Hari ni merupakan hari ke-4 Amelda bekerja.Dia datang pada jam 7.45 pagi memang taklah dia nak tercegat macam patung cedana dekat pintu utama lagi sekali.
"Eisha.."Amelda memeluk Eisha.
"Rindunya kat Amel.."
"Eisha dah sihat?"Amelda memeriksa dari atas sampai bawah.
"Dah sihatlah kalau tak Eisha takde kat sini.."
"HAHAHAHA,iya tak ye kan.."
"Macam mana best event 2 hari lepas?"
"Lebih kurang gitu ah tapi tak gitu pon.."
"Apa Amel cakap ni?"gelak Eisha.
"Takyah fahamkan..."
"Eisha nak air tak kalau tak Amel nak buat kan.."pelawa Amelda.
"Betul ni?"
"Ada nampak muka saya main-main ke?"
"Eisha nak caramel latte,boleh?"Eisha mengerdip matanya.
"Fikir comel ke hah tapi memang comel .."
"Dah Amel pergi buat air dulu.."Amelda bergerak menuju ke pantry.
Jam menunjukkan tepat jam 10 pagi.
Figura seorang wanita yang telah berusia masuk ke dalam department mereka.
"Tengku..."Eisha menunduk hormat.
Amelda mengikut apa yang dilakukan oleh Eisha.
"Eisha,apa khabar sihat?"soal Tengku Aziha Syafinaz.
"Alhamdulilah sihat,Tengku apa khabar sihat?"
"Biasalah sihat orang tua sahaja.."
Tengku Aziha Syafinaz memandang ke arah Amelda.
"Awak,pekerja baru kat sini ke?"soal Tengku Aziha dengan lembut.
"Iya,saya pekerja baru ni sini.."
"Cantik.."senyum Tengku Aziha.
"Nama siapa?"
"Amelda Aireez.."balas Amelda.
Tengku Aziha hanya tersenyum.Pekerja di sebelah Tengku Aziha membisikkan sesuatu.
"Saya pergi dulu ya,nak jumpa dengan Tengku Rayden.."pamit Tengku Aziha.
"Baik,Tengku.."Eisha dan Amelda.
Selepas kelibat Tengku Aziha tiada, Amelda datang ke arah Eisha.
"Eisha,tu siapa?"
"Itu nenek kepada Tengku.."
"Ouhh,walaupun dah berusia muka tetap cantikkan?"
"Kan,Eisha tengok sekarang pun dah cantik macam manalah time Tengku tu mudakan mesti lagi cantik"
"Ayden.."
"Nenda.."Tengku Rayden menyalam tangan Tengku Aziha.
"Kenapa nenda datang sini?"soal Tengku Rayden.
"Kenapa nenda tak boleh datang tengok cucu sendiri ke nak tunggu Ayden datang rumah nenda dengan atuk tak tahu bilanya.."
"Ayden busy sikit sebab tu takde masa nak datang.."
"Nenda nak air kalau tak Ayden boleh mintakkan Eisha buatkan.."
"Takpe,nenda baru je lepas makan.."
"Cantik,bakal cucu menantu nenda.." Tengku Aziha berkata secara tiba-tiba.
Tengku Rayden memandang pelik.
YOU ARE READING
RaydenAmelda:Amore Assassino [C]
RomanceCinta yang disangkakan wujud apabila dua hati telah bersama,malangnya membunuh cinta kedua-dua hati.Pada awalnya,dua buah hati cuba untuk mencintai antara satu sama lain apabila hati mula mencintai tiba-tiba hancur selumat-lumatnya.Apakah daya,jika...