•^BAB 32^•

1.8K 107 1
                                    

~ satu hati yang tersakiti ~

____°____

Harini dia cuba untuk cergaskan diri menemani Nani dan Ilman mencari baju pengatin. Katanya, tak elok berduaan. Jadi, dia sebagai kawan yang sejati menurut sahaja.

Punyalah syok tengok baju-baju pengantin, teringat pula pada momen dia dan Aaran mencuba baju pengantin.

Dia tersengih sendiri. Momen terindah yang takkan dia lupa dengan honeymoon pun bukan kaleng-kaleng engkau! Dubai, engkau hado?!!

Anayra memandang dua pasangan yang sedang bergurau senda cuit-mencuit antara satu sama lain. Dia tersenyum.

Nani yang menahan tawa meletakkan veil diatas kepala Ilman dan Ilman hanya membuat muka reda. Terhambur gelak tawa mereka berdua. Betul lah, diorang memang ada jodoh.

Ringtone telefon Anayra berbunyi nyaring. Anayra lekas mengeluarkan telefonnya. Dia tersenyum lebar bila melihat nama yang tertera pada skrin telefon. Panggilan itu diangkat.

"Helo, assalamu'alaikum" Anayra memberi salam dahulu.

"Waalaikumussalam"

"Abang buat apa tu? " soal Anayra sambil menguis-nguis hujung bajunya.

"Abang baru je lepas solat Zuhur. Sayang dekat butik pengantin ke? " soal Aaran. Anayra mengangguk. Macamlah Aaran nampak sangat anggukan dia.

"Ha'ah. Teman dua ekor burung merpati tu. Jealous lah pulak tengok diorang"

"Kenapa nak jealous pulak? "

"Yelah, seronok je tengok diorang manja-manja. Saya? Dahlah laki kita duk jauh" Anayra memuncungkan bibirnya. Bunyi gelak tawa halus dari corong telefon.

"Tak lama lagi abang baliklah, Alhena. Tunggu berapa hari lagi. Lepasni nak manja puas-puas pun ikutlah"

Anayra ketawa kecil.

"Okeylah, sayang. Abang nak pergi beli barang kejap"

"Okey. Jangan lupa rindu saya. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" panggilan dimatikan. Anayra menarik nafas lega. Walaupun hanya sementara, tapi tetap dapat mengubat rindu. Haih.. Cepatlah suami dia ni balik.

Mata Anayra mengerling kepada pasangan itu lagi. Mata dia membulat.

"Astaghfirullahalazim! Korang ni nak fitting baju ke apa? Ya Allah Ya Rabbi..." dia menggeleng kepala melihat Nani dan Ilman tersengih-sengih dengan songkok diatas kepala Nani dan crown di atas kepala Ilman bersama veil.

Macam macam lah diorang ni!








Anayra akui, dia terlalu sibuk dengan pelajaran untuk beberapa hari. Kadang-kadang sampai lewat malam bersengkang mata memandang skrin laptop membuat berbelas-belas assignment.

Sampaikan dia tidak sempat untuk bertanya khabar tentang Aaran. Aaran juga begitu, terlalu sibuk dengan kerjanya di Langkawi.

Bila ada masa sahaja mereka akan berkomunikasi melalui video call. Jika sempat.

Anayra menarik nafas lega. Dia menutup laptop dihadapannya itu. Akhirnya, assignment itu siap juga! Anak mata mengerling ke arah jam di dinding. Pukul 11.37 malam. Kalau diikutkan masa ini, Aaran belum tidur.

Telefon diatas katil dicapai pantas. Jarinya laju mendail nombor si buah hati. Telefon dilekapkan pada telinga.

Lama juga masa yang diambil untuk Aaran mengangkat panggilannya. Bila sahaja bersambung, cepat-cepat Anayra memberi salam rindu.

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now