~ satu hati yang tersakiti ~
____°____
"Honey kepala hotak engkau! "
Aaran memandang atas bawah sambil memeluk tubuh. Tidak sangka yang wanita dihadapannya ini akan muncul setelah sekian lama.
"Alah kau ni, tu pun nak terkejut. Aku tumbuk karang" tanpa dipelawa terus sahaja tubuh ramping itu duduk di kerusi berhadapan dengan Aaran.
"Kau buat apa dekat sini? " soal Aaran tegas.
"Lah, aku ingatkan kau nak tanya cousin kau ni sihat ke tak, bentang karpet merah ke.. Ni tak. Macam menghalau aku je" Hazel menyilangkan tangan.
"Taklah, punya dua tahun kau duduk dekat London tu harini baru balik? Kenapa tak tambah lima tahun lagi?"
"Alah...kau cakap macam tu sebab kau rindu dekat aku kan? Asal kau tak bagitahu aku yang kau dah nak kahwin? Nasib baik aunty Reen bagitahu aku. Kalau tak, mesti masa wedding kau nanti kau tak jemput"
"Rindu? Puihh!! Dalam mimpi kau. Aku bukan tak nak bagitahu, cuma memang aku tak nak jemput kau! "
"Kenapa pulak? " Hazel mengangkat sebelah kening.
"Huru hara majlis aku" selamba sahaja Aaran menjawab.
Jatuh rahang Hazel. Mata memandang Aaran tajam seperti helang.
'Dasar sepupu hati cicak! '
"Whatever. Ni, bila aku boleh jumpa bakal isteri kau tu? Macam mana sepupu aku yang takde hati ni boleh jatuh cinta? Mesti dia ada kuasa cinta kan sampai kau mabuk. Cuba cerita," Hazel menongkat dagu sambil tersenyum mengejek.
"Mengarut je engkau ni"
"Kau tak nak cakap takpe. Malam nanti ajak tunang kau tu datang rumah. Aunty Reen ada buat dinner. Aunty Reen yang suruh aku datang sini sebab nak bagitahu benda ni je. Tapi eh, melencong pulak. Paling best, aku pun ada sekali. Aku pergi dulu, honey"
"Stop calling me honey, stupid" keras suara Aaran.
Hazel membuat muka selamba. Tidak kisah. Dia mengambil tas tangan dan terus melangkah keluar dari bilik kerja Aaran. Dia berpaling sebentar. Sempat lagi memberikan flying kiss kepada lelaki itu.
•••
Anayra mengoles sedikit lipstick di bibirnya menambah seri. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia tersenyum nipis.
Telefon yang berdering terus diangkat laju.
"Aku dah sampai"
"Okey, kejap. Saya turun" Anayra bergegas turun ke bawah.
Selepas bersalaman dengan Puan Sari dan Encik Azman, dia terus meluru ke pintu keluar.
Dilihat Aaran bersandar di tepi pintu kereta yang terbuka sambil menyilangkan tangan. Anayra mendekati Aaran dengan sengihan.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam. Masuklah" Aaran terus menuju ke tempat pemandu.
Mereka bertolak ke destinasi yang ingin dituju. Sampai sahaja di sana, Aaran terus keluar dari kereta dan bergerak menuju ke depan pintu rumah.
Anayra mencebik. Ingatkan nak tolong bukakan pintu. Tak sweet langsung!
Anayra terkocoh-kocoh mengejar langkah Aaran. Mata memandang tajam lelaki disebelahnya. Aaran hanya membuat muka selamba.
'Masa lamar aku bukan main sweet. Lepas dah dapat aku buat bodoh je' desis Anayra dalam hati.
"Tak payah mengumpat aku lah"
YOU ARE READING
C | TRUE LOVE
Romance#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta. " Kau tu hodoh, buruk...