~ satu hati yang tersakiti ~
____°____
Khadijah membetulkan tali leher suaminya sebelum meletakkan tangannya diatas dada Eiman perlahan-lahan. Didongak memandang raut wajah itu sambil memberikan senyuman.
"Siap dah zauji saya ni. Hensem" kata Khadijah lembut. Eiman mengusap pipi isterinya. Sesekali dicuit hidung Khadijah yang dilitupi purdah.
"Zaujah saya pun cantik, manis je abang pandang. " Eiman mengucup dahi isterinya lembut.
Wanita dihadapannya ini sudah menjadi isterinya. Teringat pula ketika pertama kali berjumpa dengan isteri kecilnya. Ketika mereka berada di Kaherah untuk aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Universiti Al-Azhar.
Sedang dia merakamkan gambar dibuat kenangan, kamera itu tertangkap satu figura yang manis berpurdah berjalan-jalan disekitar. Dia terdiam. Mata gadis itu membuatkan hatinya terpaut suka. Keayuan gadis itu, kecantikan matanya, walaupun disebalik purdah, dia masih dapat melihat senyuman makhluk Allah tersebut.
Dengan niat ingin menjadikan gadis itu hak miliknya, dia berani menyuarakan perkara tersebut setelah sekian lama disimpan di hati.
"Siti Khadijah Humaira, dengan nama Allah, saya ingin memperisterikan awak. " luah Eiman sambil menundukkan wajahnya. Dia perasan gadis itu tampak terkejut. Namun cuba dikawal.
"Kalau awak betul-betul mahu, jumpalah umi dan abi saya. Saya terima apa sahaja kata putus dari mereka" ujar Khadijah lembut.
Senyuman disebalik purdah itu menambahkan rasa yang sudah bercambah di hati. Dia nekad ingin memperisterikan gadis dihadapannya ini tanpa halangan sehinggakan perjanjian antara dia dan Anayra hilang bergitu sahaja.
Dia pulang dari Mesir dengan mengejut. Tiada siapa tahu lelaki itu akan pulang pada ketika itu lagi-lagi bersama seseorang. Hati Puan Rafisyah merasakan perkara yang tidak elok akan berlaku.
Ye, perjanjian itu terhapus begitu sahaja. Mereka bertunang secara rahsia. Keluarga mereka berdua sahaja yang tahu. Anayra tidak tahu yang Eiman sudah lama pulang dan mereka bertemu dengan keadaan yang menyayat hati Anayra.
"Jom. Nanti lambat pulak. " kata-kata Khadijah mematikan lamunan Eiman. Khadijah memaut lengan Eiman dan menyimpulkan jari jemarinya dan jari jemari Eiman menjadi satu. Eiman mengusap kepala isterinya sambil ketawa.
Eiman membawa kereta dengan cermat menuju ke destinasi. Sampai sahaja ditempat yang ditujui, dia memberhentikan kereta berhadapan sebuah sekolah.
"Khadijah pergi dulu ye, bang. Assalamualaikum, " Khadijah menyalami tangan suaminya. Eiman memberikan ciuman didahi dan berakhir dengan mengusap kepala si isteri. Dia hanya memerhati Khadijah memasuki kawasan sekolah itu dengan ekor mata.
Khadijah dan Eiman merupakan seorang ustaz dan ustazah tapi di sekolah yang berlainan. Itu pun atas permintaan Khadijah sendiri. Puas Eiman meminta untuk mengajar di sekolah yang sama dengannya tapi ditolak baik. Katanya untuk menambah rindu. Eiman ikutkan sahaja.
Dia terpandang pula seorang gadis bersama seorang budak perempuan yang lengkap berpakaian sekolah di pintu pagar. Budak perempuan itu menyalam tangan kakaknya sebelum memasuki kawasan sekolah. Senyuman gadis itu mengingatkannya kepada seseorang.
"Anayra Alhena" ucap Eiman. Matanya tidak lari dari melihat Anayra yang sedang sukar memakai topi keledar bertenggek di atas motor. Walau hanya tudung sarung Fareeda kepunyaan Puan Sari yang dipakai, tetap kelihatan cantik di mata Eiman.
Lama dia tidak melihat senyuman gadis itu. Senyuman bahagia. Kali terakhir senyuman itu dilihat ketika dua tahun yang lepas di lapangan terbang semasa dia berangkat menuju ke Mesir.
ANDA SEDANG MEMBACA
C | TRUE LOVE
Любовные романы#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta. " Kau tu hodoh, buruk...
