Seorang lelaki bertopeng biru gelap dan berkeludung berdiri jauh bersama semak samun sambil memerhatikan sekumpulan pelajar di depan dia. Pandangan mata dia ditumpukan pada seorang budak lelaki berambut hitam yang sedang berdiri agak jauh daripada kumpulan pelajar itu.
Budak lelaki itu memerhatikan pelajar-pelajar yang sedang melawan senior mereka untuk menganalisis pergerakan dan kekuatan senior yang akan dilawan oleh dia nanti.
Serangan demi serangan yang dilancarkan ke arah Qeris namun dengan mudah serangan-serangan tersebut dipatahkan. Seorang demi seorang pelajar melangkah ke depan untuk melancarkan serangan ke arah Qeris. Qeris menghentakkan trident dia ke lantai dan menghasilkan satu pelindung tanah setinggi dua meter yang melindungi dia daripada serangan tersebut.
"Hah! Takkan hanya ini sahaja yang kamu semua mampu lakukan."Cabar Qeris
Kemudian Ares melangkah ke depan. Dia tersengih mengejek sebelum dia memetik jari dia. Muncul sebuah pedang pendek atau gladius ditangan dia. Ares dengan pantas berlari ke arah Qeris. Sebaik sahja dia cukup dekat dengan Qeris, Ares mengguna magik dia.
"Sword Dances: Illusion."
Muncul puluhan bayang Ares yang mengelilingi Qeris dan menyerang dia serentak. Qeris memegang erat trident dia.
"Elemental: Cyclone Sphere!"
Kemudiannya,muncul satu tiupan angin kencang,mengelilingi Qeris. Serangan yang dilancarkan Ares lansung tidak mampu menembusi perisai taufan milik Qeris sebaliknya menyebabkan Ares terbang beberapa kaki jauhnya.
Qeris tersengih sebelum memuji Ares;
"Bagus! Walaupun serangan kau masih ada cacatnya tapi tetap bagus."
Ares memandang tajam Qeris,jelas marah dengan kata-kata Qeris. Qeris kemudian memandang Nico sebelum meminta Nico melangkah ke depan.
"Kau, budak,aku nak tanya kau satu soalan. Kau dah nampak apa yang aku boleh buat tadi, jadi boleh kau teka kuasa sebenar aku? " Qeris memandang Nico dengan pandangan... penuh harapan,mungkin.
Nico menggaru perlahan kepala dia sebelum merenung sebentar wajah Qeris.
"Err...kau pengguna kuasa Soul?" Teka Qeris.
Tidak lama kemudian kedengaran bunyi ledakkan ketawa semua pelajar yang berada disitu. Namun, bunyi gelakkan itu terus senyap sebaik sahaja Qeris menjeling tajam mereka.
"Dan kenapa kau kata macam tu? "Tanya Qeris dengan satu pandangan kosong.
"Err...trident tu. Sepanjang perlawanan tadi, kau hanya bergantung pada trident ini sahaja untuk hasilkan kuasa dan kau menggunakan dua kuasa elemen. Walaupun pengguna dua kuasa elemen wujud tapi mereka selalunya tak menggunakan medium untuk menyalurkan kuasa mereka. Satu lagi, pengguna Soul selalunya tidak akan mudah kehilangan tenaga sebab mereka menggunakan kuasa Soul mereka. "Jelas Nico panjang lebar.
Qeris menepuk kuat tangan dia sebelum memandang pelajar-pelajar yang lain.
"Taniah, Nico. Kau adalah pelajar yang pertama dapat sedar tentang kuasa aku walaupun kau baru berjumpa dengan aku. Ya, aku pengguna kuasa Soul. Kemahiran yang sangat sukar untuk difahami."
Qeris memetik jari dia dan kemudiannya kalung yang dipakai oleh dia berubah bentuk menjadi satu kepulan asap kebiruan yang menjelma menjadi bentuk tengkorak.
"Kenalkan, ini adalah Soul aku,Toru."
