~ satu hati yang tersakiti~
____°____
Anayra dan Nani datang ke tempat latihan seperti biasa. Sesampai sahaja disana, mereka semua sudah berlatih. Anayra dan Nani melangkah menuju ke arah Erzhan dan Aarash di balkoni. Erzhan dan Aarash rancak berbual sehingga tidak sedar Anayra dan Nani di belakang.
"Emm.. Awak, jom kita berlatih. Saya rasa kita kena bincang banyak lagi part. Ada yang saya tak faham. " ujat Anayra.
Erzhan berpaling memandang Anayra. Senyuman sinis terukir.
"Kau nak bincang pasal berlakon atau scene yang kau dapat pegang kolar baju aku? " soal Erzhan sinis. Anayra memandangnya dengan wajah yang keliru.
"Apa maksud awak? "
"Kau tak payah nak berdolak-dalih dengan aku lagi, Anayra. Kau sebenarnya suka dekat aku kan? "
Anayra terkesima. Ma.. Macam mana Erzhan tahu?
"See?? I know lah. Kau? Suka dekat aku? And apa? Kau berharap yang aku akan suka kau balik? Never.
Hei, Kau tu kena sedar sikit yang kau tu hodoh, buruk! Kau tak layak dengan aku! Eii! Jijiklah aku! Tolonglah." Erzhan menghamburkan kata hinaan pada Anayra. Tepat pada wajah Anayra.
Anayra sudah menundukkan wajah. Jari- jemari memegang hujung baju kurung sekolahnya. Air mata cuba ditahan dari mengalir.
"Erzhan, ke.. kenapa awak cakap macam ni? Selama ni.. a.. awak..."
"Apa?? Baik dengan kau? Tolong kau apa semua tu? Itu? Kau ingat aku ikhlas ke? Kalau boleh aku taknak hadap muka kau langsung lah perempuan! Tapi bila cikgu minta aku dengan kau berlatih sama-sama?
Serius aku rasa nak muntah asyik kena tengok muka kau! Kau ingat aku nak sangat ke tengok muka buruk kau ni? Tolonglah jangan perasan. Jangan perasan aku suka dekat kau!
Oh yeah, dan satu lagi. Aku dah minta cikgu Farah untuk tukarkan aku dengan orang lain. Aku taknak tangan jijik kotor kau tu sentuh aku. Walaupun hanya kolar baju. Faham? "
Anayra mengangguk. Erzhan berlalu pergi sambil melanggar bahu Anayra dengan sengaja.
'Selama ni dia yang tolong aku dari bencana, sekarang ni dia sendiri yang cipta bencana tu. Kau bodoh Anayra'
Bisik hati Anayra sambil melepaskan tangisan. Air mata jernih keluar, dari tubir matanya. Nani disebelah menenangkan Anayra.
"Ye, aku cintakan dia. Tapi aku tak sangka aku cintakan orang yang salah. "
•••
Persembahan lakonan bermula. Para penonton bersorak gembira memeriahkan lagi suasana.
Anayra dan Nani yang sudah siap dengan costume doktor dan nurse menunggu giliran dengan penuh debaran.
Dimulakan dengan pemilik kedai mamak yang membuka kedai sempena hari raya. Penduduk di kawasan itu mula memenuhkan meja. Kemudian dua pesakit yang lari dari hospital tercedera akibat mercun duduk di kedai mamak itu.
Salah seorang pesakit itu menggantikan Erzhan yang menarik diri dan mengambil watak yang lain.
Babak Anayra dan Nani bermula. Mereka mencari-cari dua pesakit yang lari di sekitar dewan.
Sampai sahaja di kedai mamak tersebut, salah seorang pesakit cuba melarikan diri namun ditarik kolar bajunya disuruh duduk semula. Ramai penonton yang tergelak melihat situasi tersebut.
Kemudian mereka didamaikan dengan pemilik kedai mamak tersebut. Anayra dan Nani mengambil tempat duduk sambil memesan air minuman bagi melegakan tekak yang kering. Penat berleter kepada pesakit tersebut.
Scene Erzhan sebagai jurutera dan seorang wanita yang setia disebelah Erzhan yang berlakon sebagai isteri Erzhan masuk untuk dialog seterusnya.
Scene suami isteri itu membuatkan banyak para pelajar yang single terasa lebih single. Termasuk Anayra.
Nani membisikkan sesuatu kepada Anayra dengan perlahan.
"Kau nak tahu? Ada orang cakap, tulah girlfriend Erzhan, Najeehah. Erzhan sendiri yang bagitahu cikgu untuk tambah karakter dan dia sendiri yang pilih girlfriend dia untuk jadi watak isteri dalam ni.
Cikgu pun terima je. Lagi-lagi cikgu sendiri suruh Erzhan buat sendiri babak diorang asalkan tak menganggu babak yang lain" ujar Nani panjang lebar. Anayra mengangguk.
Patutlah adengan ni mesra semacam. Lagi-lagi mereka berdua ni ada hubungan. Erzhan ni macam nak tuju dekat dia je. Si Najeehah tu pulak duk pandang dia atas bawah.
Persembahan lakonan itu diakhiri dengan nyanyian oleh semua pelakon. Si Najeehah tu pulak duk berkepit je dengan Erzhan.
Eh, macam nak jadikan watak tu real life pulak. Duk menggesel dekat Erzhan macam ulat beluncas nak beranak dia tengok. Erzhan pun melayan. Maklumlah, teman wanita sendiri kan. Kena lah terima seadanya.
Selepas sahaja tamat majlis pada hari itu, Anayra terus melarikan diri dari mereka. Dia mengambil keputusan untuk berseorangan.
I know my heart will never be the same but i'm telling myself i'll be okay
YOU ARE READING
C | TRUE LOVE
Romance#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta. " Kau tu hodoh, buruk...