Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA 2)
"Cik dah sampai.."tegur pakcik grab.
"Terima kasih pakcik.."Amelda menghulurkan duit kepada pakcik grab.
"Cik.."panggil pakcik grab.
"Ya kenapa pakcik tak cukup duit ke?.."
"Bukan cik ni dah terlebih.Pakcik cuma nak cakap apa-apa yang berlaku dalam hidup cik semoga cik sentiasa kuat. InsyaAllah Allah bantu.."nasihat pakcik grab.
"Terima kasih pakcik.Semoga Allah memberkati hidup pakcik..."
Amelda meminta diri kemudian menarik bag rodanya masuk ke dalam KLIA 2.
"Kuatlah wahai hati.Semoga kamu boleh menghadapinya hari-hari yang akan kamu hadapi.."senyum tawar.
Announcement tentang flight Amelda kedengaran di KLIA 2.
Amelda berjalan menuju ke tempat menunggu pelepasan kapal terbang.
Amelda duduk di atas kerusi sementara menunggu.Amelda mengeluarkan iphonenya.Panggilan yang tidak diangkat daripada Uqael,Ezrieq,Davian dan Hazim hanya dihiraukan.
Tiada satu panggilan daripada Tengku Rayden.Mungkin Tengku Rayden lebih bahagia tanpa dia.
Amelda mengeluarkan simcard daripada iphonenya lalu dibuang ke dalam tong sampah.Semoga cara ini lebih baik untuk mereka.
Amelda berjalan menuju ke tempat pelepasan setelah annoucement diberi.
Di dalam flight...
Amelda memandang ke arah luar. Terbang sahaja kapal terbang ini maka Amelda Aireez tiada lagi disisi Tengku Rayden Rafael.
"Ya Allah berikan aku kekuatan.Aku tak mampu menahan sakitnya berharap pada manusia.."rintih Amelda."Jagakan dia untuk ku Ya Allah.." Amelda menangis semahu-mahunya di dalam flight.
Hujan membasahi bumi memahami kesedihan yang dialami dua manusia.
YOU ARE READING
RaydenAmelda:Amore Assassino [C]
RomanceCinta yang disangkakan wujud apabila dua hati telah bersama,malangnya membunuh cinta kedua-dua hati.Pada awalnya,dua buah hati cuba untuk mencintai antara satu sama lain apabila hati mula mencintai tiba-tiba hancur selumat-lumatnya.Apakah daya,jika...