•^BAB 53^•

2.9K 177 121
                                    

~ satu hati yang tersakiti ~

_____°_____

Bagai satu tamparan buat Anayra, dia kaku memandang Aaran dengan riak wajah tidak percaya. Adakah dia salah atau memang betul lafaz cerai sudah terbit dari mulut Aaran.

"A.. Abang... " lemah tubuhnya ketika ini. Beg tangan yang dipegang jatuh keatas lantai.

Tangan Aaran cuba dicapai. Aaran pantas menepis. Pandangan tajam diberi.

"Tak payah sentuh aku! Jijik tahu tak jijik? Kau dengan aku, takde apa-apa lagi. Sekarang, kau dah boleh berambus dari sini. Pack semua barang kau dan jangan berani nak tunjuk muka iblis kau depan aku" Aaran terus berlalu pergi menuju ke arah Maira yang masih terlantar.

Air mata Anayra laju turun membasahi pipi. Dia cuba untuk menahan esakan dari kedengaran.

"You're mine,"

"Kenapa? Kau rindu aku? "

"Aku bukan maksudkan shawl ni, aku maksudkan kau, "

"Will you marry me, Anayra? "

Anayra memejamkan matanya. Perit yang dia rasakan sekarang ini.

"Kau tunggu apa lagi, perempuan?! Pergilah! " jerkah Aaran kuat. Anayra tersentak. Dia kembali mengambil beg tangannya dan keluar dari wad itu.

Dia mengesat air mata yang setia turun. Perut yang masih kempis diusap perlahan.

Takpe, sayang. Sayang selalu ada dengan mummy kan? Sayang takkan tinggalkan mummy, kan? Mummy takut sayang. Mummy takut sebab mumny dah takde siapa-siapa sekarang ni.

Ya Allah... Betapa sakitnya hati dia. Terlalu sakit dan perih. Dia tidak tahu ingin ke mana lagi.

"Kak long, " nama itu terbit di bibir Anayra.








Maira mencelikkan mata perlahan-lahan. Dia memalingkan wajah disebelah. Aaran terus mendapatkan isterinya. Dicium dahi isterinya penuh kasih .

"Anak Maira mana? Kenapa perut Maira kempis? Mana anak Maira?! " jerit Maira kepada Aaran sambil menangis. Aaran terus memeluk Anayra erat. Maira meronta-ronta dalam pelukan Aaran.

"Shhh... Sayang bawa mengucap sayang... Bawa mengucap. Anak kita dah takde sayang... Anak kita dah takde" ujar Aaran. Dia menahan air matanya jatuh. Perit rasanya bila kandungan yang baru sahaja berusia 6 bulan itu pergi buat selama-lamanya.

"No! Anak Maira! Anak Maira mana! " Maira terus-terusan menangis. Dia membalas pelukan Aaran. Wajah ditekup pada dada si suami, merembeskan air mata yang masih bersisa.

"Sayang... I'm here.."

Lama-kelamaan, keadaan mereka mula tenang. Pelukam antara suami isteri itu belum lagi dilepaskan. Aaran setia disisi Maira.

Maira senyum dalan sinis. Pelukan dieratkan lagi.







"Aaran dah ceraikan Anayra"

Seperti mahu gugur jantung Puan Dareena, dia hampir jatuh terduduk mendengar apa yang baru sahaja diperkatakan Aaran. Nasib baiklah Encik Shah disebelah sempat menyambut tubuh isterinya dari jatuh menyembah bumi.

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now