Puan Sari terus memeluk batang tubuh kecil anaknya yang sedang bersandar lemah di kepala katil. Anayra mengukir senyuman.
"Mama... " panggil Anayra lemah. Dia menyambut pelukan Puan Sari erat.
"Kenapa tak bagitahu mama Anayra kat mana. Mama risau sangat bila Anayra pergi macam tu je tanpa tinggalkan nota. Tengok-tengok je dah jadi macam ni" Puan Sari mengusap pipi anaknya.
"Anayra taknak susahkan mama. Lagipun Anayra taknak jumpa Aaran lagi. Biarlah Anayra ubat hati Anayra dulu sebelum Anayra uruskan tentang hal penceraian kami berdua" ujar Anayra. Puan Sari hanya mengangguk-angguk. Kalau dah macam tu kata putus Anayra, sebagai ibu, dia hanya menyokong. Lagipun, dia dah tak nak tengok Anayra tersakiti lagi.
Keadaan senyap sunyi. Aqeef mula mendekatkan diri. Kepala adiknya diusap lembut.
Air mata Anayra mula gugur. Dia menatap wajah Aqeef dalam.
"Maafkan Anayra, abang. Anayra tak dapat nak selamatkan anak Anayra. Anayra tahu abang mesti nak sangat jumpa dia. Anayra minta maaf..." lengan sasa Aqeef dipeluk erat.
"Adik tak perlu nak minta maaf dekat abang. Allah lebih sayangkan dia. Sekarang ni, adik pulihkan diri adik dulu. Okey? "
Anayra mengangguk lemah. Dia melentokkan kepala pada bahu si abang. Manja.
Wajah Khalish terjengul di muka pintu. Anayra mendongak memandang jejaka tersebut sambil tersenyum. Teruja.
Khalish hanya tersengih. Dia meluru masuk ke dalam wad tersebut. Kerusi ditarik sebelum punggung dihenyakkan diatas kerusi tersebut. Tangan yang menggenggam plastik beg dari tadi dia letakkan diatas meja.
"Sir bawak apa kalini? " soal Anayra ingin tahu. Tangan sudah bertepuk-tepuk riang.
"Saya bawak... Bubur nasi! " Khalish mengeluarkan bekas bubur nasi yang dibawanya dari rumah.
Senyuman Anayra yang mekar tadi berubah masam. Sia-sia je buat muka teruja tadi.
"Bubur lagi? Alaa... Kan orang request nak nasi ayam. Orang ingat nasi ayam dah... Sir ni... " Anayra memuncungkan bibirnya. Khalish hanya gelak kecil.
"Awak tu tak sihat lagi. Kena makan bubur ni baru bekas jahitan awak tu pulih. Lepas awak dah discharge, sembuh... Baru saya bawak awak pergi makan apa je yang awak nak. "
Mata Anayra kembali bersinar-sinar.
"Serius, Sir? Okey, janji Sir belanja" terkekek-kekek Anayra ketawa. Khalish hanya senyum sambil memandang Anayra redup.
Khalish mencedokkan sedikit bubur dan menghalakan kearah bibir Anayra sambil mengisyaratkan gadis tersebut untuk membuka mulut. Anayra memandang Khalish kaget.
"Err... Tak payahlah Sir... Saya boleh makan sendiri. Tangan tak patah, tak hilang lagi pun. " Anayra cuba mencapai sudu tersebut dari tangan Khalish. Khalish cepat-cepat melarikan sudu tersebut. Anayra mencebikkan bibir.
"Tak payah mengada. Orang kata, kalau kita makan makanan dari tangan orang yang menyuap, lagi sedap tau. Orang cakap bukan saya yang cakap. Lagipun awak tengah sakit, Anayra. Patutnya awak duduk diam je"
Bubur kembali dihala pada Anayra. Anayra mengeluh kuat tanda protes. Akhirnya, bubur tersebut selamat dimakan.
"Setiap petang Sir datang melawat saya. Sir tak ada class ke?" soal Anayra.
"Saya ambik cuti sebulan"
"Sebulan?!!" hampir terbuntang mata Anayra mendengar kata-kata Khalish.
"Yelah, kenapa?"
YOU ARE READING
C | TRUE LOVE
Romance#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta. " Kau tu hodoh, buruk...