Amore Mio 20

3.4K 145 15
                                    

"Mana diorang ni tak bangun tidur lagi ke?.."jam sudah menunjukkan 8 pagi.

"Maknanya aku lah yang kena kejut diorang.."

"Semalam tidur pukul berapa pun aku tak tahulah.."Amelda mengelengkan kepalanya.

"Kejut pakcik tu dulu lah.."Amelda bergerak menuju ke tingkat atas.

Sampai di bilik Tengku Rayden.

"Tidur lagi.."

"Encik,encik.."kejut Amelda.

"Encik..."

"Hmm.."

"Bangun encik dah pagi.."

"Lagi 5 minute.."

Pakcik ni pun main 5 minute jugak ke?Ini kalau aku biarkan alamatnya 5 jam lah.

"Encik bangun pergi basuh muka.."

"Kejap 5 minute lagi.."first time dia tengok sisi lain pakcik ni.

Amelda menarik tangan Tengku Rayden.

"Nak pergi mana ni?.."soal Tengku Rayden mamai.

"Pergi basuh muka.."Amelda membawa Tengku Rayden pergi ke dalam toilet.

"Encik basuh muka.."suruh Amelda.

Tengku Rayden masih berdiri dan menunduk ke bawah.Sah tiada tanda- tanda Tengku Rayden akan membasuh mukanya sendiri.

Amelda mengeluh perlahan,dibukanya pili air di sinki kemudian menarik tangan Tengku Rayden untuk keberapa kali pun dia tak pasti.

"Encik tundukkan kepala.."dengan akur Tengku Rayden mengikut arahan.

"dengan akur Tengku Rayden mengikut arahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya nak basuh muka encik tau.." Amelda berkata sebelum dia mencuci muka Tengku Rayden.

"Sejuk.."gumam Tengku Rayden.

"Memanglah sejuk dah air waktu pagi- pagi.."

"Okay,dah siap.."selepas hampir 2 minit,Amelda membasuh wajah Tengku Rayden.

Amelda mengambil tuala muka lalu diserahkan kepada Tengku Rayden.

"Lepas lap muka tolong kejutkan abang-abang saya sekali.Saya dah siap masak nanti turun makan.."

"Jangan korang berlima sambung tidur sudah ada nanti yang kena ketuk dengan senduk.."selepas berkata Amelda keluar dari toilet dan turun ke bawah.

Tengku Rayden yang masih terpinga- pinga mengikut sahaja arahan Amelda iaitu mengejut rakan-rakannya.

Bilik pertama ialah bilik Hazim.

'Tok tok'

"Hmm,apa.."jerit suara Hazim di dalam bilik.

"Bangun Amel suruh turun bawah makan.."

"Hah,kejap lagi aku turun.."tanpa membuka pintu Hazim menjerit dari dalam bilik.

RaydenAmelda:Amore Assassino [C]Where stories live. Discover now