeleng kepala dia sebelum menyambung.

"Carter terapung beberapa meter di atas tanah dan badan dia dikelilingi aura putih. Kuasa dia terlalu kuat sampai aku terpaksa gunakan buka kuasa elemental tahap kedua aku. Semua beast sekeliling dia meletus menjadi kepulan asap. Jayla pula dah terbaring di atas tanah sebab terkena serangan beast. Tapi yang menakutkan aku... "

Jayden merenung wajah Nico dengan pandangan serius dan risau.

"Carter mungkin juga menjadi buruan orang lain lepas ni. Nico dia pengguna kuasa terlarang. Dia pengguna 'Demonic Song.'" kata Jayden.

"Pengguna Demonic Song? Kau yakin ke Jayden? "Tanya Nico kembali.

"Aku pasti. Sebelum helang kau meletus aku sempat dengar bunyi seruling."

Nico terjeda sebentar.

"Evil song: Ghost flute? "Tanya Nico.

"Aku pasti. Aku pernah baca tentang puak yang menggunakan magik Demonic Song. Mereka menggunakan magik mereka untuk mengawal beast dan raksasa. Tapi kuasa mereka ada satu kelemahan. Penggunaan magik mereka memerlukan tenaga yang banyak dan magik tahap tinggi hanya boleh dilakukan masa bulan purnama menjadi merah." Jelas Jayden.

Mereka berdua memandang Carter dengan pandangan risau. Kini, bukan sahaja Jayla malah Carter akan turut menjadi mangsa para mereka yang dahagakan kuasa. Pengguna magik Demonic Song sangatlah sedikit dan hampir pupus kerana pengguna magik tersebut perlu mendampingi demon untuk menggunakan kuasa itu.

Jika kuasa itu jatuh pada orang lain, mereka boleh mengambil demon itu daripada badan pengguna Demonic Song dan itu akan menyebabkan pengguna kuasa tersebut mati. Amatlah jarang bagi pengguna magik tersebut mewarisi kuasa itu daripada ahli keluarga mereka kerana kuasa itu bukan diwarisi secara turun temurun sebaliknya ianya hanya mampu diwarisi mereka yang terpilih sahaja.

TO BE CONTINUED...

INFO TAMBAHAN:

Ani-jed adalah sebuah azimat yang dibuat daripada jed yang diambil dari beast dan dibentuk menjadi bentuk haiwan.

Kuasa terlarang pula adalah kuasa yang jarang dijumpai dan sangat berkuasa namun penggunanya berdepan dengan risiko yang tinggi. Terdapat sepuluh kuasa yang berada di dalam kumpulan kuasa terlarang,iaitu;
1.Demonic Song(magik)
2.Healing Power(elemental)
3.Beast Possession(magik)
4.Blood User(elemental)
5.Shadow Controller(magik)
6.Moon Tribe(elemental)
7.Body Possession(magik)
8.Cursed elemental(elemental)
9.Demonic Magic(magik)
10.Magnetic Holmium(elemental)

Kuasa Nico dan Jayden pula di dalam kumpulan Unknown.

The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang