Amore Mio 14

3.1K 158 12
                                    

Amelda masuk semula ke dalam bilik meja hidangan.

Masuk masuk sahaja makanan sudah dihidangkan,semua pekerja termasuk ahli keluarga Tengku Rayden dan kawan-kawanya sedang menunggu.

"Kenapa tak makan lagi?"Amelda memberanikan dirinya.

"Kami tunggu kamu.."

"Ermm.."Amelda tersengih sahaja.Dia memandang sekeliling bilik meja hidangan.

"Aku nak duduk mana ni.."soal Amelda di dalam hati.

"Hah jumpa pun.."Amelda duduk di tempat itu.Di hujung meja...

"Cik tukar tempat dengan saya.."pelawa salah seorang pekerja wanita Tengku Aziha.

"Ermm takpe awak boleh duduk dekat situ saya duduk sini.."tolak Amelda.

"Betul ni?.."

"Iya betul awak boleh duduk situ.." Amelda kembali duduk di tempat yang dipilihnya tadi.

"Awak okay ke kalau saya duduk sini?.." soal Amelda kepada pekerja lelaki yang disebelahnya.

"Saya okay je cik nak duduk sini tapi cik okay ke duduk sebelah saya ni?.."balas pemuda itu ramah.

"Apalah awak ni saya sama je macam awak takde apa pun yang membezakan saya dengan awak.."

"Nama cik apa..?"

"Nama saya Amelda,nama awak apa.?"

"Nama saya Fazriq.."

"Sedap nama awak.."

Fazriq mengosok belakang tengkuknya.

"Cik..."belum sempat Fazriq ingin membual lagi suara Uqael di hadapan didengari.

"Kita dah boleh makan ke?"soal Uqael.

"Fazriq baca doa.."Tengku Raizan berkata.

Fazriq mula membaca doa makan lalu diaminkan oleh semua yang ada disitu.

Dari jauh ada sepasang mata helang memandang sesi bual mesra mereka.

"Wuishhh,pandangan mata tu kalau boleh nak tembus dalam dinding agaknya.."perli Davian.

"Jealous ke encik abang oiii.."sakat Hazim.

"Fikir dengan Qael je jealous rupanya dengan orang lain pun jealous jugak ehh.."tambah Ezrieq.

"Boleh tahan hensem jugak ehh Fazriq tu.."gelak Uqael.

Tengku Rayden menjeling mereka berempat.

"Nampaknya ada pakcik singa jealous lah bakal isteri dia duduk sebelah lelaki lain.."

"Nampaknya macam tulah,selama ni siapa suruh garang sangat dengan bakal isteri tu sekarang padan muka..."

"Sesuai pulak aku tunggu Amel dengan Fazriq tu.Bagai pinang dibelah dua...Ha giteww.."

Tengku Rayden menjeling sambil membuat isyarat 'kalau aku tembak korang sia-sia je nanti'.

Mereka membalas dengan isyarat 'tak takut pun' sambil menjelirkan lidah.

"Kamu berlima ni tak habis-habis nak bergaduh.Tak baik buat macamtu depan rezeki.Makan.."arah Tengku Aziha.

Mereka menjeling satu sama lain. Semua salah Rayden jatuh macho kena marah depan pekerja-pekerja muda Tengku Aziha Syafinaz.

Sedang Tengku Rayden menjeling satu persatu kawan-kawannya,matanya terpandang dua merpati sejoli sedang bergelak tawa di hujung meja hidangan.

Sempat dia melihat senyuman manis yang diberikan oleh Amel kepada Fazriq.Hatinya menyumpah seranah kepada Fazriq.

RaydenAmelda:Amore Assassino [C]Where stories live. Discover now