Di shopping mall,
"Cepatlah lambatnya korang jalan..."dengan muka tak malunya Davian kelam kabut masuk ke dalam butik pakaian.
"Perghh mamat tu excited bebenor nak raya kat kampung.."Hazim berkata sambil menunjuk ke arah Davian.
"Of course mamat tu kan mereng sebab tu lah jadi macamtu.Kau pun mereng jugak Zim.." kutuk Uqael.
"Kalau aku mereng kau pun mereng jugak.Kita kan sweet lovely couple.."balas Hazim.
"Geli tekak aku dengar kau punya tu. Alhamdulilah sejak ramadhan ni aku dah kembali ke pangkal jalan..."
"Weyh Qael.."panggil Hazim.
"Bende kau nak?.."
"Macam mana kau boleh terlepas ni bukan ke kau kena ikat?.."secara tiba-tiba Hazim bertanya.
Uqael memandang wajah Hazim dan beberapa saat kemudian dia membalas kata-kata Hazim.
"Aku dapat tiket VVIP sebab tu terlepas tu.."
"Dari siapa kau dapat?.."
"Dari kau..."
"HAHAHAHAHA.Kau dan aku dedua syaitan patutlah terlepas.."gelak Hazim dan Uqael.
Lawak jenis apakah ni?
Tengku Rayden,Amelda,Adam dan Ezrieq memandang mereka berdua dengan wajah yang pelik.
"Yang kuban kuban je lah dua ekor tu.."geleng Ezrieq.
"Jom ahh masuk kedai tunggu dekat sini buat apa lagi.."ajak Amelda.Dia berjalan mendahului mereka bertiga yang masih berdiri di luar butik.
Di dalam butik pakaian,
Mereka bertujuh sedang membeli pakaian raya yang menepati citarasa masing-masing.
"Encik nak warna apa?.."Amelda menunjukkan dua pasang baju kurung yang berlainan warna.
"Dua-dua cantik.Sayang pilih jelah yang mana sayang nak.Kalau nak dua-dua beli dua-dua.." senyum Tengku Rayden.
"Aww serius lah encik kalau macamtu saya ambik dua-dua lah.."sempat Amelda mencium pipi Tengku Rayden sebelum berlari ke arah mereka berlima yang lain.
"Woi aku pilih warna ni dulu lah asal kau nak claim kau pilih dulu pulak.."gaduh Ezrieq bersama Davian.
"Mana ada aku pilih dululah,aku masuk dalam kedai ni dulu pastu aku jumpa ni.So sekarang ni warna aku kau pergi pilih baju warna lain.."
"Arghhh takde-takde tadi kau kat sana,aku yang kat sini.So maksudnya aku yang jumpa dulu.Dah kau blah cari baju warna lain.." geram Ezrieq dibuatnya.
"Taknak aku nak jugak baju ni..."Davian tidak mahu kalah dengan Ezrieq.
"Apa benda yang korang bisingkan ni?.."soal Amelda daripada belakang.
"Tanya dia.."masing-masing mongok antara satu sama lain.
"Kenapa korang tak pilih baju melayu lagi ni?.."
"Salah dia.."jawab mereka serentak.
"Salah apa ni bijak?Aku tak faham lah.."tegur Uqael.
"Aku nak warna ni pastu mamat sebelah aku ni pun sibuk nak warna yang sama.Suruh dia cari warna lain.."adu Ezrieq.
"Arghh takde takde cakap dekat dengan mamat sebelah aku ni yang aku tetap nak baju warna ni.."balas Davian.
YOU ARE READING
RaydenAmelda:Amore Assassino [C]
RomanceCinta yang disangkakan wujud apabila dua hati telah bersama,malangnya membunuh cinta kedua-dua hati.Pada awalnya,dua buah hati cuba untuk mencintai antara satu sama lain apabila hati mula mencintai tiba-tiba hancur selumat-lumatnya.Apakah daya,jika...