"Yo! "kata Soul tersebut.
Soul itu kemudiannya terbang mengeliling Nico sebelum terbang semula ke arah Qeris.
"Hahahaha...kau memang pintar budak. Si Qeris ni perlukan masa bertahun sebelum dia tahu kuasa sebenar dia."Kata Toru.
"Diamlah,Toru. Baiklah, memandangkan masa sudah hampir tamat, aku akan umumkan siapa yang akan layak menjadi pemain untuk Slaughter dan Slash Sword. Namun, hanya tiga orang pelajar sahaja yang layak menjadi pemain Slaughter dan selebihnya akan menyertai Slash Sword. "
Dia memandang sebentar pelajar di depan dia sebelum menyambung semula.
"Pelajar yang layak untuk menjadi pemain Slaughter ialah Nico Black, Ares War dan Rya Florence. Seterusnya, pelajar yang layak untuk Slash Sword pula ialah Douglas Fury, Diamante, Suzy Howard, Octavius, Reyna Hermosa, Hera Merry, Zach dan Will Hype."
Seorang demi seorang pelajar yang dipanggil melangkah ke depan. Kedengaran bunyi tepukan tangan daripada pelajar yang tidak terpilih kedengaran. Namun bunyi tepukan tangan itu menjadi senyap sebaik sahaja Qeris mengangkat tangan dia.
"Bagi yang tak terpilih,jangan risau. Kamu semua masih ada peluang untuk mencuba semula pada tahun hadapan. Bagi yang terpilih, jangan riak hanya kerana kamu terpilih. Aku ada kuasa untuk menilai dan membuang kamu daripada pasukan kalau aku rasa kamu semua tak layak. Pemain yang hebat perlu ada kekuatan, keberanian, kesetiaan dan kepintaran yang tinggi. Mereka yang tiada salah satu daripada empat benda ini boleh undurkan diri sebab aku akan jalankan ujian setiap bulan untuk memastikan kamu semua layak. " terang Qeris
Tidak lama kemudian bunyi horn kedengaran. Dengan itu, para pelajar pun bersurai. Belum pun sempat Nico mahu melangkah menuju ke dewan Optimus, Qeris memanggil nama dia.
"Nico Black, tunggu sebentar. "
Qeris pantas berjalan ke arah dia sebelum membawa Nico menuju ke arah sebuah bangunan satu tingkat yang berada di bahagian selatan akademi itu.
"Kenapa kita ke sini? Kawasan ni kan kawasan larangan.. "
"Sebab kawasan ini tempat pasukan Slaughter Akademi Neptune berlatih. Kau ingat kenapa tempat ini ada dinding penghalang?" Qeris menahan Nico daripada terus melangkah.
Qeris mengeluarkan sebuah token berbentuk segi empat tepat dengan ukiran seekor naga padanya. Dia kemudian mendekati sebuah tiang sebelum mengimbas token dia pada pengimbas di tiang tersebut. Setelah itu, muncul sebuah portal di depan mereka. Sebaik sahaja, Nico menjejakkan kaki dia ke dalam portal itu, dia terpegun.
Di depan dia kini....
TO BE CONTINUED...
Maaf sebab lambat update〒_〒
Info:
Pengguna Soul merupakan pengguna yang menggunakan relic atau barangan tinggalan yang telah didiami roh sama ada ahli sihir atau ahli elemental mahupun beast. Selalunya, pengguna Soul ini terdiri daripada mereka yang dilahirkan dengan kuasa magik ataupun elemental yang tidak kuat. Mereka tidak mampu menjana kuasa mereka seperti orang lain kecualilah mereka menggunakan relic.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Dark Wizard And Demon Eye(on Hold)
FantasíaNico di Cedric, remaja yang pelik dan penuh misteri.Dia tinggal bersendirian di rumah agam keluarga dia bersama makcik dia, Silena. Suatu hari, dia secara tidak sengaja mengambil sebuah buku ajaib dan akhirnya mengetahui mengetahui identiti sebnar d...
