•^BAB 28^•

1.8K 127 0
                                    

~ satu hati yang tersakiti ~

____°____

Puan Sari menggeleng-geleng kepala sambil menumis ikan bilis di dalam kuali.

"Mana lah diorang ni. Nak dekat pukul 10 setengah pagi tak nampak batang hidung. Ada anak macam takde anak. Bukannya nak tolong masak" bebel Puan Sari.

Encik Azman yang ralit membaca surat khabar hanya mendiamkan diri. Bila mood isteri dah menggunung, dia sebagai suami sebaik-baiknya mendiamkan diri sahaja. Takut dia pula yang kena tempias.

Wajah Aqeef menghiasi ruang dapur dengan senyuman yang dilebarkan.

"Mama! Sarapan dah siap ke? "

Puan Sari memalingkan wajah bersama jelingan tajam. Senyuman Aqeef mati.

"Tak panggil pun kalau dah bau makanan baru nak datang. Bukannya nak tolong mama masak, "

BAAM!! 1 SHOT

"Pagi-pagi duk terkangkang dalam bilik! Bukannya nak turun bawah tanya mama 'nak tolong apa?' TAKDE!"

BAAM!! 2 SHOT

"Malam-malam suruh tidur awal buat apa? Main game? "

BAAM!! 3 SHOT

Aqeef hanya meletakkan tangan di dada. Rasa pedih dalam hati.

Tidak cukup dengan itu, Nina pula yang turun padang.

"Mam... "

ROUND TWO

"Ha, ni lagi sorang anak dara. Umur dah nak masuk tingkatan satu tapi perangai macam budak darjah 2!"

BAAM!! 1 SHOT

"Bila nak disuruhnya tolong masak cakap penatlah... Sakit itu lah, sakit ini lah, ALASAN! "

BAAM!! 2 SHOT

"Suruh tidur awal buat apa? Call dengan boyfriend?! Tak sedar diri umur baru 12 tahun dah menggatal macam ulat beluncas!"

BAAM!! 3 SHOT

"Menyesal aku turun dapur" gumam Aqeef perlahan.





Aaran masuk ke dapur dengan senyuman manis ditayang. Encik Azman meliar-liarkan mata mencari anak gadisnya.

"Anayra mana? Tak turun sekali ke? " soal Encik Azman. Aaran menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Err... Dia demam. Aaran nak ambikkan makanan untuk dia" jelas Aaran dengan senyuman kekok.

"Demam? Semalam elok je" Puan Sari mengangkat sebelah kening.

"Tu lah, tiba-tiba je. Takpelah, pergi ambikkan makanan untuk Anayra. Nanti gastrik pula" pesan Encik Azman. Aaran mengangguk.

"Baik, abah. Terima kasih"

Dulang yang berisi sepinggan nasi goreng dan segelas air kosong dibawa Aaran dengan berhati-hati menuju ke bilik. Anayra yang sedang berbaring dengan kain basah diletakkan di atas dahi dipandang.

Dia mendekati isterinya dan meletakkan dulang tersebut di atas meja bersebelahan katil.

"Alhena, bangun dulu. Aku nak suap nasi ni"

Tanpa rungutan, Anayra bangun dari baring. Wajah itu jelas masam.

"Semua ni salah abang! Kalau tak, mesti saya tak demam" Anayra memuncungkan mulut.

Nak tergelak pun ada tapi ditahan Aaran.

"Nak buat macam mana? Kau yang goda aku. Aku pun lelaki, Alhena. Kau pun tahu tu"

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now