Tiba-tiba muncul seekor beast berbadan ular dan berkepala biawak di depan Carter dan Jayla. Beast itu mempunyai empat pasang kaki dan sebesar sebuah lori. Beast itu memandang tajam Carter dan Jayla yang kaku akibat terlalu takut.
Nico dan Jayden segera berpaling ke belakang saat mendengar bunyi desiran daripada belakang mereka. Alangkah terkejutnya mereka saat melihat seekor beast yang seakan sudah sedia mahu menyerang Carter dan Jayla.
"Carter! "
"Jayla"
Jeritan Nico dan Jayden bergema serentak dan menyebabkan Carter tersedar daripada rasa takutnya. Dengan pantas dia menarik lengan Jayla yang sudah menggeletar ketakutan menuju ke salah satu lorong. Beast itu mendesir penuh amarah sevelum mengejar Carter dan Jayla.
Jayden cuba menahan beast itu namun dihalang oleh seekor raksasa yang bermata lima dan setinggi sepuluh kaki. Tubuh raksasa itu ditumbuhi bulu tebal dan tiga pasang lengan sebesar sebuah batu yang sangat besar.
Nico cuba untuk membantu Jayden namun ditolak kasar oleh seekor beast dua kali ganda saiz dia,yang tiba-tiba muncul daripada lorong sebelah kanan dia,sehingga terkena dinding tumbuhan menjalar. Nico memegang bahu dia yang terasa senggal akibat hentakkan pada dinding tumbuhan itu.
Jayden cuba menolong Nico namun dia masih lagi diserang raksasa di depan dia. Nico bangkit perlahan sebelum menyeru keluar pedang kegelapan dia. Sebaik sahaja pedang dia muncul, beast di depan dia melangkah ke belakang. Wajah beast tersebut jelas ketakutan dengan aura pada pedang Nico. Belum semat beast itu mahu lari, Nico melibas pedang dia. Satu garisan hitam panjang membelah badan beast tersebut dan menyebabkan beast itu menjadi kepulan adap kehijauan.
Manakala Jayden pula sudah dibaluti frost pada seluruh badan dia. Mata dia berubah warna menjadi biru sepenuhnya. Dengan penuh rasa marah,dia menjerit kuat dan menyebabkan satu letupan kuasa sehingga menyebabkan beast di depan dia membeku perlahan. Jayden menyeru senjata dia iaitu, trisula atau tombak yang bercabang tiga milik dia dan menikam pedang itu pada badan raksasa yang telaj beku itu. Badan raksasa itu berubah menjadi pasir kehitaman sebelum hilang ditiup angin.
"Nico, kau tak apa-apa?"Tanya Jayden sambil mendekati Nico.
"Aku okey. Kita kena tolong Carter dan Jayla. Beast yang kejar mereka berdua tu berada pada tahap empat! "Kata Nico sedikit panik
Belum pun sempat mereka mahu memasuki lorong yang dimasuki oleh Carter dan Jayla tadi, bulu tengkuk Nico terangkat. Dia dapat merasakan satu aura kuat di depan mereka. Melihat Nico yang tiba-tiba berhenti, Jayden turut sama berhenti sebelum mendekati Nico.
"Nico kau kenapa? "
"Jayden,aku rasa kau kena selamatkan Carter dan Jayla sendiri. Kat depan kita,ada satu aura yang kuat dan aku nak pergi periksa dahulu. Bahaya kalau pelajar lain pergi kesana sendiri." kata Nico sambil merenung lorong di depan dia.
"Tak akan kau nak pergi sana sendiri?"Tanya Jayden dengan nada risau.
"Tak apa. Kau tolong dulu mereka berdua. "
Jayden mengeluh kecil saat melihat wajah Nico yang penuh tekad itu.
"Yelah. Hati-hati. Kalau kau perlukan bantuan, kau pecahkan batu kristal ni." Kata Jayden lalu menyerahkan satu batu kristal berbentuk bulat pada Nico.
Nico mengangguk kepala dia sebelum melangkah menuju ke arah lorong di depan dia manakala Jayden pula menuju ke arah lorong yang dimasuki oleh Carter dan Jayla tadi.
Nico memegang erat pedang kegelapan milik dia di tangan kirinya. Tangan kanannya memegang satu bebola api tinggi untuk menyinari jalan dia. Semakin dia dekat dengan lokasi aura itu, Nico dapat merasakan tekanan kuasa yang semakin kuat.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold)
FantasyNico di Cedric, remaja yang pelik dan penuh misteri.Dia tinggal bersendirian di rumah agam keluarga dia bersama makcik dia, Silena. Suatu hari, dia secara tidak sengaja mengambil sebuah buku ajaib dan akhirnya mengetahui mengetahui identiti sebnar d...
