~ satu hati yang tersakiti ~
_____°_____
Akhirnya, selepas percutian selama tiga hari dua malam di Cameron Highlands selesai, mereka kembali pulang ke rumah masing-masing.
Anayra hanya memandang Aaran dan Maira yang baru sahaja menaiki kereta dari jauh. Helaan nafas berat diberikan.
Aaran memandang Anayra serius kemudian memberikan kenyitan mata. Anayra terpaku.
Aaran senyum nakal sebelum masuk ke dalam kereta. Anayra ukir senyum manis. Dia menghampiri kereta Khalish.
"Jom, Anayra. Kita dah nak gerak ni" Khalish membukakan pintu. Bersama ucapan terima kasih, Anayra masuk ke dalam kereta milik Khalish.
Tali pinggang keledar ditarik.
Ya Allah Ya Tuhanku... Tersekat lah pulak. Aku rasa aku tarik dah habis lembut dah.
Berkali-kali juga dia menarik namun tidak berhasil. Dia masih baharu dalam kereta mewah itu. Masih tidak biasa.
Khalish yang baru sahaja masuk ke dalam kereta lekas membantu Anayra dan memakaikannya tali pinggang keledar. Badan mereka berdua rapat.
Anayra memandang wajah Khalish. Khalish juga memandang wajah Anayra. Dia mengamati wajah cantik itu lama.
Oh gosh! She's so perfect! Wajah yang bersih tiada jerawat, kening yang terbentuk cantik, mata hitam membulat, bulu mata yang cantik melentik, hidung mancung, pipi yang gebu kemerahan, dan tidak lupa juga bibir merah merekah yang menggoda.
Shit! He can't take eyes from her!
Anayra berdehem kecil apabila wajah Khalish semakin merapati dirinya. Khalish yang sedar akan keterlanjurannya terus menjarakkan badan. Dia berdehem kecil. Suasana mula kekok.
MashaAllah! Zina mata Ya Allah!
Jaga-jaga, Khalish... Bini orang tu.
"Err.. Sorry" ucap Khalish. Anayra perlahan-lahan mengangguk. Dia juga kekok dengan situasi tadi.
Kereta mula bergerak pulang ke rumah masing-masing. Di dalam kereta, hanya lagu dari radio sahaja kedengaran. Mereka hanya diam tanpa bicara.
Dalam 5 jam juga jarak perjalanan sehinggalah Anayra hampir terlena akibat penat yang keterlaluan. Dia menguap kecil.
Tersengguk-sengguk kepalanya menahan rasa mengantuk. Akhirnya, kepalanya jatuh lena pada bahu Khalish.
Khalish yang asyik memandu kereta terhinjut sedikit bahunya. Terkejut. Dia memandang figura gadis di sebelahnya. Wajah lena Anayra ditatap. Rasa gusar mula bertandang dalam hati.
Ya Allah, takpe ke macam ni, Ya Allah. Berdosakah aku? Takpe ke?
Soalan-soalan itu menerawang di fikirannya. Akhirnya dia beralah sahaja menjadikan bahunya tempat bersandar pada Anayra.
Dalam hati sudah berbunga mekar. Dia cuba untuk tidak memberi reaksi.
Dia kalah. Sengihan terbit juga pada bibirnya. Dia berharap momen ini akan selamanya begini.
![](https://img.wattpad.com/cover/280623351-288-k516334.jpg)
YOU ARE READING
C | TRUE LOVE
Romance#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta. " Kau tu hodoh, buruk...