~ satu hati yang tersakiti~
_____° _____
FIRST LOVE : AIDEN
Anayra menulis sesuatu pada sehelai kertas. Dia tersenyum sorang-sorang. Dia memandang jejaka berkaca mata dihadapan hujung sekali.
'Haih... jejaka pencuri hati. Kenapa kau hensem sangat harini? Bukan harini je. Tiap-tiap hari hensem. Gugur iman saya tiap-tiap hari tau.'
Anayra tersenyum kecil. Tiba-tiba kertas yang ditulisnya itu dirampas oleh seseorang. Pelajar lelaki yang nakal membaca setiap bait-bait ayat yang tertulis. Dia tersenyum mengejek.
"Woi korang! Dengar ni Anayra kita nak bagi puisi. Korang dengar elok-elok eh."
Anayra menutup wajahnya. Malu dengan apa yang bakal dikatakan rakan kelasnya.
"Roses are red, violets are blue..
Love never cross my mind,
Until the day I meet you.I love you , Aiden Hafeez.
My only and true crush.Fuyyooo!! Anayra ada hati dekat Aiden!! Wooo!!! "
Sorakan rakan-rakan kelasnya mula menghebohkan kelas. Anayra tidak mampu memandang wajah Aiden sekarang ni.
Aiden hanya tersenyum.
•••
Kring!!
Loceng sekolah menandakan kelas sudah berakhir. Anayra tidak mahu melengahkan masa, dia terus memikul beg sekolahnya. Dia tidak mahu bersemuka dengan Aiden.
"Anayra!"
Langkah dia terhenti. Dia kenal akan suara tersebut. Suara si kekasih hati yang diminati. Dia memusingkan badannya perlahan-lahan memandang lelaki itu.
Aiden mendekati Anayra. Di dalam kelas itu hanya ada mereka berdua.
"Err.. Ada apa ye?" soal Anayra bodoh.
"Betul ke apa yang Fahmi cakap tu?" soal Aiden. Anayra mati kutu.
"Aaa...se..sebenarnya benda tu tipu-tipu je. Alah, saja nak buat-buat puisi. Tak payah fikir sangatlah"
Anayra ketawa buat-buat. Nampak sangat fake disitu.
" Lah, yeke? Kalau betul-betul kan bagus? " ujar Aiden sambil memandang Anayra penuh makna.
Anayra yang menundukkan wajah mendongak memandang Aiden. Aiden tergelak memandang wajah keliru Anayra.
"Well, Anayra Alhena. Walaupun perkara tu tak benar.. Boleh tak saya nak jadikan dia kenyataan? " soal Aiden.
"Apa maksud awak? "
"Will you be my girlfriend? "
•••
Sejak hari itu, mereka mula menjalinkan hubungan. Datang sekolah bersama-sama, rehat sama-sama, balik pun sama-sama.
Sampai ada orang cemburu. Maklumlah, Aiden ni pelajar yang diminati ramai hanya kerana rupa.
YOU ARE READING
C | TRUE LOVE
Romance#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta. " Kau tu hodoh, buruk...