Awal pagi raya,
"Weyh tu aku punyalah..."marah Ezrieq. Mukanya masam tanda dia tengah geram.
"Apa pulak ni aku punyalah.."Davian pun satu jenis taknak mengalah.
"Taknaklah..."
"Tu aku punya.Eiii..."sedikit sahaja lagi sebelum gunung berapi Ezrieq meletup.
Amelda yang mendengar bunyi bising dari arah bilik,masuk ke dalam bilik.
"Kenapa ni?.."soal Amelda.Dia memandang wajah Ezrieq dan Davian.
"Ni haa Ian cakap butang baju ni dia punya tapi masalahnya ni Abang Rieq punya.."adu Ezrieq persis kanak-kanak kecil.
"Mana ada ni Abang Ian punya.Abang Ian ingat lagi Abang Ian beli yang ni..."Davian membackup dirinya sendiri.
Amelda mengelengkan kepalanya.Anak-anaknya bukan 3 orang je tapi ada 7 campur dengan 4 orang abangnya dan seorang adiknya.Pening dibuatnya.
"Amel ada tulis nama dekat belakang kotak butang tu.Tengok sama ke tak nama dengan tuan yang pegang kotak tu..."
Mereka mengikut arahan Amelda.Ternyata Davian mengambil Ezrieq punya.
"Kan aku dah cakap tu aku punya..."
"Hihihihi sorry Rieq nanti kejap lagi aku minta maaf.."Davian tersengih.
"Ughh kau.."
"Dah settel kan?.."soal Amelda.Mereka berdua mengangguk.
"Cepat sikit kejap lagi kita nak pergi solat raya.."sebaik berkata begitu Amelda keluar dari bilik.
"Sayang.."panggil Tengku Rayden.Kebetulan isterinya lalu dihadapannya.
"Ya.Kenapa?.."soal Amelda.Dia memandang ke arah wajah suaminya.
"Tolong pakaikan sampin ni..."pinta Tengku Rayden.Dah berkali-kali dia cuba melakukannya sendiri tapi tidak berjaya.
"Meh sini saya pakaikan..."Amelda bergerak ke arah suaminya.Sampin yang dipakai oleh suaminya itu dibuka semula.
"Depakan tangan encik.."suruh Amelda. Tengku Rayden mengikut sahaja apa yang diperkatan oleh isterinya.
Seminit kemudian sampin sudah kemas terletak cantik di pinggang Tengku Rayden.
"Sayang kenapa labuh sangat sampin ni ke atas kan sikit boleh?.."soal Tengku Rayden.
"Ewah ewah mana boleh sampin ni kalau dah berkahwin kena pakai bawah lutut kalau tak kahwin baru pakai atas lutut.Faham?.."balas Amelda.
"Kalau macamtu takpelah saya pakai bawah lutut iyelah saya kan milik sayang.."
"Memang kena pakai bawah pun.No no encik milik saya so biar gadis-gadis kat sini tahu yang encik dah berkahwin..."
"Eiii.."Tengku Rayden menciut hidung isterinya.
"Kakak..."panggil Adam.Mereka berdua memandang ke arah Adam.
"Betul ke cara pakai sampin macam ni?.."soal Adam.Amelda melihat sampin yang dipakai oleh adiknya.Mak aii labuh betul.
"Kenapa pakai sampai bawah lutut?.."
"Ray pakai bawah lutut,Adam ikut jelah.."
Amelda menepuk dahinya.
"Awak tu belum berkahwin kena pakai atas lutut yang dah berkahwin je pakai bawah lutut. Meh sini kakak betulkan..."Adam bergerak menuju ke arah kakaknya.
Belum sempat Amelda ingin membetulkannya, Tengku Rayden menghalang.
"Takpe biar saya yang betulkan Adam punya, sayang pergi siap.."Tengku Rayden sedang mengjealous.
YOU ARE READING
RaydenAmelda:Amore Assassino [C]
RomanceCinta yang disangkakan wujud apabila dua hati telah bersama,malangnya membunuh cinta kedua-dua hati.Pada awalnya,dua buah hati cuba untuk mencintai antara satu sama lain apabila hati mula mencintai tiba-tiba hancur selumat-lumatnya.Apakah daya,jika...