~ satu hati yang tersakiti ~
____°____
Anayra memandang Aaran lama. Dia berdebar-debar. Matanya mencari keikhlasan dalam anak mata lelaki itu.
'Dia tengah lamar aku ke ni? ' bisik hati Anayra.
"Taklah, aku gurau je" ujar Aaran sebelum menyuapkan udang yang telah dibogelkan kedalam mulut.
Anayra terus berubah riak wajah. Dia mengecilkan mata memandang lelaki itu. Bibir terkumat-kamit menyumpah seranah perlahan kepada Aaran.
Dah dapat dosa free.
"Bibir tu mengata aku lah tu. Aku cium karang" ugut Aaran sambil mendekatkan wajah. Anayra menahan wajah Aaran menggunakan chopstick dan meletakkan di bibir Aaran. Aaran tersenyum nakal.
Eiman yang dari jauh memerhatikan pasangan yang giat usik-mengusik itu dipandang panas. Khadijah memandang suaminya pelik.
"Abang tengok apa tu? Masam je muka" Khadijah mengusap pipi suaminya. Eiman memegang tangan Khadijah dan memberikan senyuman.
"Takdelah, sweet je tengok diorang tu. Yelah, aura nak kahwin kan? " Eiman memberi alasan. Khadijah hanya mengangguk.
Eiman kembali memandang pasangan itu.Dia tak faham kenapa Anayra cepat sangat berubah hati. Bukan ke dia adalah satu-satunya seseorang yang Anayra tunggu sampai bila-bila?
Anayra juga sudah berubah dari luar, dan dalam. Dahulu dia mengenali Anayra dengan tudung dipakai atas dada, pakaian pun hanya menutup apa yang perlu ditutup. Sarung tangan dan stokin? Tak pernah dipakai sebelum ini. Gadis itu dulu sedikit berisi. Anayra juga tidaklah cantik mana kalau mahu dibandingkan dengan sekarang.
Sekarang? Semuanya sempurna. Perbezaan antara Anayra dan Khadijah hanya tidak memakai purdah sahaja. Tapi, bagi dia. Anayra jauh lebih menarik dari sebelum ini.
Dia menyesal ke?
•••
Petang itu, mereka bermandi-manda di kolam. Anayra menuangkan air ke dalam gelas satu persatu.
Kawan-kawan abangnya sedang berseronok berenang-renang di dalam kolam. Anayra terpaksa membutakan mata daripada memandang kawan-kawan abangnya yang hanya memakai seluar pendek. Terbit rasa geli dalam diri.
Dia memberikan satu persatu gelas yang berisi air oren itu kepada kawan-kawan abangnya.
Minuman itu diberikan kepada Anas.
"Terima kasih, sayang." ucap Anas tersengih nakal. Anayra hanya mampu menahan mulut dari mencarut.
"Sayang, tengok abang. Seksi tak? " soal Anas sambil menggosok abs nya yang terhidang di depan mata. Anayra memandang kearah lain.
Ilman mengetuk kepala sahabatnya.
"Kau ni kan. Tak kacau anak dara orang sehari tak boleh kan? Be matured lah sikit. Simpan perangai kau yang macam bangang tu." kata Ilman sambil menggeleng. Anas memuncungkan mulut.
Anayra meneruskan kerjanya memberi minuman. Gelas diberikan kepada Aarash yang berada dihujung tersorok sikit dari kawan-kawannya yang lain. Benci-benci pun kena hadap jugak!
Aarash menyambutnya. Tapi tangannya nakal memegang tangan Anayra dengan sengaja sebelum mengambil gelas tersebut.
"Kenapa awak ni?! " Anayra lantas menarik tangannya. Dikesat pada hujung baju. Jijik!
"What? It's normal"
"Normal? Pegang tangan bukan mahram normal? Hoi, kambing! Itu dah dikira sexual harassment! Tambah pulak dengan dosa! Suka hati je pegang tangan orang. Ingat halal?? " Anayra menjegilkan mata. Dipandang wajah itu dengan penuh rasa amarah.
YOU ARE READING
C | TRUE LOVE
Romance#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta. " Kau tu hodoh, buruk...