"A.. Aaran" Anayra memandang Aaran tidak berkelip.
Fuh, gugur jantung beb! Aaran dah lain dari yang lain. Penampilannya sekarang seperti ketika mereka bertemu buat kali pertama.
Bersama baju Melayu hitam dan rambut disikat rapi, senyuman menawan dan juga badan yang semakin sado daripada sebelum ini.
"Jemputlah masuk"
Puam Dareena dan Encik Shah mendahului. Aaran hanya mengikut di belakang kedua orang tua itu.
Anayra kaku disitu. Otak menganalisis apa yang baru sahaja berlaku. Bukan ke Aaran di tempat pemulihan ke?
"Alhamdulillah, Aaran dah sembuh dari mental illness selepas dirawat disana selama setahun setengah. Mummy gembira sangat yang dia pun dah boleh balik. " ujar Puan Dareena sambil menepuk bahu anak lelakinya.
Aaran tidak lekang dari senyum. Dia menggosok belakang lehernya. Malu dilihat ramai orang. Serasa seperti artis.
"Alhamdulilah... " mereka semua mengangguk-angguk.
"Nama anak apa? " soal Aaran pada Anayra. Mata tidak lepas memandang bayi di dalam baby court yang sedang nyenyak tidur.
"M.. Maryam Seroja" ucap Anayra. Gigi diketap. Aaran mengangguk-angguk.
"Kalau anak kita masih hidup, mesti sayang letak nama tu kan? " gumam Aaran perlahan.
"Apa? "
"Takde apa. Ni, abang nak ke dapur nak basuh tangan kejap" Aaran meminta diri. Langkah disusun ke tempat yang ingin dituju.
Tangan dibasuh bersih. Kedua-dua tangannya memegang tepi singki tersebut. Dia mengeluh nafas perlahan.
'She's already married, Aaran. Kau kena terima. Disebabkan perangai kau dulu, sekarang dia dah takut dengan kau. Tengoklah tadi, tergagap-gagap dia jawab soalan kau.' bisik Aaran dalam hati.
Wanita berbaju kurung moden yang memasuki dalam dapur terpandang Aaran yang sedang membelakanginya dari belakang. Dia menggigit bibir.
'Wow... Sado. I like! Seksi'
Wanita tersebut memandang Aaran atas bawah. Dia menjilat bibirnya sekejap. Ikatan pada rambutnya dilepaskan dan diselak ke belakang menampakkan leher jinjangnya. Dia membuka butang baju kurung dan mendekati Aaran.
Apabila Aaran berpusing sahaja, gadis itu buat-buat terjatuh dan terus menangkap bahu Aaran. Wajahnya tenggelam pada dada Aaran yang lengkap berbaju melayu tersebut.
'Hmm.. Bau maskulin.' wanita itu senyum dalam pelukan.
"Sorry sorry... I terjatuh tadi. Terpegang you pulak"
"Err... Takpe" ucap Aaran kekok.
"Alang-alang dah terpeluk ni kan, nama I Erlin. Erlin Damia. Nama you apa?" tangan dihulur. Senyuman dimaniskan.
Tangan Erlin hanya dibiar angin. Tangan Aaran disorok kebelakang.
"Saya rasa tak perlu kut sampai nak bagitahu nama sebab tak penting mana. Emm... Maaf, saya minta diri dulu" Aaran menundukkan pandangan. Hanya lalu disebelah Erlin bergitu sahaja sebelum hilang dari dapur.
Erlin ternganga.
What?! Aku tak cukup seksi ke? Tak yummy ke? Jarang orang taknak pandang aku tau!
Jual mahal eh... Okey, fine. I like something like this. Tunggu abang seksi, I dah payung awal-awal, you tak peduli. So, i will make you tergoda dengan I!
Anayra galak mengagah Maryam didukungannya. Maryam juga tidak berhenti ketawa. Seronok apabila ada yang melayannya.
Aaran dari jauh melihat Anayra tersenyum.
'Dah lama aku tak dapat tengok senyuman bahagia Anayra. Mungkin betul bahawa dia memang sudah bahagia dengan yang lain selain dari aku'
Aaran mendekati Anayra. Anayra mendongak memandang lelaki itu. Hati mula berdegup kencang.
"Boleh abang nak pegang Maryam? " soal Aaran.
Anayra mengerdipkan mata beberapa kali. Dia teragak-agak untuk memberikan anak gadisnya kepada Aaran. Bila teringatkan kejadian semasa Aaran menikam Khalish dengan pisau tajam dahulu membuatkan dia takut.
