•^BAB 46^•

2.1K 114 12
                                    

~ satu hati yang tersakiti ~

_____°_____

Telefon Aaran dari tadi berdering malah tidak diangkat. Maira mencapai telefon suaminya itu sambil mata memandang bilik air. Bunyi pancuran air menandakan Aaran masih sibuk membersihkan diri. Maira senyum sinis.

Good! No password.

Log telefon suaminya ditekan. Banyak nama contact yang berwarna merah menghiasi log telefon Aaran.

"50 calls? 35 messages? Over sangat kau ni perempuan" ujar Maira. Jari-jemarinya ligat menekan butang delete pada skrin tersebut.

Delete delete delete!

Puas hati aku!

Dia tersenyum sinis. Telefon Aaran diletakkan kembali di tempat asal. Dia berpura-pura sibuk melipat baju di tepi katil.

Aaran keluar dari bilik air dengan bertuala. Rambut yang masih basah dia raupkan ke belakang. Terserlah ketampanan suami yang beristeri dua ini.

Maira senyum.

"Ada orang call abang ke tadi? " soal Aaran. Dia mencapai telefonnya.

"Takdelah... Takde orang call pun" balas Maira. Tangannya ligat mrlipat kain baju.

"Haish... Mana Anayra ni? Dah pukul 6 lebih tak balik lagi" Aaran menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dalam hatinya sudah berdebar-debar.

"Nanti Anayra balik lah tu awak... Awak pakailah baju dulu. Maira nak pergi dapur nak masakkan untuk awak" Maira bingkas bangun menuju ke dapur. Aaran mengangguk.

Aaran memandang skrin telefonnya.

"Where are you, sayang? "


Anayra duduk bersimpuh atas kain sejadah. Telekung masih setia dipakainya. Dia baru sahaja selesai solat subuh berseorangan. Kepala dilentokkan dikatil berseberlahannya.

Air mata mencurah jatuh mengalir dipipi. Sakit yang dia rasa, sakit yang dia telan.

Masih dia ingat kata-kata dari Aaran semalam. Kata-kata suaminya benar-benar menusuk ke dalam hati. Hatinya seperti dicarik-carik dan dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah.

Aaran...

"Abang minta maaf. Semalam abang mengaku silap abang. Diri abang tak boleh control bila sayang dengan jantan tu berdua. Like I said, you are mine and only mine. Anggap je semua perkara yang berlaku ni tak pernah terjadi. Abang minta maaf," kata Aaran sebelum dia keluar dari bilik Anayra.

Sampai hati abang... Buat Anayra macam ni. Apa salah Anayra? Kenapa?

Dia mengesat air mata dengan hujung kain baju. Dia memejamkan matanya beberapa saat sebelum diri sendiri terlena dengan telekung masih di badan.

Tengku Aaran Merdaad... How dare you.

You broke my heart. All of my heart that i give to you, you broke it!

I hate you, but i can't...

Because i love you so much.



"Nah, "

Hazel memberikan satu beg kertas kepada Anayra. Anayra menerimanya dengan teruja.

Hazel baru sahaja pulang dari Switzerland bercuti bersama kekasih hati. Seronok gamaknya Hazel dengan wajah berseri-seri.

"Tak sangka Hazel ingat jugak dekat Anayra. Terima kasih " ucap Anayra ikhlas. Hazel hanya mengangkat kening.

"Mestilah. Semua orang ada hadiah tau. Setiap orang. Anayra confirm-confirm lah dapat" Hazel tersengih menampakkan gigi putihnya.

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now