•^BAB 14^•

2.2K 139 13
                                    

~ satu hati yang tersakiti ~

____°____

Khadijah meletakkan lauk yang dimasaknya diatas meja. Dia duduk bersebelahan Eiman. Eiman tanpa membuang masa lagi terus menikmati makanan itu.

"Abang, " Khadijah memandang suaminya. Eiman menghentikan kelakuannya lalu menatap wajah Khadijah. Dia mengangkat sebelah kening.

"Abang dah lama kenal Anayra ke? "

Soalan Khadijah membuatkan Eiman terbatuk-batuk.

"Kenapa Sayang tanya soalan tu? "

Khadijah tersenyum. "Taklah.. Sayang just nak tahu je. Yelah, abang cakap abang dengan dia kawan tapi nampak macam tak rapat je. Muka Anayra pun masam je. "

"Abang dengan dia kawan dari kecik. Kitaorang okey jelah. Cuma abang kan dah kahwin, abang tak bolehlah rapat sangat dengan Anayra.. nanti sayang abang cemburu? Susah tau nak pujuk" Khadijah cemberut muka sambil memandang tajam Eiman.

"Mana ada cemburu, " Khadijah menjeling manja.

"Jeling tu.. Macam nak minta terkam je. " usik Eiman. Khadijah memukul bahu suaminya perlahan.

"Abang ni.. "

•••

Anayra sudah siap lengkap memakai baju kurung. Dia berpusing-pusing di depan cermin. Solekan yang tipis dengan kurung riau berwarna biru menambahkan seri pada wajah Anayra.

Selepas berpuas hati dengan diri, terus dicapai beg tangan pasar malamnya dan terus keluar dari bilik.

Di ruang tamu, kelihatan keluarganya yang lengkap berbaju kurung dan berbaju Melayu sedang menunggunya. Kawan-kawan abangnya juga begitu.

"Cantik siot adik Aqeef ni. Kalau aku nak putus dengan Syasya boleh tak? " Anas menyenggol bahu Ilman.

"Kau ingat dia nak dekat kau? "

"Jom, abah. Nanti lambat pulak" Aqeef sudah siap dengan kunci kereta ditangan. Encik Azman mengangguk.

Mereka bertolak menggunakan dua kereta. Satu dipandu oleh Encik Azman dan satu lagi dipandu oleh Aqeef.

Pagi itu mereka dijemput ke rumah Encik Khalid, adik lelaki kepada Encik Azman untuk majlis cukur jambul anak sepupu Anayra, Hanifah. Hanifah yang sudah berkahwin dengan Kael Fikri, bekas crush Anayra.

Tiba sahaja disana, Anayra terus meluru kearah Hanifah bersama Kael. Dipeluk sepupunya itu erat. Puan Sari dan Encik Azman bersalaman dengan Encik Khalid dan isterinya. Aqeef, Anas, Aarash, Aaran dan Ilman bersalaman dengan Kael.

"Mana anak kau? Aku nak tengok" Anayra meliar-liarkan mata. Hanifah tergelak kecil.

"Ada kat dalam, nanti kau dukung lah. Sekarang ni dia tengah tidur lagi. Baru lepas minum susu. Alang-alang kau ada boleh tolong teman aku. Bosan tau"

"Alah..aku datang ni nak tengok Rafael, bukan kau. Tapi kalau dia tidur takpelah. "

"Bie, Fah nak duduk dengan Anayra kejap eh. Bie tolong tengok Rafael dekat dalam takut dia nangis nak susu," Hanifah memandang Kael sambil tangannya erat memegang tangan suaminya. Kael memuncungkan mulut seperti itik.

"Jangan pergi jauh-jauh tau, nanti bie rindu. Dahlah nak dapat sayang ni susah. Pergi jauh-jauh bie gigit nanti" Kael membuat seperti ingin menggigit pipi isterinya. Hanifah ketawa. Diusap tangan suaminya.

Anayra yang berada dihadapan mereka itu membuat muka. Meluat. Nak pergi bersembang dengan bini dia je kot, bukannya nak pergi culik jual dekat Siam!

"Bie ni.. Anayra ada dekat depan ni kan" tegur Hanifah sambil melirik kearah Anayra yang tersenyum menyampah.

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now