~ satu hati yang tersakiti ~
_____°_____
Eiman memandang Maira dalam. Nampaknya, bekas isterinya sudah membuat keputusan untuk melepaskan kain yang menutup separuh wajah itu. Ye, bekas isterinya memang cantik, tapi lagi cantik ketika mereka bersama dahulu.
"Buat apa dekat sini? " soal Eiman sekadar beramah mesra.
"Buat apa abang tahu? "
Eiman mengeluh. Dia tahu, Khadijah masih marahkannya.
"Masa dekat kedai bayi haritu. Khadijah lah kan? " duga Aaran. Dia sebenarnya sudah mengingati kejadian tersebut. Dia juga tidak sangka akan Khadijah yang berkahwin dengan....
"It's not me. Abang salah orang" Maira cepat-cepat menggeleng kepala.
"Abang tak salah orang. Kalau macam tu, kenapa Khadijah terkejut sangat bila jumpa dengan abang haritu dan lari dari abang? "
Maira mendengus geram.
"Yes, that's me. Kenapa? " Maira akhirnya mengalah. Nak tutup pun rasa bodoh baik dia mengaku.
"So, sekarang ni Khadijah jadi perampas laki orang pulak ke? " straight to the point. Tiada rasa teragak-agak.
"Apa abang cakap ni? "
"Jangan buat tak tahulah, Siti Khadijah Humaira. Jangan disebabkan dendam Khadijah pada abang, Khadijah musnahkan rumah tangga orang lain? "
"Dah jodoh. Nak buat macam mana? Abang tak boleh melawan takdir" kata Maira selamba. Dia menyilangkan tangan.
"Anak tu... " Eiman memuncungkan mulut menghala pada perut Maira.
"Anak Aaran ke atau... " Eiman sengaja menggantungkan ayatnya.
"Anak Aaran lah! Abang ni kenapa busuk hati sangat? Tak boleh tengok orang bahagia? Hei, Khadijah dah seronok hidup macam ni. Abang stop lah" Maira sudah tidak boleh menahan sabar. Nafas dia naik turun. Dia terus mengangkat punggung ingin berlalu dari situ. Tapi langkahnya terhenti apabila satu ayat terpancul keluar dari bibir Eiman.
"Diorang tak tahu yang sebenarnya Khadijah ni... Khadijah. Bekas isteri abang, kan? " Eiman meneka lagi. Maira mula gugup. Tali beg digenggam kuat. Gigi diketap rapat.
Dia hanya pergi tanpa berpaling meninggalkan Eiman yang senyum sinis.
Abang ingat yang Khadijah dah berubah.... Rupa-rupanya lagi teruk.
Lagi teruk dari iblis!
Anayra terkejar-kejar dengan permintaan Maira. Pagi tadi nak nasi ayam berempah. Lepas dah siap masak, nak mee goreng basah pulak. Tak cukup dengan tu, dessert perlu disediakan selalu. Coklat, puding, aiskrim macam-macam perisa.
Macam ni ke ibu hamil mengidam?
Sedangkan dia yang tengah hamil ni pun tak overdose macan tu.
Aaran pula satu hal. Jika Maira tu mengadu tak dapat ni lah, tak dapat tulah, mesti disalahkan Anayra. Nasib baik ada Puan Dareena yang menasihati. Mereka sekarang tinggal di rumah Encik Shah.
"Mummy kadang-kadang peliklah. Masa mummy mengandungkan Luan ataupun Aaran dulu, mummy taklah mengidam sampai macam ni sekali. Ni bukan mengidam,ni mengada namanya" jujur Puan Dareena. Anayra hanya tergelak kecil.
Alhamdulillah, sepanjang berada di dalam rumah Puan Dareena, dia ada juga teman untuk berbual. Walaupun seharian penat belajar dan menguruskan mak buyung yang menggedik macam ikan keli tu, dia tetap gembira.
ANDA SEDANG MEMBACA
C | TRUE LOVE
Romance#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta. " Kau tu hodoh, buruk...
