~satu hati yang tersakiti~
_____° _____
Anayra cuba bersikap tenang. Dia berjalan mendekati kawan-kawan abangnya dengan santai. Seperti tiada apa yang berlaku.
Anas menyenggol siku Ilman berkali-kali sambil berbisik perlahan.
"Weyh, Aqeef tak cakap pun yang adik dia cantik macam ni. Kalau aku tahu pasal adik dia ni dah lama aku masuk meminang."
Ilman mengetuk kepala sahabatnya.
"Gatal kau tu boleh tak simpan kat rumah? Nampak perempuan cantik, terus naik buaya kau eh? Syasya kau nak letak kat mana??" kata Ilman. Anas tersengih seperti kerang busuk.
"Syasya letak dalam hati, adik Aqeef aku jadikan isteri" kata Anas nakal. Ilman menggeleng dengan perangai sahabatnya yang tak semenggah itu.
"Emm..so, kat mana bilik kitaorang eh cik adik cantik manis?" soal Anas bergurau.
Anayra menjeling tanda menyampah. Lagi-lagi ada wajah yang dia kenali di situ. Dia menaiki tangga meninggalkan Anas, Ilman,Aarash dan Aaran.
Mereka masih berdiri menunggu. Melihat Anayra yang menaiki tangga dengan penuh khusyuk. Anayra berpaling memandang empat jejaka tersebut.
"Naiklah cepat! Duk berdiri tegak macam tu nak buat apa? Berkawad?" kata Anayra garang. Dia terus menaiki tangga dengan protes.
"Garang jugak adik Aqeef ni. Patutlah Aqeef susah sangat nak bawak kita duduk sini" ujar Ilman. Anas mengangguk tanda bersetuju.
"Garang..but I like.."
Kata Aarash dengan senyuman penuh makna
•••
"Satu bilik ni ada dua katil. Jadi, dua orang dalam bilik ni"
Anayra menunjukkan bilik kepada mereka berempat.
"Aku dengan Anas masuk dulu. Kau, Aarash.. tidur dengan Aaran. Terima kasih ye, Anayra"
Anayra dengan senyuman yang hilang menyambung percakapannya.
"Lepas ni turun makan malam dekat ruang makan"
Anayra berlalu pergi ke bilik seterusnya. Anas dan Ilman yang terpinga-pinga hanya menjongketkan bahu. Aaran dan Aarash mengikut Anayra ke bilik seterusnya.
"Ni bilik awak berdua. Macam yang saya cakap tadi.Lepasni turun makan."
Aaran bergegas masuk ke dalam bilik tersebut dengan membawa bagasinya tanpa banyak bicara. Aaran hilang begitu sahaja. Tinggal Anayra dan Aarash sahaja disitu. Anayra ingin berlalu pergi tapi ditahan oleh Aarash. Dia mendekati Anayra rapat.
"Tepilah! Tak tahu halal haram ke? Tak belajar??" Anayra cuba menepis tapi tidak berjaya.
"You jadi makin cantik Anayra. I rasa you masih belum berpunya. Apa kata you jadi girlfriend I?" soal Aarash romatik. Anayra ingin muntah mendengar kata-kata dari Aarash.
"Kenapa? Mana girlfriend kesayangan awak tu? Dah hilang? Ke tak laku?"
Aarash terdiam. Lama kelamaan dia mendekatkan wajahnya pada wajah pada wajah Anayra. Anayra memalingkan wajahnya. Jika dia bergerak sedikit, hmm..
"Bukan tak laku. I terlalu laku tapi aku terlalu mahal untuk perempuan lain. Tak mampu dimiliki oleh orang lain. You dengan I mungkin?" Aarash mengangkat sebelah keningnya. Anayra tersenyum sinis.
"Ayat manis lagi? Tak habis-habis. Awak ingat yang saya ni akan tertipu buat kali kedua? Awak mungkin yakin tapi saya tidak. Tidak dan tak akan. Terima kasih"
YOU ARE READING
C | TRUE LOVE
Romance#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta. " Kau tu hodoh, buruk...