~ satu hati yang tersakiti ~
_____°_____
Puan Dareena hanya memberikan senyuman.
"Tahniah. Err... Jemput makan ye, semua. Mummy nak naik atas kejap"
Puam Dareena bangun dari duduk. Dia menuju ke dapur membantu Bibik menyediakan makanan. Riak wajah Puan Dareena kosong.
Anayra mengekori Puan Dareena dari belakang. Wajah serba salah terpancar di wajah.
Aaran dan Maira hanya melihat. Encik Shah juga turut mengucapkan tahniah.
"Tahniah Aaran, Maira. Maira jaga baik-baik kandungan. Aaran pun sama" nasihat Encik Shah. Aaran mengangguk. Aaran dan Maira berpandangan antara satu sama lain. Genggaman tangan dikemaskan. Bibir diukir senyuman.
Senyuman Maira bertukar masam. Dia mendecit geram di dalam hati.
Anayra mendapatkan Puan Dareena dari belakang. Dipeluk tubuh wanita itu erat.
"Anayra minta maaf, mummy" ucap Anayra. Wajah sedih dipamer.
Puan Dareena memusingkan tubuh.
"Kenapa pulak Anayra kena minta maaf? " soal Puan Dareena.
"Sebab Anayra bukan apa yang mummy harapkan. Maafkan Anayra sebab lambat bagi cucu dekat mummy. Anayra tahu, mummy mesti kecewa dengan Anayra kan? " tangan Puan Dareena dikucup bertalu-talu.
Puan Dareena senyum. Tangan naik mengusap kepala menantu kesayangannya. Dari kepala turun ke pipi.
"Kenapa mummy nak kecewa? Takkan mummy nak marah apa yang Allah aturkan? Mummy tak kisah nak tunggu berapa lama sekalipun. Anayra mengandung atau tidak, Anayra tetap menantu kesayangan mummy" kata Puan Dareena ikhlas. Anayra mendongak memandang ibu mertuanya. Wajah sudah sebek menangis.
Tubuh Puan Dareena dipeluk. Puan Dareena menepuk-nepuk belakang badan Anayra lembut.
Dia wanita, dia faham akan apa yang Anayra rasa. In Shaa Allah... Anayra pasti akan dapat rasa apa yang dia pernah rasa.
"Terima kasih untuk segalanya, mummy"
Maira berjalan kehulur kehilir di dalam bilik. Dia mendecis geram. Disangka Puan Dareena akan gembira sangat-sangat akan kehadiran si kecil di dalam rahim dia ini. Tapi,hanya ucapan tahniah dengan senyuman hambar?
"Ish, orang tua tu! Kau nak aku buat apa hah sampai kau boleh sayang aku lebih dari perempuan tu?!" Maira menggigit kukunya. Dia ligat berfikir.
Perut dia yang kian membesar sedikit dipandang.
"Kau ingat aku nak kau ke, budak? Kau tu hanya senjata untuk aku musnahkan perempuan tu, tahu tak? Kalau diikutkan, aku dah lama gugurkan kau tau?! "
Aaran masuk ke dalam bilik bersama baju Melayu kuning beserta songkok yang masih setia di atas kepala. Kolar baju Melayu yang sudah terbuka tiga butang teratas dikibas-kibas. Dia baru sahaja selesai solat Isyak di masjid.
"Awak dah balik? " soal Maira. Dia mendekati Aaran. Lengan Aaran dirangkul.
"Ha'ah... Panas sangat dekat masjid tu. Aircond rosak. Kipas je ada. Badan pun sakit-sakit" ujar Aaran. Badannya sudah berpeluh-peluh. Maira memandang dengan kesian.
"Alololo... Kesiannya suami saya ni. Awak pergilah mandi. Badan pun dah habis peluh. Tak sedap peluk" kata Maira sambil tersengih.
"Tunggu abang wangi-wangi nanti. Mesti sayang nak dekat selalu" kening di angkat-angkat.
YOU ARE READING
C | TRUE LOVE
Romance#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta. " Kau tu hodoh, buruk...