Sudah 2 hari Amelda tidak berjumpa dengan Tengku Rayden.Semua cara telah dia lakukan untuk berhubung dengan Tengku Rayden.
Tetapi malangnya tiada apa-apa pun yang berlaku.
Puas dia bertanya kepada kawan- kawan Tengku Rayden tentang keberadaan suaminya.
Tetapi tiada seorang pun yang tahu.
Amelda merenung gambar kahwin mereka di ruang tamu.Air matanya mengalir tanpa diminta.Perasaan ini amat sakit baginya.Dia sedang berehat sahaja dirumah malas mahu keluar. Nak keluar pun dengan siapa je.
Ding dong.Ding dong.
Loceng rumah Tengku Rayden berbunyi.Amelda bingkas bangun dan mengambil tudungnya.
Pintu utama dibuka oleh Amelda.
"Who's that Remy?.."
"I'm not sure Mrs but someone told me to give this envelope to you.."
"Alright.Okay thanks.."
Remy senyum segaris kemudian berlalu pergi.Amelda juga menutup kembali pintu rumahnya.
Amelda duduk di atas sofa untuk membuka envelope yang diserahkan oleh Remy tadi.
"Surat apa ni?.."pelik Amelda.
"Nama pun takde.Aishh buka jelah.."
Dengan lafaz bismillah Amelda membuka envelope itu.
Amelda menutup mulutnya apabila melihat isi dalam envelope itu.
Ya Allah..
Gambar-gambar aib milik Tengku Rayden dan bersama seorang gadis yang tidak dikenalinya.
Apa yang lebih mengecewakan dirinya sebagai seorang isteri baju yang dipakai oleh Tengku Rayden ialah baju yang digosok olehnya.
"Tak!"
"Tak mungkin!!.."
"Ini tipu!!.."jerit Amelda seorang diri.
"Ini semua edit!!.."
"Aku percaya suami aku!!."
"Ni bukan dia!!.."
Amelda masih mempertahankan Tengku Rayden walaupun hakikatnya bukti berada di hadapan mata.
Uqael,Hazim,Ezrieq dan Davian yang baru sahaja masuk ke dalam rumah terkejut melihat Amelda yang sedang menangis dan beberapa keping gambar berteraburan.
"Amel.."panggil mereka.
"Astaghfirullah.."setelah Ezrieq melihat gambar yang berteraburan di atas lantai.
"Tolong Amel cakap benda tu tipu. Tolong.."rintih Amelda.
Mereka berempat memandang sayu ke arah Amelda.
"Maafkan kitorang.Kitorang tak tahu.." sayu Hazim berkata.
"Kenapa encik buat saya macamni. Apa salah saya.."
"Amel jangan macam ni.."pujuk Davian.
"Takpelah saya tahu saya banyak kekurangan..."Amelda mengutip kembali gambar-gambar yang ada lalu dimasukkan ke dalam envelope kembali.
"Saya harap korang boleh simpan rahsia ni dari encik.."pinta Amelda.
Kemudian dia menaiki tangga ke tingkat atas."Kau dah melampau Ray.."
Qyssara Natasya P.O.V
"Kau dah buat apa yang aku suruh?.." soal Qyssara.
"Dah boss.."
YOU ARE READING
RaydenAmelda:Amore Assassino [C]
RomanceCinta yang disangkakan wujud apabila dua hati telah bersama,malangnya membunuh cinta kedua-dua hati.Pada awalnya,dua buah hati cuba untuk mencintai antara satu sama lain apabila hati mula mencintai tiba-tiba hancur selumat-lumatnya.Apakah daya,jika...