Rambut yang serabai disikat rapi, kolar baju dibetulkan, pakaian dikemaskan. Tidak lupa juga pada semburan minyak wangi Dashing pada tubuh.
Aaran memandang dirinya dihadapan cermin.
"Macam nilah baru adik aku. Dah, jom turun bawah, makan. Kau mesti lapar kan? "
Aaran mendiamkan diri. Mahu, tapi malu. Tulah, ego sangat taknak makan. Mengada.
Luan senyum sinis. Halah-halah... Aku hempuk dengan batang penyapu baru tahu.
Mereka berdua melangkah kaki menuju ke meja makan. Bau enak yang datang dari dapur sudah membuat kan perut Aaran berbunyi minta diisi.
"Duduk, Aaran. Aaran makan, okey? Mummy dah masakkan semua makanan favourite Aaran. Makan ye, sayang? " pujuk Puan Dareena lembut. Aaran mengangguk. Rasa bersalah pula apabila berkelakuan seperti dahulu, menyusahkan semua orang .
"Nombor tiga, nanti tolong kemaskan katil Aaran. Tukar cadar baru, okey? " arah Puan Dareena. Pembantu rumah tersebut mengangguk. Dia terus bergerak ke bilik Aaran menjalankan tugas.
Tak sampai berapa minit, pinggan Aaran sudah kosong, licin. Tidak cukup dengan itu, ditambahnya lagi nasi.
Baru dia sedar, selama ni dia lapar rupanya.
Bongok.
Sebiji aku bagi.
Aaran memandang Luan redup. Dia memegang tangan abangnya. Luan terus mengangkat wajah.
"Kau tolong carikan Anayra untuk aku. Aku nak jumpa dia. Aku nak minta maaf dekat dia. Tolong aku eh? Aku perlukan dia... Tolong" pinta Aaran penuh harapan. Luan menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
"Aku cuba, In Shaa Allah"
"Kau nak buat apa cari dia lagi? Bukan kau sendiri yang halau dia ke? Siap taknak tengok muka lagi. Tiba-tiba, eh... Suruh orang cari pulak. Choi, what a shame" Hazel yang datang dari dapur membawa semangkuk sup ayam tiba-tiba bersuara.
"Aku tahu aku silap, aku-"
"Bukan kau percaya sangat ke dekat Maira tu? Perempuan tu kan yang kau paling agungkan sekali? Dia lagi mulia dari Anayra? Lagi suci, bersih, putih melepak?! Kan? "
"Dia tengah mengandungkan anak aku, Hazel! Dia perlukan aku dan aku perlukan dia! " kata Aaran kuat sambil menghentakkan meja. Panas hati dari tadi diberi sindiran bertubi-tubi dari gadis tersebut.
"Anayra mengandung? " Puan Dareena menyoal. Tangan menekup mulut. Tidak tahu ingin memberi reaksi sepertimana.
Luan, Hazel dan Encik Shah juga terpana. Masing-masing memandang wajah Aaran.
Hazel mula mengukir senyuman sinis.
"Anayra mengandung, diceraikan masa tengah bawa anak kau, kau tuduh dia masa dia bawak anak kau, kau caci dia masa dia bawa anak kau, kau halau dia masa dia bawa anak kau dan kau masih boleh kata yang Anayra perlukan kau?
Dia disakiti, dia pendam semua sorang-sorang. Dia tak pernah burukkan nama suami dia. Aku tahu kau pernah sakitkan Anayra, Aaran. Aku tahu. Pergelangan tangan Anayra lebam. Bila aku tanya dia, dia hanya cakap terseliuh masa buat kerja rumah. Tapi, aku tak bodoh nak percaya lah.
Anayra sabarkan hati tengok kau dengan Maira berdua-duaan, bermesra-mesraan depan dia. Dia tu isteri pertama kau tau. Tapi macam terbalik pulak, macam Anayra tu pulak nombor dua. Eh, silap-silap. Kau macam buat Anayra seperti orang gaji dalam rumah tu untuk kau dengan Maira.
Kau dah berikan banyak janji-janji dekat Anayra dan satu pun kau tak dapat nak tepati. Kau akan jaga dia? Dia yang terseksa dalam jagaan kau lah, Tengku Aaran Merdaad! " air mata Hazel mengalir perlahan.
YOU ARE READING
C | TRUE LOVE
Romance#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta. " Kau tu hodoh, buruk...