3 tahun kemudian..
Setiap hari rutinnya ialah datang ke tasik untuk menenangkan diri dan melepaskan rindu.Doktok Hazrfiq juga mengalakkan untuk Tengku Rayden melakukan perkara sebegitu.Sedikit sebanyak dapat membantu proses pemulihaan Tengku Rayden.
Iphone milik Tengku Rayden berdering.
"Hello?"soal Tengku Rayden.
"Ray kau kat mana?.."jerit Davian.
"Kau kat tasik lagi ke?.."suara Hazim kedengaran.
"Balik woi Rieq masak weyh.Dia masak chicken chop.Giler-giler.."sorak Uqael.
"Kau lambat balik kitorang sapu semua chicken chop yang Rieq masak.Balik cepat..."
"Ian,kau buat apa tu.Sabarlah dulu!!.." suara marah Ezrieq kedengaran sayup- sayup.
"Ishh iyelah.Dah ahh bye Ray"Davian menamatkan panggilan telefon.
Tengku Rayden mengelengkan kepalanya.Sejak 3 tahun lepas dia lebih banyak mendiamkan diri dan hanya mengikut apa sahaja arahan rakan- rakanya.Dia mudah termenung dan bersedih tetapi rakan-rakannya cuba mengalihkan perhatiannya.
Bukan mudah untuk mendengar gurauan-gurauan bodoh rakan-rakanya lagi.Sejak kematian isterinya mereka berempat lebih banyak diam dan hanya berbual ketika perlu sahaja. Tahun ini baru dia mendengar telatah rakan-rakannya semula.
Sedang dia melihat sekeliling tasik..
Tengku Rayden melihat seorang wanita datang ke arahnya.Tengku Rayden mengecilkan matanya ingin melihat figura wanita itu.
Seperti dia kenal..
Wajah itu..
Wajah yang dirindui olehnya..
Wajah isterinya...
Amelda Aireez...
Tengku Rayden bangun dan berlari ke arah wanita itu...
Wanita itu jugak mempercepatkan langkahnya.
Tengku Rayden terus memeluk badan wanita itu walaupun dia tidak pasti sama ada itu hanya halusinasinya atau realiti.
Wanita itu juga membalas pelukannya. Seperti pelukan melepaskan rindu seperti dirinya.
Dapat Tengku Rayden rasai baju di bahagian belakangnya sedikit basah.
Beberapa minit kemudian secara tiba- tiba wanita itu menolak Tengku Rayden dengan sedikit kasar.
Tengku Rayden yang sedikit terkejut hanya mempamerkan riak wajah yang biasa.
Secara depan-depan dia dapat melihat wajah wanita itu.Secara automatik tangannya naik menyentuh pipi wanita itu.
"Amelda Aireez.."nama isterinya disebut.
"Aku rindu kau.."walaupun dia tidak tahu sama ada ini mimpi ataupun apa.
Tetapi cukup bagi dirinya dia dapat melepaskan rindu dan mengucapkan kata-kata itu.
"Kenapa awak nak rindu saya?bukan awak dah bahagia ke dengan perempuan lain?.."soal wanita itu.
Tengku Rayden melepaskan pegangannya dan memandang tepat wajah wanita yang berada di hadapannya.
"Kenapa terkejut ke saya masih hidup?.."
"Awak mafia kot takkan tak hebat cari saya kot.Ouhh lupa sayakan tak penting dalam hidup awak.Lupa pulak.."
YOU ARE READING
RaydenAmelda:Amore Assassino [C]
RomanceCinta yang disangkakan wujud apabila dua hati telah bersama,malangnya membunuh cinta kedua-dua hati.Pada awalnya,dua buah hati cuba untuk mencintai antara satu sama lain apabila hati mula mencintai tiba-tiba hancur selumat-lumatnya.Apakah daya,jika...