•^BAB 38^•

1.9K 123 77
                                    

~ satu hati yang tersakiti ~

_____°_____

Keesokkannya, selepas mereka siap menikmati sarapan, mereka berlapan bergerak menuju ke destinasi pertama iaitu, Honey Bee Factory. Keluar sahaja dari kereta, angin yang dingin menyapa tubuh. Anayra menggigil kesejukan.

"S... Sejukkkk" Anayra menggenggam erat baju sejuk coklat dibadannya. Sejuk, tapi dia suka!

"Anayra okey tak? " soal Khalish. Bimbang akan gadis itu.

Anayra hanya senyum nipis. Tanda okey diberi.

"Jom kita pergi tengok madu! " jerit Hazel. Luan di sebelah menutup wajah.

Saya tak kenal dia.

Hazel memimpin tangan Anayra masuk. Perasaan pertama adalah kagum. Teknologi-teknologi yang serba mewah yang sedang menghasilkan sebotol madu dapat dilihat dari jarak dekat.

Mereka mendengar penjelasan dari jurucakap dengan baik tentang proses penghasilan madu dari sarang lebah sehinggalah terjadinya sebotol madu.

Madu dibuat dari nektar tanaman berbunga yang dikumpulkan oleh lebah. Ketika nektar sudah terkumpul, kemudian disimpan dalam sarang lebah untuk diproses dan akhirnya, terjadilah madu yang digemari ramai dan dijual di pasaran.

Anayra diheret kesana dan kesini oleh Hazel. Hazel tidak boleh tahan rasa terujanya lagi. Seronok melihat proses pembuatan madu secara berhadapan.

Dalam beberapa minit juga mereka disitu. Akhirnya, mereka ke tingkat 2 untuk melihat pelbagai kedai-kedai yang menjual produk berkaitan dengan madu contohnya, sabun madu, coklat madu, dan macam-macam lagi.

Aaran berdiri disebelah Anayra dan mendekatkan bibir pada telinga isterinya.

"Sayang pilihlah nak apa abang belikan" ujar Aaran. Anayra terus berpaling menghadap suaminya. Senyuman ceria menghiasi wajah putih bersih Anayra.

"Jap, nak pergi borong" kata Anayra dengan senyuman nakal. Aaran tersenyum sambil menggeleng kepala. Gigit kang!

Lengan dia ditarik. Dia berpaling.

"Awak... Jom pergi situ. Maira nak beli barang. Jom" ajak Maira lembut sambil menunjukkan kedai yang ingin ditujunya.

"Okey, guna duit sayang kan? " usik Aaran sengaja.

"Maira mana ada duit, awak ni... " Maira memuncungkan bibir. Alahai... Isteri aku sorang ni. Cium kat sini kang baru tahu. Haih... Seronoknya berbini dua...

"Abang gurau jelah... Jom" tangan itu digenggam kemas. Maira senyum keseronokan. Macam kanak-kanak yang baru dapat aiskrim gayanya.

"Akak, honeycomb ni berapa satu? " soal Anayra sambil menunjukkan bekas madu bar diatas meja jualan itu.

"Rm80, dik" kata jurujual tersebut.

"Uish, mahalnya... Tak boleh kurang lagi ke kak?"

"Madu original memang mahal dik. Ni pun akak jual yang paling murah sekali dari kedai-kedai yang lain"

"Takkan tak boleh kurang akak... " suara Anayra semakin mengendur.

Satu huluran misteri memberikan duit bernot Rm50 dua keping kepada jurujual tersebut.

"Saya nak satu honeycomb ni kak" ujar Khalish.

Plastik beg yang berisi sebekas honeycomb tersebut diberikan kepada Anayra. Anayra terkebil-kebil.

"Ambiklah, untuk awak. Nampak macam teringin sangat je nak makan" kata Khalish sambil menghulurkan plastik itu kepada Anayra.

Anayra mengambilnya dengan teragak-agak.

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now