"Now,explain"serius Ezrieq menyuruh.
Tengku Rayden mencampakkan dokumen di atas meja.
"Apa ni?"soal Hazim.
"Tengok.Maklumat tentang Amelda Aireez"balas Tengku Rayden.
Hazim,Ezrieq dan Uqael membaca maklumat peribadi berkaitan dengan Amelda Aireez.
"Kau asal tak baca?"soal Uqael.
"Buat apa aku nak baca kalau aku yang cari maklumat tentang budak tu?"angkuh Davian menjawab.
"Lah,tak bagitahu awal-awal.Dasar bengong"kutuk Hazim.
Belum sempat Davian ingin melawan Ezrieq telah memotong.
"Dahtu,kenapa kau nak ambik dia bekerja?"dari tadi mendiamkan diri..
"Korang tengok pengalaman bekerja dia dulu kat mana"arah Tengku Rayden.
Mereka bertiga melihat kembali maklumat peribadi Amelda.
"Syarikat Tan Sri..."lirik suara Hazim menjawab.
Davian yang mendengar syarikat musuh mereka terkejut.
"Ehh,pasal ni aku tak tahu pulak"Davian merampas dokumen dari tadi Uqael.
"Apa ni main rampas-rampas"marah Uqael.
"Sabarlah bengong aku tak tahu pasal ni"Davian membaca maklumat tentang Amelda.
"Dia sendiri yang cari,dia sendiri yang lupa.Apa lah dia makan time kechik-kechik"perli Uqael.
"Arghh kau diam"balas Davian.
"Maksudnya,kau nak gunakan dia untuk musnahkan Tan Sri.Macamtu?"soal Ezrieq.
"Exactly,memang aku nak gunakan dia memandangkan dia pernah bekerja dengan Tan Sri.Dari situ,kita dapat tahu tentang projek-projek Tan Sri termasuk projek kita yang orang tua tu tipu" terang Tengku Rayden.
"Woah,bergayanya my sugar daddy bila bercakap"Uqael tersenyum-tersenyum gatal.
"Ehh you,apa rampas-rampas scandal I ni?"rengek Hazim.
"Ni sugar daddy I tau"Uqael acah-acah menolak bahu Hazim.
"I punyalah"lawan Hazim.
"You ambiklah dua mangkuk lagi tu"Uqael menunjuk ke arah Davian dan Ezrieq.
"Taknak lah I,seorang tu miskin seorang lagi tu tak hensem"kutuk Hazim.
"Kan,kan I pun rasa benda yang sama.Lagipun seorang tu bodoh seorang lagi bongok"sokong Uqael.
"Not my taste"Hazim membuat muka loya.
Davian dan Ezrieq sudah bengang skala 100 dah tu.
"Ehh,monyet dua ekor sini kau sakit pulak hati titew ni dengar korang kutuk kitorang"Davian mula mengejar Hazim dan Uqael.
"Dasar monyet-monyet tak sedar diri dahlah selama ni makan pun kitorang yang bayar pastu nak cakap kitorang miskin pulak"Ezrieq menolong Davian menangkap Hazim dan Uqael.
"Ray,btw aku tengok dekat maklumat tu Amel tu single bolehkan aku dengan Zim try dia nanti" sempat Uqael menjerit.
"Muka pun macam apek jual carpet ada hati nak ngorat Amel tu"bidas Ezrieq.
"Jealous cakap Rieq,aku tahulah muka kau mix Korean terlebih muatan"Hazim backup Uqael.
"HAHAHAHAHA"gelak Uqael.
Selang beberapa minit,suara jeritan Hazim dan Uqael didengari di luar bilik pejabat Tengku Rayden.Tahulah dia yang Davian dan Ezrieq sudah dapat menangkap dua ekor monyet yang terlepas dari zoo terbiar.
YOU ARE READING
RaydenAmelda:Amore Assassino [C]
RomanceCinta yang disangkakan wujud apabila dua hati telah bersama,malangnya membunuh cinta kedua-dua hati.Pada awalnya,dua buah hati cuba untuk mencintai antara satu sama lain apabila hati mula mencintai tiba-tiba hancur selumat-lumatnya.Apakah daya,jika...