Selepas berbuka dan solat maghrib,
"Woi tunggu apa lagi cepatlah siap kita pergi solat terawih ni.."tegur Tengku Rayden.
"Ala Ray tak boleh ke ponteng sehari je?.." pinta Hazim.
"Takde maknanya nak ponteng terawih kalau kau tak nak pergi tanya Amel.."balas Tengku Rayden.
"Wuishh tanya Amel tak jadilah nak ponteng.." pasrah seorang Hazim.
"Dahtu tunggu apa lagi kat sini pergilah siap.." marah Tengku Rayden.
"Amel dah nak siap tu dia cakap make sure korang siap dulu daripada dia kalau tak masak korang nanti..."
Klack
Bunyi tombol pintu bilik Amelda seperti hendak ingin dibuka dari dalam.
"Woi woi bangun weyh siap.."kalut Uqael menyuruh.
Lima orang jejaka kalut mengambil songkok dan menunggu di luar rumah.
"Fuhh selamat..."
Amelda keluar dengan berpakaian lengkap dengan telekung berwarna baby blue.Kejap lagi kalau pakai putih lain pulak jadinya.
"Awal korang siap?.."senyum Amelda kepada mereka berlima.
"Kitorang bersemangat nak pergi terawih.Kan kan?.."Davian memandang ke arah mereka untuk meminta sokongan.
"Betul betul kitorang tak sabar nak pergi.."
"Amel cepat jom kita pergi surau..."
"Iya jom kita pergi surau..."sorak Amelda.
Sedang mereka berjalan hendak ke surau,
"Sayang.."panggil Tengku Rayden.
"Ya,kenapa?.."Amelda memandang ke arah Tengku Rayden.
"Sayang nampak cantik lah pakaian telekung ni..."puji Tengku Rayden sambil tersenyum manis.
"Of course wife encik kan mestilah cantik..." Amelda memuji diri dengan sendiri.
"Sebab tu saya jatuh cinta setiap hari.."Tengku Rayden ingin menciut hujung hidung isterinya tetapi dihalang.
"Ooo oo ooo.."jari Amelda membuat isyarat
'no no'."Saya dah ambik wudhuk nanti auto batal.Saya malas nak ambik wudhuk balik..."terang Amelda.
"Okay sayang.."
"Woi,woi hormat sikit orang single kat depan ni..."tegur Hazim.
"Tulah tu tak hormat langsung orang yang sendu di bulan puasa.Pergi terawih pun takde partner. Sadis.."sambung Adam.
"Orang suruh kahwin taknak..."kata Tengku Rayden.
"Bukan taknak tetapi jodohku belum tiba.." balas Ezrieq.
"Kalau macam tu tunggu jelah jodoh korang dari langit.."
"Semoga nanti kita beraya dengan partner. Huwarghh tokda nenda nak kahwin..."sambil menangis tiruan Hazim berlari.
"Arghhh nak kahwin jugak..."
Selesai solat terawih,
"Korang cuba tengok abang-abang enam orang kat depan tu..."tunjuk gadis-gadis kampung.
"Yang mana?..."
"Yang tu.."ditunjuk ke arah Tengku Rayden and bongok's geng.
"Hensemnya diorang..."
"Kan.."
YOU ARE READING
RaydenAmelda:Amore Assassino [C]
RomanceCinta yang disangkakan wujud apabila dua hati telah bersama,malangnya membunuh cinta kedua-dua hati.Pada awalnya,dua buah hati cuba untuk mencintai antara satu sama lain apabila hati mula mencintai tiba-tiba hancur selumat-lumatnya.Apakah daya,jika...