Alarm mengejutkan Amelda yang sedang tidur. Dilihatnya jam menunjukkan jam 3 pagi. Sekarang masanya untuk memberi ubat kepada anak dan suaminya.
Dibukanya lampu tidur bagi memudahkannya.
"Aku nak kejut siapa dulu ni.Alahai.."bisik Amelda perlahan.
"Sayang,wake up.."kejut Amelda.Harap-harap anaknya takde lah buat hal nak makan ubat.
Tengku Rafique membuka matanya.Lemah sahaja badan Tengku Rafique.
"Let's take medicine.."Tengku Rafique menggelengkan kepalanya.
"Don't be like this,sayang you have to take medicine to get well soon.."pujuk Amelda. Tengku Rafique menangis kerana tak mahu.
Tengku Rayden terjaga mendengar tangisan anaknya.
"Kenapa ni..?"mamai Tengku Rayden bertanya.
"Saya nak bagi Que makan ubat tapi dia taknak.Alang-alang awak dah bangun ni awak makanlah dulu ubat.."Amelda mengambil ubat Tengku Rayden kemudian dihulur kepada suaminya.
Sebaik sahaja melihat Tengku Rayden juga menggelengkan kepalanya.Haa sudah..
"Awak dah kenapa makan lah ubat ni..."suruh Amelda.
"Taknak aku taknak makan ubat.."berkali-kali Tengku Rayden menolak.
"Takde rasa pape pun makan ubat ni.Masuk mulut lepastu minum air telan.."siap dengan gaya Amelda tunjuk kepada Tengku Rayden.
"Ubat pahit taknak..."
"Ya Allah..."ingatkan anaknya taknak makan ubat tapi suaminya pun taknak..
"Boleh pening mama nak jaga awak berdua lah.."
Nampaknya kena guna taktik lain lah jawabnya,
"Sayang look at that.."sebaik sahaja Tengku Rafique memandang ke arah tenpat lain, Amelda menyuapkan sesudu ubat ke dalam mulut Tengku Rafique.
Tengku Rafique murung apabila terkena dengan mamanya.
"Another 2 okay sayang..?"pujuk Amelda.
"Open your mouth,sayang.."Tengku Rafique melawan dan elak.
"Awak tolong pegang Que ni.."pinta Amelda. Tengku Rayden memeluk Tengku Rafique dengan erat.
Walaupun telah dipegang oleh papanya, Tengku Rafique menolak tangan mamanya sehingga tudung yang dipakai oleh Amelda tercabut.Iyelah anak dia pergi tolak tangan Amelda ke muka Amelda balik mana tak cabut tudungnya.
Tengku Rayden terpaku melihat rambut isterinya.Sudah lama dia tidak melihat wajah cantik isterinya apabila tidak bertudung. Amelda yang tidak perasan akan perkara itu, menyelak rambut yang menganggunya ke tepi.
Sehingga menampakkan rantai yang dipakai olehnya,apa yang menarik perhatian Tengku Rayden ialah cincin yang menjadi hiasan rantai itu.Cincin kahwin mereka...
Dia fikir isterinya telah buang cincin perkahwinan mereka kerana isterinya tidak menyarungkan di jari manis milik isterinya.
YOU ARE READING
RaydenAmelda:Amore Assassino [C]
RomanceCinta yang disangkakan wujud apabila dua hati telah bersama,malangnya membunuh cinta kedua-dua hati.Pada awalnya,dua buah hati cuba untuk mencintai antara satu sama lain apabila hati mula mencintai tiba-tiba hancur selumat-lumatnya.Apakah daya,jika...