Tengku Rayden mengambil selipar milik Hazim.Iyelah nak ambil selipar sendiri bini sendiri dah rembat.Nak tak nak kena pakai selipar member sendiri.
Tengku Rayden berdiri di hadapan gambar yang sama seperti yang dilakukan oleh Amelda.
"Amelda!!.."panggil Tengku Rayden sebaik sahaja pintu ruang rahsia itu terbuka.
Amelda memandang ke arah belakangnya.
Ruang rahsia?
FLASHBACK
Sebaik sahaja Amelda memasuki ruang rahsia itu dirinya terkesima sebentar. Terdapat beberapa ruang yang dibahagikan.
Dia berjalan ke hadapan dan melihat pelbagai senjata api disusun rapi di dinding.Apa yang menarik perhatiannya ialah setiap senjata api itu diukir dengan singkatan huruf yang berbeza.Dia sendiri tidak mengetahui apakah sebenarnya maksud disebalik huruf itu.
Kemudian dia bergerak ke arah kanan. Dia melihat ada sebuah tempat latihan untuk membina stamina badan dan penggunaan senjata api.
Macam mana tempat ini boleh berada di sebalik dinding?
Dia berjalan lagi untuk melihat kawasan yang terakhir yang berada di dalam ruang rahsia ini.
Kertas-kertas dan gambar-gambar orang yang tidak dikenalinya ditampal di sebuah papan yang baginya seperti whiteboard tetapi lebih kepada papan yang lutsinar.
YOU ARE READING
RaydenAmelda:Amore Assassino [C]
RomanceCinta yang disangkakan wujud apabila dua hati telah bersama,malangnya membunuh cinta kedua-dua hati.Pada awalnya,dua buah hati cuba untuk mencintai antara satu sama lain apabila hati mula mencintai tiba-tiba hancur selumat-lumatnya.Apakah daya,jika...