Tin nescafe dihulur oleh adik iparnya,Adam. Tengku Rayden menyambut pemberian Adam.
"Thanks.."Tengku Rayden senyum segaris kepada Adam.
"Kakak cakap kau suka minum nescafe sebab tulah aku belikan.."balas Adam.Tengku Rayden tidak sangka yang isterinya menceritakan tentang dirinya kepada adik iparnya.
Mata Tengku Rayden hanya terarah ke operation room sahaja.Lampu merah menandakan pembedahan sedang berlangsung.
"Aku tahu kakak aku seorang yang kuat.Kau tak perlu risau.."
"Aku takut kehilangan dia buat kali kedua.." sayu suara Tengku Rayden berkata.
"Kau jangan fikir sangat pasal benda macam tu.Dahlah aku nak pergi tengok Que dulu.." bingkas Adam bangun dari duduknya.
"Kau jagalah kakak aku dulu pasal Que biar aku yang jaga.."
"Thanks.."
"No hallah.Korangkan family aku.."Adam berjalan ingin meninggalkan Tengku Rayden.
"Ouh bro sebelum aku terlupa.."Adam menghulurkan sepucuk surat kepada Tengku Rayden.
Tengku Rayden memandang surat itu pelik.
"Kakak suruh pass dekat kau bila identiti aku dah terbongkar.."
"Dalam surat ni ada semua perasaan dia dekat kau.."
"Aku cuma nak cakap yang kakak aku memang betul-betul cintakan kau.."
"Aku harap kau takkan sia-siakan dia lagi. Kalau tak aku sendiri yang akan pisahkan korang berdua.."Adam memandang wajah abang iparnya.
"Tapi aku tahu kau akan jaga kakak aku betul- betul sebab dari mata kau aku tahu kau cintakan dia.."
"Aku menyamar pun sebab nak uji kau sama ada betul-betul ke kau cintakan kakak aku.."
"Sekarang dah terbukti.Aku harap kau dapat jaga kakak dengan Que sebaik-baiknya.Aku lepaskan diorang kat kau.."
"Aku janji.."balas Tengku Rayden.
Sempat Adam menepuk perlahan bahu Tengku Rayden.
Setelah ketiadaan Adam, Tengku Rayden membuka sepucuk surat yang diterimanya tadi.
From:your wife
To:my husband
Hye awak,
Kalau awak tengah baca surat ni sekarang maksudnya awak dah tahukan siapa Adam yang sebenarnya. Saya minta maaf sebab sorokkan identiti sebenar Adam.Itupun sebab Adam yang minta saya rahsiakan.Apa sebenarnya tujuan saya tulis surat ni ialah untuk bagitahu awak yang saya dah bersedia untuk kembali kepada awak.
Bukan atas sebab Que ataupun sebab lain-lain.Itu ialah atas kemahuan saya. Awak...
Saya tak pernah tak cintakan awak, walaupun saya cuba bencikan awak atas apa yang awak dah buat dekat saya,saya masih tak mampu bencikan awak.Hati saya terlalu mencintai awak.
Ingat tak pertama kali kita jumpa lepas 4 tahun,saya macam tak percaya yang saya lihat tu awak.
Seorang Tengku Rayden yang bagi saya seorang lelaki sempurna telah berubah.Saya tahu semuanya tentang awak.Dari situ,saya lihat ketulusan cinta awak dekat saya..
Saya pilih untuk pulang semula ke Malaysia semata-mata sebab awak sahaja.Rindu yang begitu dalam amat menyeksa saya.
Kenapa awak sorok semua perasaan awak sendiri?Saya kecewa sebab saya tak mampu jadi isteri yang terbaik untuk awak.Cinta dan sayang saya hanya untuk awak,Tengku Rayden Rafael.
Jangan pernah fikir hati akan mati atau berhenti mencintai awak.
Awak dah jadi suami dan papa yang terbaik untuk saya dan Que.
Mungkin saya malu untuk lafazkan perkataan yang bahawa saya cintakan awak.
Saya maafkan semua kesalahan awak.
Terima kasih kerana mencintai saya dan membuktikan cinta awak.
YOU ARE READING
RaydenAmelda:Amore Assassino [C]
RomanceCinta yang disangkakan wujud apabila dua hati telah bersama,malangnya membunuh cinta kedua-dua hati.Pada awalnya,dua buah hati cuba untuk mencintai antara satu sama lain apabila hati mula mencintai tiba-tiba hancur selumat-lumatnya.Apakah daya,jika...