Amore Mio 6

4K 197 6
                                    

"Amel,nak pergi lunch sesama tak?"ajak Eisha.

"Boleh jugak,Amel pun dah lapar"sambil mengemas meja kerjanya.

Interkom dari meja Eisha berbunyi."Yes,Tengku?Ada apa-apa ke?"sebaik sahaja mengangkat panggilan dari interkom.

"Suruh Amelda masuk bilik saya!!"balas Tengku Rayden.

"Baik Tengku"Eisha menamatkan panggilan interkom.

"Jom Eisha,Amel dah siap kemas"Amel sudah berada di hadapan Eisha.

"Erk Amel,Tengku suruh Amel masuk bilik Tengku sekarang"beritahu Eisha.

"Hah?Sekarang bukan ke waktu lunch"rungut Amelda.

"Eisha pun tak tahu,Amel pergilah Eisha tunggu sini"Eisha duduk di sofa.

"Hmm,okay Amel pergi jumpa encik tu kejap"Amelda bergegas pergi ke bilik pejabat Tengku Rayden.

'Tok tok'dengan sopan Amelda mengetuk pintu walaupun dalam hatinya sudah mengutuk 'pakcik freezer' tu.

"Masuk"suara Tengku Rayden kedengaran.

"Ya,encik kenapa panggil saya?"suara Amelda dipalsukan.

"Aku nak kau belikan makanan ini untuk aku"list makanan diberi kepada Amelda.

"Hah?"Amelda terkejut melihat list makanan yang diberi oleh Tengku Rayden.

"Encik nak makan semua ni ke banyak kot"bidas Amelda.

"Aku suruh beli,beli jelah lagipun karang 4 orang mangkuk tu nak datang"jeling Tengku Rayden.

"Dahtu suruh jelah kawan-kawan encik je yang beli,kenapa pulak saya nak belikan"lawan Amelda.

"Banyak songehlah kau ni"rengus Tengku Rayden."Budak ni aku suruh buat,buat jelah"kata Tengku Rayden di dalam hati.

"Iyelah saya kerja kat sini sebagai engineer bukan pembantu encik"marah Amelda sedikit.

"Kau ni,sekarang pilih kau pergi beli atau aku potong gaji kau"tegas Tengku Rayden membalas.

"Iyelah saya pergi beli.Bagi lah card credit takkan encik nak saya bayar guna air liur kot"Amelda menghulurkan tapak tangannya.

Tengku Rayden mendengus dan meletakkan card creditnya di atas tapak tangan Amelda menggunakan napkinnya.

"Baik kau beli ikut macam dalam list kalau kau taknak ulang-alik pergi beli macam buat coffee pagi tadi"amaran diberi oleh Tengku Rayden.

"Iyelahh encik"menyampah Amelda menjawab.

Amelda dengan geramnya keluar dari bilik bossnya a.k.a 'pakcik freezer'.

"Aku rasa nak tukar gelaran dia kepada 'pakcik iceberg' geram aku ngan dia"bebel Amelda dengan nada perlahan.

"Kita dah boleh pergi ke?"soal Eisha.

"Dah,jom"Amelda menarik lembut tangan Eisha.

Semasa perjalanan pergi ke lot kedai bersebelahan dengan 'Rafael Holdings SDN.BHD',Eisha bertanya "Kenapa Tengku panggil tadi?"

Amelda menunjukkan list makanan yang dipesan oleh Tengku Rayden.

"Banyaknya,takkan Tengku nak habiskan semua ni dan kenapa dia suruh Amel yang belikan?" panjang lebar Eisha bertanya.

"Dia cakap dia suruh Amel beli untuk dia ngan kawan-kawan dia pastu kalau Amel tak belikan dia potong gaji Amel"jawab Amel dengan geram.

"Aik,selalunya kawan-kawan Tengku yang belikan makanan kenapa harini Amel yang kena belikan"hairan Eisha dengan bossnya.

RaydenAmelda:Amore Assassino [C]Where stories live. Discover now