~ satu hati yang tersakiti ~
_____°_____
Dada lelaki itu dipukul.
"Kepala otak kau babygirl, Gila! " wajah Hazel dimasamkan. Dia kembali menghirup bihun tomyamnya.
Luan terkekek-kekek ketawa. Dia duduk berhadapan Hazel.
"Kau dah siap solat ke? " soal Hazel sambil menyisip minumannya. Luan mengangguk.
"Taknak makan? "
"Aku tunggu yang lain"
Hazel hanya mengangkat bahu. Dia meneruskan sedutan bihun tomyam sehingga ada kesan comot pada bibir.
Luan yang perasan akan hal itu terus naik mengesat menggunakan ibu jarinya. Tindakan refleks.
Hazel tergamam. Mata memandang Luan dengan mata terkebil-kebil. Bihun masih tergantung dalam mulutnya.
"Kau makan comot"
"Mana ada! " wajah ditundukkan. Pipi merona kemerahan. Suka dilayan sebegitu.
"Pipi kau merah pehal? "
"Aa... Err.. Pe.. Pedas" kata Hazel sambil mengibas-ngibaskan wajah.
Mereka diam sejenak.
"Hazel, " panggil Luan. Hazel mendongak sambil mengangkat kening, 'Apa?'
"Nak" mulut di nganga.
Hazel memandang bihun tomyam yang masih ada sisa sedikit. Dia merengus kecil. Ditolak mangkuk berisi bihun tomyam tersebut pada Luan.
Luan menolaknya kembali. Hazel mengerutkan kening. Ditolak sekali lagi mangkuk itu kepada Luan. Luan menolak lagi. Hazel mendengus. Nak main tolak-tolak sampai subuh ke?!!
"Nak suap..." pinta Luan dengan suara dimanjakan. Hazel membuat muka kegelian. Kenapa dengan sepupu dia seorang ni? Dah kena sampuk Ju-On ke apa? Tiba-tiba nak manja-manja mengalahkan Dato' Sri Vida.
"Kau pehal nak manja-manja dengan aku ni? "
"Mummy aku kata... Makanan lagi sedap kalau orang yang kita sayang suapkan. Jadi, aaaaa.... " Luan membuka mulut sekali lagi. Akhirnya, bihun itu selamat masuk ke dalam mulut Luan. Luan senyum puas.
Hazel kembali menyambung makan. Tiba-tiba dia berhenti sejenak.
'Orang yang kita sayang? Maksud dia, orang yang dia sayang? Dia sayang....aku ke? Gila apa Mamat ni? ' Hazel pandang Luan atas bawah.
"Makan tak ajak" suara dari belakang Luan menyapa mereka. Anayra bersama Nani yang tersengih sambil membuat peace itu dipandang.
"Marilah, duduk" pelawa Hazel. Tempat duduk disebelahnya di tepuk-tepuk.
Mereka semua memesan makanan dan minuman kepada pelayan. Sekali lagi Hazel memesan bihun tomyam kegemarannya dengan alasan masih lapar lagi.
Maira yang asyik berkepit dengan Aaran itu dipandang sinis Hazel. Tangan tidak lari dari memaut lengan Aaran dan melentokkan kepalanya pada bahu sepupunya.
Orang lain pun ada suami jugak, tapi taklah perangai macam kau, macam hantu!
Khalish yang duduk bersebelahan Anayra tidak melepaskan peluang berbual dengan gadis tersebut. Anayra hanya ketawa dan tersenyum sambil mendengar cerita-cerita dari Khalish.
Aaran mengepal tangan tanda geram. Melihat kemanisan antara Anayra dan Khalish itu membuatkan hati dia membara.
Makanan sudah tiba. Ilman tanpa sabar terus mengambil makanan yang dipesannya. Perkara itu membuatkan Nani mencubit bahu Ilman.
ANDA SEDANG MEMBACA
C | TRUE LOVE
Romans#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta. " Kau tu hodoh, buruk...