Aaran nampak ketakutan pada mata Anayra. Dia beralah.
"Takpelah. Dapat tengok Maryam pun abang dah bersyukur" ucap Aaran. Mata memandang gerak-geri Maryam yang penuh keletah. Senyuman terukir pada bibir duda tersebut.
Anayra serba salah. Dia memandang Khalish dibelakang Aaran. Khalish mengangguk tenang. Anayra menghela nafas perlahan.
"Dukunglah Maryam. Dia suka bila orang dukung dia" kata Anayra memberi keizinan. Dia menghulurkan tubuh kecil itu pada Aaran .
Aaran mengangkat wajah melihat Anayra tidak percaya. Bersinar matanya sambil tersengih riang. Tangan berhati-hati cuba mengangkat Maryam dari tangan Anayra.
Sentuhan kecil mereka mengkagetkan suasana. Anayra menundukkan wajah.
"Sorry, abang tak sengaja" kata Aaran selepas mendapatkan Maryam ke dalam dakapan. Dia risau jika Anayra berasa tidak selesa.
"Takpe. Awak tolong tengokkan Maryam sekejap. Anayra nak masuk dapur" Anayra bangun dari duduk. Aaran mengangguk. Tampak wajah lelaki itu gembira dapat bermain bersama gadis kecil itu.
Anayra mendapatkan Khalish. Khalish terus memegang tangan isterinya. Dia memandang Anayra.
"Takpe ke kalau kita bagi Aaran pegang Maryam? Anayra risau lah" ujar Anayra bimbang.
"Shh... Jangan cakap macam tu. In Shaa Allah, Abang percaya Aaran. Sayang janganlah risau. Bagilah dia pegang Maryam. Abang tengok Maryam pun suka dia. Tengoklah ketawa sakan budak kecik tu" Khalish memuncungkan bibir menunjukkan ke arah Maryam.
"Hmm... Okey" Anayra memeluk erat pinggang Khalish.
"Dah nak balik ke? Alahai... Rasa sekejap je. Nanti kalau ada masa, datang lah lagi. " kata Puan Sari sambil memegang tangan Puan Dareena. Puan Dareena mengangguk sambil tertawa kecil.
"Yelah, Maryam tu Reen dah anggap macam cucu Reen sendiri. In Shaa Allah, nanti Reen datang lagi. " Puan Dareena mencubit lembut pipi gebu Maryam.
"Maryam ni pun cucu mummy. Mummy datanglah selalu. Maryam pun suka jumpa dengan Tok Mummy dia" kata Anayra. Puan Dareena tersenyum.
"In Shaa Allah. Mummy balik dulu ye? Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
Aaran memandang anak-beranak itu dari jauh. Alhamdulillah... Semuanya berjalan dengan baik. Dia juga sudah boleh kawal diri. Tidak seperti dulu lagi.
Sampai sahaja di rumah, Aaran terus bergerak masuk ke dalam bilik. Pintu di tutup rapat. Almari dibuka. Kotak besar itu menjadi pilihannya. Diambil kotak tersebut berhati-hati.
Dibuka isi kotak tersebut. Hatinya hampir luluu melihat segala kenangan antara dia dan Anayra dahulu semasa mereka menjadi pasangan suami isteri. Yang tinggal hanya perkataan "bekas".
Album perkahwinan mereka, barangan Anayra, dan paling dia tidak lupa adalah shawl yang pernah dia berikan kepada Anayra sebelum mereka berkahwin dulu.
Diambil shawl tersebut dan memeluknya erat. Bau yang masih harum.
Sungguh dia rindukan wanita tersebut.
Tapi, hanya rindu yang tak dibalas.
Wanita itu, milik orang lain. Lagi layak dari dia.
Jika boleh diputarkan masa, dia ingin mengubah semuanya kembali.
Gadis mana yang mahu lelaki gelaran duda seperti dia? Jikalau ada sekalipun hanya kerana harta.
Dia... Sudah terlambat.
SPECIAL CHAPTER PART 3 CONFIRM KORANG TAK PERCAYA.
MUAHHAHAHAHAHAH
SAYANG, author yang comel.
![](https://img.wattpad.com/cover/280623351-288-k516334.jpg)
YOU ARE READING
C | TRUE LOVE
Romance#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta. " Kau tu hodoh, buruk...