•^BAB 47^•

2.1K 136 29
                                    

~ satu hati yang tersakiti ~

_____°_____

4 BULAN KEMUDIAN

Mereka bertiga sedang bersarapan di meja makan. Suasana sunyi sepi. Hanya bunyi dentingan garfu dan sudu berlaga di pinggan.

Aaran mendongakkan wajah memandang Maira.

"Abang dah buat keputusan. Abang rasa abang nak hantar Maira ke rumah mummy" ujar Aaran serius. Wajah Maira terus berubah.

"Kenapa? Kenapa awak nak hantar Maira rumah mummy? Maira ada buat salah ke? " soal Maira bertalu-talu. Perutnya yang sudah sarat 6 bulan itu diusap.

"Bukanlah, sayang... Abang cuma nak mummy boleh tengok-tengokkan sayang. Mummy kan dah arif pasal semua yang berkaitan pregnancy ni. So, kalau ada apa-apa jadi, mummy tahu apa kena buat" jelas Aaran.

Anayra hanya mendiamkan diri. Dia malas nak masuk campur. Sengaja.

"Anayra kan ada? Dia kan boleh tengok Maira. Tak perlulah sampai rumah mummy" rengek Maira sambil memuncungkan bibir ke arah Anayra.

Anayra yang dari tadi diam tersentak.

Banyak cekadak punya perempuan. Kau ingat kerja aku 24 jam tolong tengokkan kau je ke? Banyak cantik muka kau?! Sorry ehh!

"Sayang kena faham. Anayra pun ada kerja juga kena buat. Mummy tu 24 hours ada dekat rumah. Boleh tengokkan sayang bila-bila masa. Boleh sayang? "

"Habistu abang duduk mana nanti? " soal Maira gusar.

"Duduk sinilah" kata Aaran selamba.

"Taknak! Kalau awak nak Maira duduk rumah mummy, awak kena duduk sana jugak!"

"Sayang... " panggil Aaran meleret.

"No! Awak tak kesian ke dekat saya? Dekat anak awak? Kitaorang perlukan awak tau. Kalau jadi apa-apa dekat saya? Dekat anak kita? " soal Maira bertalu-talu.

"Okey.. Okey... Abang akan teman sayang. Dah dah.. Janganlah marah macam ni. Buruk muka baby nanti tengok ibu dia muncung"

"Ikut oranglah " kata Maira kembali memuncungkan mulut. Mereka berdua ketawa.

Anayra terus bangun dari kerusi sambil membawa pinggan kotor. Wajahnya tetap sama, tiada riak langsung. Setiap kali mereka bertiga bersama, dia sentiasa akan menjadi seperti halimunan, tidak wujud.

Selepas sahaja selesai membasuh pinggan, dia terus naik ke bilik. Malas untuk berlama-lama disitu. Buat dia sakit hati lagi adalah.

"Sayang, nanti kita pergi beli barang baby okey? " ajak Aaran tiba-tiba. Maira mendongak kemudian mengangguk sambil tersenyum.

"Okey, awak"

Di pusat barangan bayi, pasangan itu ke hulur ke hilir mencari barang-barang persediaan untuk anak mereka yang bakal lahir bila-bila masa sahaja. Genggaman tangan tidak pernah mereka lepaskan. Aaran  setia membawa troli yang dipenuhi barangan bayi.

"Sayang, cantik kan baju ni?" Aaran menunjukkan baju bayi yang berwarna biru.

"Tapi, ni kan baju untuk baby boy. Kita mana tahu gender baby lagi, awak. "

"It's okay. Kita beli dulu. But abang yakin yang anak kita mesti baby boy" kata Aaran yakin.

"I think so... "

Mata Maira masih meliar-liar mencari barang. Sebenarnya, dia pun bukannya suka sangat nak beli semua benda ni. Tapi hanya kerana disebabkan Aaran, dia akur.

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now