Jam 1 pagi.Wajah pucat Amelda dipandang oleh Adam.Rawatan untuk Amelda telah selesai 15 minit yang lalu.
Mereka menyuruh Amelda untuk warded tetapi Amelda tidak mahu.Alasannya tidak suka duduk di hospital.Mereka akur dengan keputusan Amelda.
"Awak duduk sini sekejap.Saya nak jumpa suami awak kejap.."
"Boy,you wait here with mama okay?.."
"Okay daddy.."
Amelda memegang lengan berlapik Adam.
"Awak nak buat apa jumpa dia..?"risau Amelda.Dari wajah Adam dia dapat tahu Adam sedang menahan sabar.
"Takde pape.Awak jangan risau saya cuma nak bagitahu dia yang saya nak bawak balik awak dengan Que.."senyum Adam.
"Betul ke..?"
"Betul.Jangan risau.."Adam mengusap lembut kepala Amelda yang berlapik tudung.
"Saya pergi sekejap je.."
"Okay.Saya tunggu sini dengan Que.."
"Good girl.."
Adam bergerak menuju ke luar pintu wad emergency dan melihat Tengku Rayden and the gang berada di kerusi menunggu.
"Macam ma..."
"Buk"belum sempat Tengku Rayden berkata wajahnya ditumbuk kuat oleh Adam membuatkan badannya jatuh menyembah bumi.
"Weyh bro apa ni?.."Davian menahan Adam.
Adam menolak tangan Davian ke tepi.Dia menghampiri Tengku Rayden.
"Kau memang suami tak guna lah.Isteri sendiri allergy apa pun kau tak tahu?!!"
"Apa function kau jadi suami!!"
"Kau fikir aku tak tahu apa yang jadi dekat Amel masa 3 tahun lepas hah?!!"tengking Adam.
Tengku Rayden bangun berdiri dengan bantuan Uqael.
"Kalau kau nak tahu setiap hari Amelda tu menangis sebab rindukan kau.."
"Menangis kenapa kau curang dengan dia.."
"Menangis hari-hari tahan perit mengandungkan anak pertama tanpa suami disisi.."
"Apa lagi yang kau nak dari dia hah!!"
"Kalau kau tak boleh jaga dia kau lepaskan dia!!"marah Adam.
"Buk"wajah Adam ditumbuk oleh Tengku Rayden.
Tengku Rayden mencengkam kolar baju milik Adam.
"Apa hak kau ke atas isteri aku sampai kau nak suruh aku lepaskan dia hah!!"
Adam mencengkam kolar Tengku Rayden semula.
"Kalau kau nak tahu hak aku dekat isteri kau lepas dia di ceraikan lagi tinggi daripada hak kau yang sekarang!!"ditolak Tengku Rayden ke belakang.
"Aku masih hormat kau sebagai suami Amelda dengan papa kepada Rafique jangan sampai aku hilang hormat aku yang rampas mereka daripada kau.."
"Jangan cabar aku Tengku Rayden Rafael.Aku boleh buat apa sahaja untuk orang yang aku sayang.."
"Kalau kau dah tak boleh nak jaga diorang kau lepaskan diorang.Diorang pun berhak bahagia tanpa kau disisi.."Adam meninggalkan Tengku Rayden di belakang.
"Ray kau okay tak ni..?"
"Aku okay.Korang balik naik kereta lah.."
"Weyh Ian pinjam motor.."
"Kau nak buat apa bawak motor biar aku je yang bawak kau ngan yang lain naik kereta.." tegas Davian berkata.
"Aku nak pergi tempat lain.Bak ahh kunci motor.."Ezrieq menyuruh Davian memberikan kunci kepada Tengku Rayden.
YOU ARE READING
RaydenAmelda:Amore Assassino [C]
RomanceCinta yang disangkakan wujud apabila dua hati telah bersama,malangnya membunuh cinta kedua-dua hati.Pada awalnya,dua buah hati cuba untuk mencintai antara satu sama lain apabila hati mula mencintai tiba-tiba hancur selumat-lumatnya.Apakah daya,jika...