Amore Mio 33

3.4K 154 9
                                    

"Kau tetap di hatiku meskipun kehadiran mu  tiada di sisiku sayang"







Dengar sambil baca this chapter.

















Sepanjang majlis tahlil dan doa selamat untuk isterinya,Tengku Rayden hanya termenung sahaja.

Tengku Rayden memandang ke arah sofa yang menjadi kegemaran isterinya untuk membaca novel pada waktu malam.

Tengku Rayden tersenyum apabila melihat bayangan wajah isterinya lengkap berbaju berwarna putih sedang duduk dan tersenyum ke arahnya.

"Sayang.."gumam Tengku Rayden.

Hazim yang melihat Tengku Rayden sedang tersenyum datang ke arah Tengku Rayden dengan hati-hati.

"Pandang apa tu?.."soal Hazim perlahan.

"Pandang Amel.."balas Tengku Rayden. Matanya masih berada di tempat yang sama.

"Dia tengah buat apa?.."Hazim mengetahui Tengku Rayden masih berada dalam kekeliruaan dan kecelaruan.

"Tengah pandang aku,dia senyum cantik.."

"Mesti dia malu kalau kau pandang gitu.."Hazim ingin menarik pandangan Tengku Rayden kepadanya.

"Yeke?.."Tengku Rayden mengalihkan matanya.

"Ya.."senyum Hazim.Tengku Rayden memandang kembali ke arah sofa itu tetapi bayangan isterinya sudah tiada. Lenyap dalam sekelip mata.Kecewa.

Tengku Rayden menunduk ke arah bawah memandang lantai.Tidak mampu merasai kesakitan ini yang amat menyakitkan.

"Lepaskan dia Ray jangan seksa dia macamni.Kesian dia tak tenang kat sana..."Hazim menepuk bahu Tengku Rayden berkali-kali dengan perlahan.

"Aku rindu dia Zim tak jumpa dia selama 2 minggu.Tahu-tahu dia dah tinggalkan aku,aku tak sempat minta maaf dengan dia.Aku tak dapat pujuk dia.Banyak lagi benda aku tak buat, Zim.."suara Tengku Rayden yang sudah menjadi serak.

Dari pagi tadi lelaki itu hanya menangis dan menjerit.Ternyata dia masih tidak dapat menerima kenyataan tentang kematian isterinya.

"Kau tak boleh macam ni Ray semuanya telah ditetapkan oleh yang Maha Esa.Jodoh kau dengan dia dekat dunia ni mungkin sekejap tapi kekuatan jodoh kau dengan dia di sana mana kita tahu.Lepaskan dia Ray kalau tak nanti  terseksa dia di alam sana kalau kau tak merelakan..."Hazim mengusap lembut rambut milik Tengku Rayden.

"Aku tahu kau mampu lalui semua benda ni.Kekuatan tu datang dari diri kau sendiri.."

"Tapi separuh nyawa aku dah mati.Dia dah bawak sekali sejak pertama kali kaki dia keluar dari rumah ni.Dia jadi nyawa aku selepas aku dengan dia akad nikah.."

"Cuma aku je lambat perasan perasaan tu hadir sebab aku tak tahu tu rasa apa. Lepas dia pergi baru aku tahu apa perasaan yang hadir tu.Bodoh kan aku?Aku tak sempat pun bagitahu perasaan sebenar yang aku rasa.Aku pergi buat kerja bodoh.."Tengku Rayden bercakap sambil menunduk ke arah bawah.

"Sampai dia sendiri yang bencikan aku.."

"Semua benda dah berlalu Ray cepat atau lambat kau kena belajar untuk terima semua kenyataan ni.Jangan macam ni Ray ramai lagi yang perlukan kau.Jadi seperti Ray yang dulu.Ray ketika seorang gadis bernama Amelda Aireez masih hidup.."

RaydenAmelda:Amore Assassino [C]Where stories live. Discover now