~satu hati yang tersakiti~
____°____
" Mama, nanti Anayra nak pergi watson kejap. Nak beli skincare. "
Anayra menyalami tangan Puan Sari.
" Nak pergi dengan siapa? Sorang? " soal Puan Sari. Anayra mengangguk.
" Takde, takde. Pergi dengan abang kamu. Bahaya tahu tak pergi sorang?"
Puan Sari mencekak pinggang. Anayra memuncungkan mulut." Alah... Nak pergi dekat tu je pun. Mama tak payah risaulah, Anayra pandai jaga diri sendiri" Anayra sudah berura-ura ingin pergi.
" Nur Anayra Alhena! Jangan degil sangat boleh tak? . Kejap, mama panggil abang kamu"
Puan Sari melaung memanggil nama anak lelakinya.
"Kenapa mama? " soal Aqeef.
" Ni, tolong teman Anayra ni pergi watson. Dia nak beli barang. "
" Aqeef ni bukannya tak nak tolong mama.. Cuma, Aqeef ada kerja nak buat. Tak boleh mak tolong teman.. "
" Haa... Dengar tu mama? Abang pun tak boleh tolong. Alah mama ni.. Macamlah anak mama ni baru darjah dua. I can take care of myself. Don't worry, " ujar Anayra.
" Aku boleh tolong teman, "
Mereka bertiga berpaling ke arah gerangan suara dari pintu dapur.
Aaran. Lagi.
"Haa.. Baguslah kalau macam tu. Aaran tolong temankan Anayra ye? Bukan apa, aunty risau. Anayra ni cuai kadang-kadang,"
'Hmm... Baguslah, kutuklah aku lagi.. Kutuk depan-depan ' bisik hati Anayra.
" Aunty jangan risau, saya faham" balas Aaran. Anayra menjelingkan anak matanya.
" Done! Settle dah kan? Anayra pergi dulu"
•••
Sampai sahaja di garaj kereta, Aaran terus membuka kunci keretanya. Tubuh sasa itu mula masuk ke dalam perut kereta Mercedes miliknya.
Tingkap kereta dibuka.
"Taknak naik ke? "
"Nak naik lah ni, sabarlah"
Kereta Mercedes itu berdesup laju meninggalkan kawasan perumahan itu. Kereta yang dipandu Aaran menuju ke arah shopping kompleks tidak jauh dari rumah Anayra.
Tiba sahaja di destinasi. Anayra terus melangkah ke Watson ingin membeli barang-barang yang diperlukannya.
Dalam tiga puluh minit juga mereka disitu. Biasalah, wanita. Sebelum masuk lima barang bila keluar lima belas yang dibawa. Aaran hanya menjadi pengikut setia Anayra. Anayra ke kanan, dia ke kanan. Anayra ke kiri, dia pun ke kiri.
"Dah settle? Jom bayar"
Raga yang dipenuhi barang keperluan Anayra itu diberikan kepada penjaga kaunter. Apabila tiba masa untuk membayar, di tangan Anayra sudah siap bersedia memegang dompetnya.
"Semua sekali Rm270.95, cik" ujar penjaga kaunter itu.
Tetapi, ada tangan lain pula yang menyerahkan kad kredit pada petugas itu. Anayra terus mengerling jejaka yang disebelahnya.
Aaran hanya membuat muka selamba.
"Kenapa awak ni? Tu kan barang saya... saya ada duitlah nak bayar sendiri." rungut Anayra.
"Bersyukur sikit orang dah tolong bayarkan. Banyak cakap pulak dah" kata Aaran sambil merampas plastic bag yang dipegang Anayra.
"Tak suruh dia bayar pun"
YOU ARE READING
C | TRUE LOVE
Romansa#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta. " Kau tu hodoh, buruk...