Hari ini Amelda datang awal ke office kerana awal-awal pagi buta dia sudah mendapat mesej dari Tengku Rayden.
"Hari ni datang awal kalau kau lambat aku potong gaji kau"5.30 pagi.
"Sebelum pukul 7 pagi aku nak kau ada dekat office"Pakcik Iceberg
"Erghh,kerja start pukul 8 tapi suruh datang pukul 7 pagi kalau pukul 7.30 logik lagi lah"Amelda berjalan menuju ke pintu utama 'Rafael Holdings SDN.BHD.'
"Cik.."panggil seorang pakcik guard.
"Ada apa?"sahut Amelda.
"Pintu utama buka pukul 7.30,awal sangat cik datang ni"Pakcik guard menunjuk ke arah pintu utama.
"Hah?"Amelda memandang jam tangannya.Setengah jam aku kena tunggu ni.
"Cik ni pekerja baru ke?"soal pakcik guard.
"Haah pakcik,saya pekerja baru"balas Amelda.
"Patutlah,takpe cik boleh duduk dulu" pelawa pakcik guard.
"Takpe,takpe pakcik duduk je saya boleh berdiri lagi"tolak Amelda lembut.
"Kalau macamtu pakcik duduk dulu ya" pakcik guard beredar.
"Encik,saya dah sampai office"Amelda menangkap pintu utama Rafael Holdings.
Mesej yang dihantarnya mendapat 'bluetick' sahaja.
"Kuang asam betul pakcik ni bluetick aku"geram Amelda dibuatnya.
"Orang tua memang macam ni"Amelda memandang sekitar kawasan syarikat.
"Cantik dan nyaman"bisik Amelda perlahan.
Amelda memamdang pakcik guard yang sedang termenung melihat gerai yang berada di hadapan syarikat mereka.
"Pakcik dah sarapan?"soal Amelda.
"Dah cik,pakcik makan biskut kering cicah air masak sudah cukup"balas pakcik guard sambil tersenyum.
Amelda tersentak.Jam menunjukkan pukul 7.25 pagi.
Amelda menuju ke gerai itu.
"Assalamualaikum makcik"ucap Amelda.
"Waalaikumusalam ya nak,nak order apa?"makcik gerai tersenyum.
"Saya nak satu bungkus nasi lemak dengan sambil kerang ni dengan satu bungkus nasi putih dengan ayam masak merah tambah sayur campur" Amelda tunjuk satu per satu makanan yang ingin dibelinya.
"Kejap ye nak,makcik bungkuskan" makcik gerai membungkus makanan yang diorder oleh Amelda.
"Nah nak"hulur makcik gerai.
"Berapa makcik?"soal Amelda.
"Rm 12"balas makcik gerai.
Amelda mengeluarkan sekeping Rm 10 dan sekeping Rm 5 lalu dihulurkan kepada makcik gerai.
"Kejap nak,makcik bagi baki"tahan makcik gerai.
"Takpe makcik simpan je"Amelda tersenyum lalu beredar.
Jam menunjukkan 7.35 pagi.Dia bergerak menuju ke 7 eleven yang berhampiran.
Setelah selesai membeli makanan dan minuman,Amelda berjalan menuju ke syarikatnya kembali.
"Cik,dah boleh masuk"pakcik guard tersenyum memandang Amelda.
"Nah pakcik"Amel menghulurkan dua plastik yang berisi makanan dan air.
"Apa ni cik?"tolak pakcik guard.
"Ini saya belanja pakcik sebab temankan saya tadi"Amelda menolak kembali bungkusan itu kepada pakcik guard.
YOU ARE READING
RaydenAmelda:Amore Assassino [C]
RomanceCinta yang disangkakan wujud apabila dua hati telah bersama,malangnya membunuh cinta kedua-dua hati.Pada awalnya,dua buah hati cuba untuk mencintai antara satu sama lain apabila hati mula mencintai tiba-tiba hancur selumat-lumatnya.Apakah daya,jika...