Amore Mio 43

3.6K 141 46
                                    

Bangun sahaja dari tidur,wajah Tengku Rayden tidak kelihatan.Hanya dilihat bantal yang menggantikan Tengku Rayden.

Amelda bangun dan menuju ke arah toilet.

Baju kurung bersama shawl yang berada di meja solek menarik perhatiannya.

Sticky notes berada di atas lipatan baju.

"Aku tahu lepas ni kau akan terus pergi kerja.So aku sediakan baju kurung untuk kau.."

"Cantik.."gumam Amelda.Pandai jugak ehh pakcik ni pilih.Tinggi taste dia.

Dia keluar dari bilik tetamu untuk menyediakan sarapan buat mereka semua.

Dalam perjalanan ke dapur,dia melihat Tengku Rayden sedang termenung jauh di luar.

"Awal betul dia bangun selalunya aku yang bangun dulu.Ini tak boleh jadi.."

Amelda memandang Tengku Rayden dengan senyuman penuh makna.

Timbul idea nakalnya untuk mengenakan Tengku Rayden.

Secara perlahan-perlahan dia keluar ke taman mini menggunakan pintu belakang. Dia dah biasalah dengan kawasan rumah ni.Hihihihihi.

Sempat Amelda mengambil iphonenya untuk dibuatnya sound track menakutkan.

Semakin hampir dengan Tengku Rayden,Amelda menekankan button 'play' video.

"Padan muka awak.."ketawa Amelda.










Tengku Rayden P.O.V

Wajah isterinya yang masih lena dibuai mimpi dipandangnya.

Disentuh perlahan pipi gebu isterinya, sungguh dia rindu akan isterinya.

Tapi adakah isterinya merinduinya?

"I love you sayang.."bisik Tengku Rayden.

Dia meletakkan bantal di sisi anaknya. Kemudian dia keluar daripada bilik tetamu.

Tengku Rayden naik ke tingkat atas untuk mengambil baju isterinya.

Tersenyum apabila teringat yang isterinya memakai baju yang diberinya malam tadi.

Comel dan cantik sahaja apabila melihat isterinya.

Baginya itu pertama kali isterinya memakai pakaian yang dibelinya dan dipilihnya.

Sangkaan dia,dia tidak akan berpeluang melihat pakaian-pakaian itu dipakai oleh isterinya memandang kepastian kematian isterinya 3 tahun lalu.

Dipilihnya baju kurung yang paling sesuai untuk dipakai oleh isterinya.

Setelah memilih dia menulis sticky notes dan ditampal di atas lipatan baju kurung itu.

Dia masuk kembali di dalam bilik tetamu dan meletakkan baju kurung di atas meja solek.

"Sekarang dah jadi mak-mak pun tidur tak pernah nak behave.."kutuk Tengku Rayden.

"Tak pasal-pasal karang ada yang jatuh katil nanti.."dibetulkan kedudukan isterinya yang dah tunggang-langgang baginya.

Rengekan kecil daripada Amelda membuatkan Tengku Rayden

"Duduk diam-diam lah sayang.Karang ada yang kena cium nanti.."

Seperti tahu apa yang dikatakan oleh Tengku Rayden,badan Amelda mengikut arahannya.

Tengku Rayden mencium lembut batang hidung isterinya.Siapa suruh isterinya tu comel sangat.

Setelah memastikan tiada kes yang akan jatuh katil pada waktu itu.Tengku Rayden keluar semula dan menuju ke taman mini.

Sedang dia leka memandang dan memenangkan diri.Tengku Rayden mendengar bunyi-bunyi di belakangnya.

RaydenAmelda:Amore Assassino [C]Where stories live. Discover now