•^BAB 33^•

1.9K 110 4
                                    

~ satu hati yang tersakiti ~

_____°_____

Hari yang paling dinanti-nantikan Anayra. Hari Aaran pulang dari Langkawi selepas 2 minggu. Fuh... Rasa macam dah dua tahun tak balik.

Dia di dapur dengan makanan siap terhidang diatas meja menanti Aaran dari situ. Mata tidak berkelip memandang pintu. Dia mengerling jam di dinding, pukul 2.30 petang.

Jam bergerak menunjukkan pukul 5 petang. Anayra masih gigih menunggu. Selesai sahaja solat asar, kakinya terus melangkah ke ruang tamu sambung menunggu si suami.

Akhirnya jam menunjukkan pukul 10 malam. Anayra mula resah. Panggilan tak diangkat, di luar sudah malap dengan makanan masih setia diatas meja makan bertutup saji.

Sehinggalah Anayra terlelap diatas sofa dengan air mata yang masih membasahi pipi.

Esok juga keadaan masih sama. Aaran masih belum tiba. Tapi dia tetap sabar menunggu suaminya pulang. Makanan yang baru dimasak diletakkan diatas meja seperti semalam. Kaki di langkah ke sofa.

'Mana abang ni? ' soal Anayra dalam hati.

Hari seterusnya, rutin Anayra masih serupa. Cuma kali ini dia mula rasa risau. Akhirnya telefon dikeluarkan.

Berkali-kali nombor suaminya didail tapi hanya operator telefon sahaja berbunyi. Berpuluh-puluh mesej dihantar, namun satu pun tidak dibalas. Bukan sahaja tidak dibalas, bahkan tidak dibaca sama sekali.

Anayra mula rasa resah gelisah. Nombor Hazel didail laju.

"Hazel, Hazel kena tolong Anayra" kata Anayra dengan nafas tersekat-sekat menahan esakan.

"Relaks, Anayra. Kenapa ni? A.. Hazel datang rumah okey? Tunggu Hazel"

Dalam beberapa minit kemudian, kereta mewah milik Hazel tiba di perkarangan rumah. Laju Hazel dengan baju blouse cream dengan seluar jean memasuki pintu rumah.

Anayra terus memeluk Hazel.

"Why? Kenapa Anayra nangis ni? "

"A.. Aaran cakap dia pergi dua minggu je. Sekarang ni, dah dua hari Aaran tak balik. Jejak rumah pun tak. Dia pergi mana Hazel?" soal Anayra dengan tangisan.

"Hah? Aaran dah dua hari tak balik? Wait... " telefon dikeluarkan dari beg tangan Chanel miliknya. Telefon dilekapkan pada telinga.

Dia kemudian merengus kasar. Dilekapkan sekali lagi. Rengusan kedua dilepaskan.

"Where are you, idiot! "

"Dia tak angkat call Anayra, dia tak balas mesej Anayra. Anayra risau, Hazel.." rintih Anayra. Tangan menggenggam hujung baju. Tangan kanan mengusap dada yang naik turun mengatur nafas.

"Helo, Luan? Kau kena tolong aku"


Luan menghela nafas. Dia menggelengkan kepalanya. Dia sudah mengupah orang-orang untuk mencari Aaran di seluruh Langkawi bahkan satu Kedah semata-mata untuk mencari Aaran.

Masuk hari ini, sudah seminggu lebih Aaran tidak pulang. Tanpa khabar, tanpa call atau mesej. Tiada jejak langsung.

Anayra yang melihat wajah muram Luan mendiamkan diri. Dia cuba menahan diri dari meraung. Mereka kini berada di rumah Encik Shah.

"Mengikut apa yang abang Luan dapat, Aaran memang tiada di Langkawi. Kemungkinan Aaran dah ke tempat lain. Dia mungkin dah tukar nombor sebab nombor dia yang dulu dah tiada dalam servis" ujar Luan panjang lebar.

Anayra memejam mata rapat. Tidak sanggup mendengar lagi.

'Awak... Awak pergi mana? Kami cari awak... '

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now