~ satu hati yang tersakiti ~
____°____
Anayra cuba mencapai buku yang ingin diambilnya tapi tidak sampai. Dia menjengket lagi. Tangan hampir-hampir ingin mengambil buku tersebut. Namun, ada satu tangan yang mengambilnya dan menyerahkan kepada Anayra.
"Sir Khal? " Anayra mengambil buku tersebut dari tangan lelaki itu.
"If you need help, just call me" ujar Sir Khal.
Anayra terkebil-kebil memandang pensyarahnya. Apa benda pulak Sir Khal ni? Anayra hanya mengangguk.
"Kita hanya berjumpa seminggu sekali kan? " soalnya. Anayra mengangguk lagi.
"If saya nak ajak awak makan berdua petang ni, awak nak tak? " ajak Sir Khal ramah.
"Err.. Sorry, Sir Khal but i'm married" Anayra menunjukkan cincin berlian di jari manisnya. Terasa bangga pulak reject orang ni!
"Ouh, awak dah kahwin? Kahwin muda lah ni? "
"Lebih kurang lah... "
"Sorry, saya tak tahu. Kalau awak tak kahwin lagi mesti kita dah boleh keluar berdua... "
"Hah? " Anayra berkerut kening sambil memandang Sir Khal.
"Nevermind, saya ada kelas. Kita jumpa lusa nanti" Sir Khal terus keluar dari library. Anayra masih terpinga-pinga.
Bahu Anayra dicuit. Anayra memalingkan wajah.
"Kau pergi mana? Jenuh aku mencari tau. Kata nak ambik satu buku je. Sampai berjanggut aku tunggu tau! " rungut Nani sambil berpeluk tubuh.
"Sorry lah...buku ni duduk hujung sekali lepastu duk tempat tinggi-tinggi. Ambik masa sikit nak ambik. Nasib baik Sir Khal ada tolong ambilkan" jelas Anayra.
"Sir Khal? Dia ada ke tadi? " soal Nani sambil berpaling kiri kanan meliarkan mata di seluruh tempat di dalam library.
"Dah pergi dah... Kau lambat sangat"
"Ceh, jomlah... Kata nak study" Nani mengheret tangan Nani ke meja yang disediakan.
"Yelah... Yelah... "
Seorang wanita melangkah ke pintu bilik Aaran. Diketuk pintu sebelum dibenarkan masuk.
"So, you are my new personal assistant? Pengganti Suzy?" soal Aaran. Matanya tidak beralih dari komputer besar itu.
"Yes, Tengku"
"So your name is..."
"Kaylee Rumaysa. Just call me Kaylee" Kaylee memperkenalkan dirinya. Aaran mengangguk.
"You can do your work now" arah Tuan Aaran tegas. Kaylee mengangguk dan terus keluar dari bilik Aaran.
"Omg, Kaylee!! Hensemnya bos kau! Tengok dari gaya macam single and available. Ada harapan aku nak mengorat boss hensem tu. Well, i'm the best seducer. Petik jari dah boleh dapat" kata Kaylee sambil senyum menggoda.
Suzy mendekati Kaylee dengan membawa beberapa fail di tangan. Dia menyerahkan fail itu kepada Kaylee.
"Apa ni? " soal Kaylee bingung.
"Kerja lah" kata Suzy selamba.
Suzy sudah dinaikkan pangkat. Gaji lebih besar dan kedudukan yang lebih tinggi. Semua atas ihsan Aaran Merdaad.
"Kenapa banyak sangat? " rungut Kaylee.
Suzy mencebik.
"Awak ingat kerja PA kepada CEO ni senang? Ni skop kerja awak. Baca dulu dan kalau ada yang tak faham, tanya saya. Lepastu ada beberapa fail yang awak perlu tandatangan" Suzy menyerahkan lagi fail kepada Kaylee.
ANDA SEDANG MEMBACA
C | TRUE LOVE
Romance#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta. " Kau tu hodoh, buruk...
