Amore Mio 13

3.3K 161 6
                                    

"Encik,kita nak pergi mana ni?.."

"Ini bukan jalan nak balik rumah saya.."Amelda memandang ke arah Tengku Rayden.

Tetapi macam biasalah bunyi angin aircond kereta sahaja yang didengar olehnya.

"Encik saya tanya encik ni.."

"Kata dah habis beli barang terus hantar saya balik.."Amelda tidak berputus asa.

Senyap sekali lagi.Hah memang aku cakap dengan diri sendiri pun.

"Encik tingkap ooo encik tingkap saya tanya encik ni.."

"Ouhh lupa encik kan takde mulut mana boleh jawab soalan saya.."

"Tulah tak macam orang sebelah ni ada mulut tapi taknak jawab soalan saya.."perli Amelda. Tengku Rayden sekarang rasa panas hati je.

"Dahlah encik tingkap saya penat dah ni cakap seorang-seorang lebih baik saya tidur. Assalamualaikum.."Amelda ingin menutup matanya.

"Tak payah nak tidur dah nak sampai.."

"Wow encik ada suara rupanya saya ingat encik sakit tekak sebabtu tak bercakap ngan saya. Sekarang ni dah okay ke peti suara encik?encik makan ubat sakit tekak ehh?tak nampak pun.." Amelda membuat 'roll eyes' ke atas.Aku ingat ada emas dalam mulut 'pakcik' ni.Al-maklumlah susah sangat nak jawab apa yang aku tanya.

"Kau ni banyak bunyilah.."

"Saya ada mulut banyak cakap tak macam encik yang sayang sangat suara tu.."

"Dahlah aku malas nak cakap ngan kau.."

"Taknak cakap sudah.."bengang Amelda dibuatnya.

"Turun cepat.."arah Tengku Rayden. Amelda yang sedang bermain dengan iphonenya memandang ke arah Tengku Rayden.

"Kita dekat mana ni?.."

"Dekat rumah nenda aku.."

Perkataan 'nenda' membuatkan mulut Amelda terlopong.

"Maksud encik,Tengku Aziha Syafinaz ke?"soal Amelda.

"Iyelah siapa lagi.."

"Kenapa encik tak bagitahu saya?" marah Amelda.

"Aku pun baru tahu tadilah.."

FLASHBACK

"Kejap lagi lepas habis shopping datang lunch rumah nenda.Jangan lupa ajak Amelda sekali.."Nenda.

"Baiklah.."

Ini mesti kerja mangkuk berempat tu. Dah sah-sah diorang bagitahu dekat nenda yang dia sedang berada di luar bersama Amelda.

"Huhuhu jangan lupa bawak Amel pergi rumah nenda.."Zim anak pungut terlepas.

"Kalau tak sia-sia je kau jadi bahan masakan nenda nanti.."Rieq korean terlebih muatan.

"Padan muka kau Ray habislah kau kena bebel dengan nenda nanti.."Ian si bongok.

"Tulah kau aku nak teman Amel kau tak kasi.."Qael monyet terlepas dari darkweb.

Group Bangang-Bangang Bersatu.

Sah lagikan pasti yang memang si bangang-bangang ni yang bagi tahu dekat nenda.

"Yang korang bagitahu dekat nenda apahal yang aku keluar ngan Amel.." Tengku Rayden.

"Biarlah bukannya selalu kau keluar ngan Amel.Alang-alang tu bawaklah dia pergi rumah nenda sekali.."Rieq korean terlebih muatan.

RaydenAmelda:Amore Assassino [C]Where stories live. Discover now